Thursday, June 11, 2009

Ke PaNTaI TiMuR...

Pada 4 jun, selepas zohor ibu sekeluarga bertolak ke kampung kerana kami akan ke majlis pengantin adik ipar ibu yang bongsu di Kelantan. Keluarga mertua ibu bersama dengan ipar duai telah memulakan perjalanan ke Pantai timur pada 8am dari Kluang.
Bagi hubby ibu, dia lebih suka memulakan perjalanan pada pagi hari kerana katanya cuaca agak sejuk dikala itu.
Setelah hubby tidur dan rehat secukupnya dirumah ibubapa ibu di Kampung Semanyir, Endau. Kami sekeluarga memulakan perjalanan pada pukul 1am.

Kami sampai ke Petronas Kerteh Terangganu lebih kurang subuh 5:30am....
Ibu yang kekadang tertidur dan jaga, terbangun ketika kami sampai Petronas dan sempat lagi klik2 pic disitu...cantik sungguh pandangan diketika itu.
Sudah lama ibu tidak menjejakkan kaki ke bumi Terengganu ini seingat ibu, kali terakhir ibu ke sini ketika ibu mengandungkan angah. Sudah 12 tahun...lama tu...




Kami berhenti solat dimasjid, ibu sudah tidak nampak nama masjidnya...tapi sempat lagi klik2...huhuhu. Nampaknya kamera ibu sudah tidak mahu memberi kerjasama yang baik ketika ini....gambarnya kelabu 'bangat'.....

Selepas solat kami sekeluarga terus ke Seberang Takir tempat persinggahan ahli keluarga mertua ibu....Pic dibawah rumah abang kepada bapa mertua ibu... Alhamdulillah demam anak2 beransur pulih walaupun badan agak letih sepanjang perjalanan dan ibu tidak lupa membawa ubat2an. Muka penat anak2....
Kami hanya singgah sebentar dan terus ke 'rumah rehat solehah' yang tidak jauh dari situ sebab hubby ibu sudah kepenatan....
Beg2 yang diangkut ke dalam rumah...kuang..kuang...kuang...bersepah sungguh
Selepas mandi kami anak beranak meneruskan tidur...
kaum kel;uarga yang lain sudah menaiki 'bot penambang' ke Pasar Payang diKuala Teremgganu.

Lepak sungguhlah anak ibu nie....mengalahkan pemandu...hehehe

~Setelah kaum lelaki pulang dari solat jumaat kami semua dijemput ke majlis perkahwinan anak saudara bapa mertua ibu yang kebetulan jatuh pada hari itu...
Nampaknya awal lagi kami sudah makan nasi minyak...
Ibu dan anak2 sudah memecah tradisi bila kami anak beranak memakai baju blouse ke majlis pengantin....huhuhu
Mak mertua ibu sudah mengeluarkan 'kata2 pedas'....huhuhu(T_T) sabar jelah.....
salah ibu juga kot sebab tak bawak baju kurung lebih...heheheh

kihkihkih...mana taknya semua orang pakai baju kurung tuuuu
Inilah ibu mertuaku sedang mencuci tangan...
Setelah sampai di Tok Bali Kelantan kami minum dan makan dulu di 'Restoren Tok Bali'
Anak perempuan ibu bertiga nie pesan 'chiken chop'...
Hakim tunggu 'mee udang special' dengan senyuman meleret lagi...
Lupa pulak nak klik gambar 'mee udang special'...hehehe

3 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

Ibujunes salam
apa sahaja pakaian, asalkan sopan tak mengapalahkan..asalkan kita dapat memenuhi jemputan orang, lagipun ibu juneskan berjalan jauh...

♡ Eibu June's ♡ said...

w/salam yati...:)
hehehe...itulah yg ibujunes dok pikir...
sudah 6 beg penuh ngan baju aje cukup2 kira ngan hari berjln dan baju utk perkahwinan....
biasalah orgtua(mak mertua) semuanya tak kena...hehehe

Tapi ibu ngan muka selambe derk ajerkkk....kihkihkihkih
Masih sopan lagi baju blause yang ibu ngan ank2 kenakan.....

Thx yati 4 support....(^_-)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lepas nasi minyak, chicken chop ngan mee udang special lak tuh...oh syurgawi...yg membaca pn rasa terliur... ;D