Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat berpuasa kepada semua rakan blogger yang sudi menjengah ke blog ibu...Maaf dipinta seandai terdapat salah dan silap yang tanpa disedari telah menguris perasaan rakan-rakan maya. Selamat menjalani ibadah puasa semoga amalan kita diterima Allah di bulan Ramadhan ni...INSYAALLAH.

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK


Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.



Saturday, August 22, 2009

AnAk2 dAn RaMaDHan...

Selamat berpuasa dan salam ramadhan dihulurkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti menjengah ke blog ibu dan maaf dipinta kerana sudah agak lama menyepikan diri....

Alhamdulillah...pagi ni anak-anak senang dikejut untuk bangun bersahur. Hakim yang bangun mendahului akak-akak dan abang Mein, besar jugaklah suara ibu pagi tadi bila sudah kali kedua ibu masuk bilik anak pompuan "macamane ni...adik Hakim yang kecik dah boleh bangun dulu.." (garang sungguhlah ibu...keh3)

Petang semalam Hakim sudah memberi mandat nak makan ayam panggang...jadi ibu ikutkan ajalah sebab dia nak puasa....dari petang ibu dah melepak kat blog mat gebu mencari resepi ayam panggang yang paling senang dan ringkas (menu ayam mmg sudah lama kami sekeluarga tinggalkan sejak akak kena ekzimer...tapi sejak akak sudah baik ni, sudah ada menu ayam ^_^)
Cari punya cari jumpalah resepinya "ayam panggang teriyaki"....ringkas dan bahan2nya memang yang dah ada kat rumah...hehehe
Malamnya Hakim sudah bertanya..."ibu... mana ayamnya??? Hakim kan dah cakap nak makan ayam..."
"bukan nak makan sahur ke???..ayam ibu baru perap.."
"alaaaa..."
Apa lagi tugas panggang memanggang ni ibu serahlah pada hubby...
Dalam pukul 11 malam ayah mereka siap memanggang,kerana sudah agak lewat memanggangnya maka anak-anak pun menikmatilah...
Ibu pun bertanya "sedap tak dik???"
"sedap bu..." sedap jugak rasanya dan mudah untuk menyediakan menu ni. Bagi yang ingin mencuba sila ke blog mat gebu bermacam resepi berada disitu...hehehe

Jadi pagi tadi waktu bersahur kami sekeluarga masih dengan menu ayam panggang , sotong dan udang goreng berkunyit, ikan masak kicap dan sayur campur. Alhamdulillah nampaknya agak berselera jugak anak-anak bersahur pagi ni...Hakim sudah tak larat nak habiskan ayamnya...mungkin malam tadi dah makan banyak gaknya....
"Hakim kena makan...nanti besok kita puasa kan...makan sikit lagi ibu suap...cepatlah sayang nanti lepas ni nak minum milo ngan cicah biskut pulak..."
"Ibu...mulut Hakim dah penuh....dah tak boleh masuk...."
"Besok kita puasa kan??? Hakim tau puasa macam mane???"
"Tau...tak boleh makan dan minum sampai petang..."
"Ok...Hakim makan dan minum banyak sikit..." (hahahah...ibu sudah buat lawak...mana nak diletak lagi...dahlah perut budak tu kecik....harap-harap Hakim dapat menghabiskan puasa hingga ke petang pada hari pertama ini....)

Mungkin kedengaran seperti ibu memaksa Hakim berpuasa....tapi tidak.. Hakim yang nak.
Sebok orang berbual tentang puasa dia pun sebok hendak berpuasa jugak. Mungkin kerana tahun lepas Hakim sudah mula berpuasa penuh selama 3 hari jadi dia sudah tahu apa itu puasa. Kalo setangah hari tu mungkin lebih dari 10 hari gaknya. Menurut Hakim tahun lepas umurnya 3 tahun itulah dia berpuasa 3 hari...
Bang Mein pun keluarkan jugak ayat- "habis bang Mein 15 tahun...kena puasa 15 harilah...."
Along Amirah pun keluar jugak ayat-"along 14 tahun...14 harilah..."
Angah Athirah - "angah 11 tahun...11 hari..."
Akak Adilah-"akak 9 tahun...9 harilah...heheh sikitnya.."
Ibu-"banyaklah...semua nak ikut tahun pehal pulak...habis ibu kena puasa 38 harilah dan ayah kena 42 harilah...."
Anak-anak ni pelbagai kerenah.....


Ibu tidak pernah memaksa anak-anak berpuasa tapi mendidik mereka supaya belajar berpuasa sejak berumur 4 tahun bagi anak-anak perempuan...dan Hakim pun ibu tak sangka dia boleh puasa semasa berumur 3 tahun....Mungkin ibu dan hubby mengajar anak-anak kalau mereka yang tidak berpuasa tidak boleh makan bersama-sama dengan orang-orang yang sedang berbuka puasa....
Iyalah mana tidaknya waktu berbuka penuh dengan lauk pauk dan kuih muih...tetiba je tidak berpuasa kena makan kemudian. Mungkin sebab itu semangat berpuasa datang....lain orang lain pendapat....kedengaran agak kejam tetapi ibu akan suruh mereka berbuka bila keadaan memudaratkan....tapi jika keadaan masih terkawal apa salahnya kita galakkan anak2 kita meneruskan puasa mereka hingga ke petang dan ganjaran untuk anak2 yang berpuasa penuh ini pasti akan diberi...

Semoga kita sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmatNya sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini. InsyaAllah.

Tuesday, July 21, 2009

LaYaNNN...

Minggu lepas pc ibu problem dan anak-anak semua boring aje tak dapat nak main game nak suft internet, tak dapat nak berym dan bermacam-macam yang berkaitan dengan penggunaan pc... Apa lagi along Amirah mencadangkan bermain scrabble....sudah agak lama kami sekeluarga tidak menyentuh permainan ini. Ibu pun tumpang sekaki main ngan anak-anak....keh3
Hubby tukang catit markah...
Along Amirah, angah Athirah, akak Adilah dan ibu sebagai pemain...
dan Hakim sudah membuat muka tegeng...

"Ibu...kenapa Hakim tak boleh main???..."

"Sebab...adik tak pandai nak bina patah perkataan lagi..."

"Tapi Hakim kan dah kenal huruf..."

"Tak cukup ngan kenal huruf saje...sayang.."

"Ermmm...nak main jugak..."
"Adik tolong ibu aje ya...boleh.."

"Ok..."


Adik Hakim tukang ambilkan huruf-huruf untuk ibu...
Empat pemain sudah memulakan permainan...
Permainan yang kami main sudah hampir ke penamat dan keseronokkannya terasa bila kita layan permainan ni ngan anaak-anak...masing-masing hendak menang diakhirnya kami mengira huruf-huruf yang tidak boleh dibina lagi...Kemenangan jatuh kepada akak Adilah yang dibantu oleh ayahnya....hehehe (mana aci...aci kat india...hahahaha)
Nampaknya 'wonder pet' tidak dapat membantu meraih kemenangan bagi pihak ibu....T_T hehehehe....layannnn