Saturday, May 30, 2009

DaH CuTi SeKoLaH...

Minggu lepas, 'anak2' ibu datang...angah Rasfanjani yang sedang bercuti selama 2 bulan dan sedang menghabiskan ujian memandu. Nampaknya nasib tidak menyebelahi Rasfan kali ini, dia gagal sebelum memulakan ujian jalanraya....huhuhu kesian dia (T_T)

Rasfan yang sedang memangku Hakim....hahaha dengkinya ibu disitu(^_^)

Kegagalan dia adalah disebabkan yang paling mudah...hehehe. Dan telah ibu ingatkan sebelum dia pergi menhadapi ujian..."ingat 5 perkara"..."beres..bu, doakan ya..."...."ok". Tapi Allah lebih maha mengetahui dia lupa MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR....

Semasa dia tersedar, terus dia tarik...semua kesalahan disabitkan disitu....pertama- tidak memakai tali pinggang keledar. Kedua- memandu menggunakan satu tangan. Ketiga- membahayakan pemandu yang berada dibelakang...Semuanya berkait disitu. Dan anda GAGAL.

InsyaAllah pada 10hb, jun nanti ujian semula. Bayaran yang dikenakan rm130 untuk menduduki ujian semula. Semoga iktibar diambil dari kejadian yang lalu.Malam tadi Rasfan sudah pulang ke Mersing dengan atok (emak ibu) dengan menaiki bas ekspres pada pukul 845pm dan selamat sampai pada 1005pm.

Kak ngah Syafiga dengan angah Athirah...amboi2 bersuap2 lagi...huhuhu

Kak ngah Syafiqa yang juga sedang bercuti selama 2 bulan juga dengan misi membantu ibu.... Misinya sambil menyelam minum air...huhuhu. Ibu kena menjahit baju raya dia n family. Okeylah tu...hehehe

Adanz juga datang dengan misi tersendiri...huhuhu. Macam2 perancangan bagi diri adanz.... semalam petang pada pukul 4pm ibu telah menghantar adanz menaiki keretapi ke Kajang...sekarang dia berada diKajang rumah kak long Shakira dengan misi yang tersendiri.

Naveed n 'tante' Adanz....huhuhu(itu gelaran yg adanz nak naveed panggil...hahaha)

Hari ni sudah bermula cuti sekolah...nampaknya sakanlah anak2 bercuti.

Ibu kena habiskan jahitan dalam masa cuti sekolah ini...InsyaAllah moga siap semuanya (^_^)

2 comments:

AkuroSan said...

chaiyok ibu! chaiyok!...
semoga dpt siapkan jahit baju tu semua... hehe...
; D

Sis Lin said...

tu le..cuti sek ni riuh kt uma,keje kena teruskan jgk kan...
semuga ibu bergembira dgn anak2 ibu semua...