Wednesday, April 8, 2009

BiLa RiNDu MeLaNDa...

Wah...bila baca tajuknya...macam tak ada kena mengena pun dengan n3 nih.
tetiba aje buat tajuk cam gitu, sebenarnya dah windu kat blog nih lama x update..
iye ke lame???...biarkan aje disitu labu.
Hari ni negeri Johor cuti kerana hari keputeraan Sultan Johor, anak-anakku semua tak sekolah.
Hari ni masak nasi lemak terus sampai tengahari..hahaha
Senang cerita anak2 pun x kisah.
Kesibukkan melanda diri ibu kala ini kerana costumer asyik call aje nak baju..hwuaaaa

Semasa majlis maulidur-rasul yang diadakan ditaman ibu baru-baru ini.
Seorang ustaz telah dijemput untuk memberi ceramah dimajlis tu.
Apa yang ibu tertarik bila ustaz menceritakan tentang syaitan.
Seperti kita tahu syaitan memang kerjanya menyesatkan anak cucu nabi adam.

Seperti dimajlis agama lagilah syaitan memainkan peranannya.
Ada seorang bertanya kepada syaitan: "tan, kau nak kemana tu?"
Jawab syaitan: "nak pergi kacau umat islam yang sedang mendengar ceramah agama tu."
Syaitan akan membawa 3 senjata semasa dia pergi mengacau dimajlis agama.
Senjata pertama=>jarum;
-syaitan akan mencucuk-cucuk buntut orang yang sedang mendengar ceramah agama.
-orang yang dicucuk tu seperti tak senang duduk, kejap2 tengok jam sambil dalam hati bila nak habis ceramah ni.
Senjata kedua=>gula-gula;
-syaitan akan sumbat gula-gula pada mulut orang yang sedang mendengar ceramah agama.
-orang yang termakan gula-gula syaitan akan berbual dengan kawan2 tanpa mempedulikan ustaz yang sedang berceramah didepan.
Senjata ketiga=>tepung;
-syaitan akan menabur tepung ke muka orang yang sedang mendengar ceramah agama.
-orang yang terkena tepung syaitan akan tersenguk-senguk ingatkan paham apa yang dikatakan ustaz tapi rupa-rupanya dah tertidur.

Satu lagi kisah yang agak menarik ibu nak kongsi bila ustaz tu bercerita.
Dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Paloh, dia menaiki bas dan ada sepasang suami isteri dengan seorang anak yang masih kecil.
Dalam perjalanan tu anaknya senyap aja mungkin tidur agaknya.
Setelah hampir ke Paloh kedengaran suara anak mereka menangis dan pasangan ni asyik bertengkar menyalahkan antara satu sama lain.
Rupa-rupanya botol susu anaknya tertinggal di stesen bas Batu Pahat.
Dalam hati ustaz tu berkata; "seandainya dia menyusukan bayinya dengan susu badan tentu tak tertinggal tadi, kan..."hehehe
Sebenarnya topik ni disentuh bila ramai sangat anak-anak sekarang derhaka dan tak mahu dengar cakap ibubapa kerana anak-anak lebih ramai di beri susu lembu.

Seronok mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput sehingga jam menunjukkan pukul 11pm mata masih celik lagi.
Cuma anak-anak dah layu matanya dan ibu cakap 'kamu sume terkena percikan dari tepung syaitan ke tadi???' Kami gelak ramai2 semasa jalan pulang ke rumah.

Banyak pengajaran yang diberi tentang anak yang derhaka pada ibubapa, tentang wanita... mungkin agaknya ramai ibu-ibu yang datang ke majlis tu jadi lebih banyak tentang wanita yang disentuh oleh penceramah pada majlis itu.

1 comment:

Arief brian said...

Hmm...Arief jadi dapat pelajaran nih...

Emang syaithan itu kerjanya cuma menyesatkan umat manusia aja,tiap hari lagi....

Jadi kita cuma bisa bisa berlindung sama Allah SWT dan bertawakkal kepadanya