Friday, February 20, 2009

ReNuNgAn BeRsAmA...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

Ibu baca artikel ni bersama emak ibu dalam sebuah buku yang ibu dah x ingat tajuknya, dan ibu cari dalan internet tajuk ni..jadi ibu ingin kongsi bersama2 para pembaca blog, jom kita ambil iktibar darinya...


Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:

"Wahai Rsullullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah s. a. w:

"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -

(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


~BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.


Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:


" Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan.


Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih:


"Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


~BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.


"Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.


"Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


~BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.


Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar.


"Mereka ini adalah orang yangmenyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.


"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan
darah.

"Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala ke bawah dan kaki ke atas.


" Meraka adalah orang yang berbuat zina,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri
mereka penuh dengan api gemuruh.

" Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.


"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti
tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:


"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka,
mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

p/s: Hendaknya kita sume tergolong dalam barisan ke 12-INSYAALAH.

11 comments:

♫♫Remaja Komputer♫♫ said...

nak masuk ke barisan 12...tp layakkah???wallahualam...

hihihi...
nk bls nih...
remaja skang ni pk dorg jer bagus...dorang nk bebas la kononnya...tp dorg tak pk yang bebelan org tua tu very1000x meaningful...remaja ni bila dah jadi sesuatu yg negatif baru nak dgr bebelan org tua tu...trust me...Im teenager too..
best la borak ngan ibu...
herm...masuk asrama balik esok(ahad)...
so..kena berjihad balik ngan ilmu...kikikiki....

syaza said...

ibu....
syaza x kuat membaca n3 ni...
huhuhu...T.T
syaza langkau..
x bc...
takut...
T.T

♡ Eibu June's ♡ said...

~remaja komp~
hendaknya kte sume berada di barisan yg ke12..
jadi lakukan apa yg diperintahkan dan hindarlah dari perkara2 yg dilarang oleh Allah.

~syaza~
kte sume akan hadapinya dan beranikan diri utk membcanya..InsayaAllah dengan itu kte akan muhasabah diri...

amiR muJahiD said...

salam buat ibu...
tazkirah yg ringkas tp padat...
peringatan buat kita semua...

Warnawanie said...

yup, peringatan buat kita semua..

syukran jazillah.. :)

www.katobengke.com said...

wah aq suka skali ma ceritanya......
inijuga sebagai peringatan buat kita

♡ Eibu June's ♡ said...

~amir mujahid~
iye...sememangnya utk peringatan vat kite bersama amir..amik iktibar darinya!!!

~warnawanie~
iye warnawanie...peringatan utk sume.

~katobengke~
time kaseh kerna sudi membaca dan singgah diblog ini.

idalara said...

ibu...kblan ida pun baru je baca pasal entri ibu ni..mula2 ingat nk buat entri gak..tp ibu dah buat okeh lah..
Ilmu yg sangat berguna buat kita semua..rasa kecut perut dan timbulkan keinsafan..bahawa hari itu akan tiba jua..
hanya amalan yg akan membantu kita..insyaallah..

Eiba said...

Ibuuuu...insaf!! Insaf!! Insaf!!! Ngeri dan takut..artikel nie berguna..dan kita hndklah saling mengingati...Thanks ibuuuu....

AnnELara said...

ibu. entri ini bwat anne takut laaaa

Riezal said...

ibu.. thanx for sharing.. berganda2 pahala ibu bila tiap kali org membaca.