Followers

Tuesday, June 9, 2009

aNaKKu ADilah FaSiHaH.....

Pada 7 hb June merupakan tarikh lahir bagi anak ibu yang ke3 iaitu Adilah Fasihah binti Ishak.

Sempat lagi dia berkata pada ibu...."ibu tak tulis pada blog ibu ke hari lahir akak???"......

Cian pulak.....okeylah nanti ibu buat n3 pasal birthday akak, walaupun agak terlambat dari tarikhnya tapi itu tidak menyalahi pun....huhuhuhu.

SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU ADILAH FASIHAH a.k.a. AKAK

*Semoga menjadi anak yang solehah.

*Sentiasa taat kepada ibu dan ayah.

*Sentiasa menjadi akak yang sayang pada adiknya(Hakim), adik yang sayang kepada kakak2nya(along n angah) dan juga adik yang sayang pada abangnya(bang mein).

*Semoga sentiasa cemerlang dalam bidang pelajaran.

*Dan semua yang terbaik buat anak ibu sayang....muahhh..muahh...muahh...

Maklumlah kami sekeluarga telah ke Kelantan dan juga Trengganu jadi hari lahirnya disambut dalam perjalanan balik dari Trengganu.

Tahun ni cukup umur anak ibu 10 tahun dan alhamdulillah penyakit yang dihidapinya dari baby iaitu 'eczema' telah pulih sepenuhnya. Terima kasih pada blogger Nik Fauziah Nik Husin yang merupakan saudara ibu juga. Ceritanya begini, semasa pertemuan pertama kami di book fair pada 18 april di Kuala Lumpur ibu kenalkan anak ibu satu persatu kepadanya dan bila tiba pada anak ibu yang dipanggil 'akak'.....ibu menceritakan pada Nik tentang keadaan anak ibu yang tidak berapa sihat, jika tidak diberitahu pun semua boleh melihatnya keadaan mukanya yang agak kering dan menggelupas kulit dan nampak agak kasar. Jadi Nik telah memberi ibu ubat yang dipanggil 'pil resdung'.

Setelah memakan ubat tu sebanyak sedozen iaitu 12biji sudah nampak kesannya, kudis yang berada dikaki telah kering dan baik sepenuhnya walaupun digaru tapi tidak memudaratkan seperti biasa(tabiat menggaru sudah tidak dapat dipisahkan kerana dari baby dia sudah dengannya). Jadi ibu telah menalipon Nik meminta alamat dan no talipon pembekal ubat resdung. Allhamdulillah anak ibu cuma habiskan dalam dua dozen keadaan kulit anak ibu sudah pulih dan licin serta halus dan normal seperti biasa cuma parut aje yag tinggal.

Selera makan dia pun agak bertambah dan semua orang tegur kerana nampak perubahan pipi dan badan yang agak berisi dari dahulu. Sesungguhnya bila Allah menghendakiNya ianya datang dengan sendirinya tanpa dicari walaupun sebelum ni ibu pernah pergi ke klinik pakar kulit swasta...sekali pergi rm100 tapi tidak nampak perubahan dan semasa rawatan elektronik bila keadaan anak ibu makin teruk dan kudisnya makin banyak doktor menyatakan ini diawal pemulihan dan dia akn mengeluarkan segalanya yang berada dari dalam tapi keluar aje...sembuhnya tidak pun...sekali rawatan hampir rm200, ibu hanya mendapat rawatan sebanyak 4 kali sahaja tapi penyembuhannya agak terbantut terus aje tamatkan.

Kelihatan juga tangannya yang agak kemerahan....

Alhamdulillah 'pil resdung' yang diperkenalkan oleh Nik kepada ibu nampaknya memberi kesan yang amat memberangsangkan. Puas sudah ibu mengubati ke klinik atau kemana sahaja yang diberitahu orang pada ibu semua dicuba.

Semenjak 3 tahun lepas kami telah berulang alik ke HSAJB mendapat rawatan ke Pakar Kulit. Pada pertama kali mendapat dirawat oleh doktor pakar, ibu dimarah oleh doktor kerana katanya kenapa tunggu hingga 7 tahun baru nak mendapatkan rawatan ke hospital kerajaan selama ni kaya sangat ke asyik pergi klinik bayar je????....Pada rawatan diawal bulan pertama kami terpaksa berulang alik ke HSAJB sebulan sekali, seawal 6pagi hubby akan memandu ke HSAJB. Setelah masuk bulan ke 4 jarak rawatan 4 bulan sekali.....Pelbagai ubat bertukar dan bermacam krim yang anak ibu dapat dari kepala, muka, badan, tangan, kaki, dan yang tempat2 luka sedikit atau teruk semuanya yang berlainan....sampai boleh buka farmasi...huhuhuhuKelihatan kulitnya yang agak kasar dan kemerahan.....Jika digaru pasti terluka dan berdarah.

Adush....siapa tak nak anak baikkan,..semuanya ibu pergi. Orang cakap rawatan tradisional pun ibu bawak jugak. Ada yang kata anak ibu disampuk oleh 'jin' sebab matanya kuning. Ada juga yang menawarkan rawatan untuk anak ibu bila kesian tengok keadaan anak ibu tu. Bagi sesiapa yang anak mengalami 'eczema' pasti tahu masalah yang dihidapi oleh ibu.

Doktor Pakar Kulit pernah menyatakan pada ibu yang penyakit eczema ni adik beradik dengan resdung dan asma. Penyakit ini juga merupakan penyakit jenetik, pernah juga doktor menyatakan pada ibu yang penyakit ini akan baik sendiri bila tiba usia remaja sekitar 17 tahun tapi ibu tetap mencari inisiatif lain bukan ubat doktor semata2. Pernah juga ibu mencuba rawatan elektronik dan darah anak ibu diambil setiap kali rawatan yang kononnya sudah ada sel2 kanser membiak.....sedih sangat ibu mendengarnya, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ibu kala itu. Tetapi kita semuakan tahu setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Jadi kita janganlah berputus asa pada setiap ujian yang diberikan kepada kita.

Alhamdulillah sekarang 'akak' sudah dapat menikmati makanan yang dahulunya tidak dapat dia nikmati tanpa perlu risau lagi ^__^

Sudah lama anak ibu berpantang dari makan seafood, ayam dan semua yang berkaitan dengan ayam. Kerana anak ibu mmg amat alergik dengan ayam dan telurnya sekali. Pernah semasa mendapat rawatan kali pertama doktor suruh ibu mencuba semua yang dia alergik.

Pertama ibu cuba sotong, kesannya agak lambat jugaklah. Udang juga lambat. Ketam jugak agak lambat tapi ayam serta merta gatal dan mukanya terus jadi merah memang ayamlah yang paling dia alergik. Setelah bertahun ibu elakkan dia dari makan makanan yang meninbulkan alergik buatnya nampaknya sekarang Alhamdulillah dia boleh menikmatinya tanpa rasa takut akan kudisnya yang pasti gatal dan akan berdarah jika digaru.

Gambar ni diambil pada raya 2007...kelihatan mulutnya yang berdarah kerana makan lauk2 waktu raya, ibu tak sampai hati nak suruh dia pantang waktu raya sebab semua orang makan...tapi dia terpaksalah hadapi kegatalan yang amat sehingga berdarah dia menggarunya walaupun ubat antibiotik dan tahan gatal sudah ditelan ketika itu....(T_T)

(*) Kulit kakinya yang berkudis telah pulih sepenuhnya cuma tinggal parut aje dan dalam proses memulihkan parut dan bagi sesiapa yang tahu untuk hilangkan parut bolehlah beritahu ibu supaya ibu boleh mencubanya kerana parutnya agak banyak jugaklah kerana kudis diatas kudis.

8 comments:

mummyseri said...

ibu junes..selamat ulangtahun kelahiran yang ke -10 untuk adilah..smoga jadi anak yg solehah dan berjaya dalam hidup..ceria2 selalu ye :)

idasm said...

selamat hari lahir utk adik adilah... maaf terlewat sikit. semoga menjadi anak yg solehah...

akak... sayu ida bila baca entri ni pasal penyakit tu. tp akak sentiasa sabar dan tabah menghadapi dugaan yea.. syukur sakitnya dah baik kan..

Along Arman said...

selamat hari lahir tuk anak ibu..
semoga penyakit die cepat sembuh..

NORHAYATI BERAHIM said...

selamat hari lahir utk adila yang comel. Ibujunes cuba gosok selalu kudis adila dengan kulit pisang bahagian dalam. Biasanya kalau kudis boleh sembuh ibu junes...
tapi rasanya sbb adila kecil lagi..insya-ALLAH ilang nanti..parutnya tu...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam ibu june

lama sungguh tak ke sini.. alhamdulillah.. dah baik dah kakak!.
Semoga kakak terus membesar dengan sihat. Sempena hari lahir kakak... happy belated birthday.. semoga menjadi anak solehah..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

allah selamatkan kamu
allah selamatkan kamu
allah selamatkan adilah fasihah
allah selamatkan kamu

:)

Arief brian said...

Saya ucapkan met ultah juga untuk anak Ummi ^_^

Hari ini Arief juga ultah yang ke 17 loh...:-)

Cupu^_^Kisruh said...

wahh ada yang ultah ya buk ^_^
selamat yahh.. buk buat anak nya :)

semoga menjadi anak yang berbakti pada orang tua dan berguna bagi nusa,bangsa dan agama :)

kunjungan perdana nie buk ..

lam knal ya :)