Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat berpuasa kepada semua rakan blogger yang sudi menjengah ke blog ibu...Maaf dipinta seandai terdapat salah dan silap yang tanpa disedari telah menguris perasaan rakan-rakan maya. Selamat menjalani ibadah puasa semoga amalan kita diterima Allah di bulan Ramadhan ni...INSYAALLAH.

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK


Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.



Saturday, August 22, 2009

AnAk2 dAn RaMaDHan...

Selamat berpuasa dan salam ramadhan dihulurkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti menjengah ke blog ibu dan maaf dipinta kerana sudah agak lama menyepikan diri....

Alhamdulillah...pagi ni anak-anak senang dikejut untuk bangun bersahur. Hakim yang bangun mendahului akak-akak dan abang Mein, besar jugaklah suara ibu pagi tadi bila sudah kali kedua ibu masuk bilik anak pompuan "macamane ni...adik Hakim yang kecik dah boleh bangun dulu.." (garang sungguhlah ibu...keh3)

Petang semalam Hakim sudah memberi mandat nak makan ayam panggang...jadi ibu ikutkan ajalah sebab dia nak puasa....dari petang ibu dah melepak kat blog mat gebu mencari resepi ayam panggang yang paling senang dan ringkas (menu ayam mmg sudah lama kami sekeluarga tinggalkan sejak akak kena ekzimer...tapi sejak akak sudah baik ni, sudah ada menu ayam ^_^)
Cari punya cari jumpalah resepinya "ayam panggang teriyaki"....ringkas dan bahan2nya memang yang dah ada kat rumah...hehehe
Malamnya Hakim sudah bertanya..."ibu... mana ayamnya??? Hakim kan dah cakap nak makan ayam..."
"bukan nak makan sahur ke???..ayam ibu baru perap.."
"alaaaa..."
Apa lagi tugas panggang memanggang ni ibu serahlah pada hubby...
Dalam pukul 11 malam ayah mereka siap memanggang,kerana sudah agak lewat memanggangnya maka anak-anak pun menikmatilah...
Ibu pun bertanya "sedap tak dik???"
"sedap bu..." sedap jugak rasanya dan mudah untuk menyediakan menu ni. Bagi yang ingin mencuba sila ke blog mat gebu bermacam resepi berada disitu...hehehe

Jadi pagi tadi waktu bersahur kami sekeluarga masih dengan menu ayam panggang , sotong dan udang goreng berkunyit, ikan masak kicap dan sayur campur. Alhamdulillah nampaknya agak berselera jugak anak-anak bersahur pagi ni...Hakim sudah tak larat nak habiskan ayamnya...mungkin malam tadi dah makan banyak gaknya....
"Hakim kena makan...nanti besok kita puasa kan...makan sikit lagi ibu suap...cepatlah sayang nanti lepas ni nak minum milo ngan cicah biskut pulak..."
"Ibu...mulut Hakim dah penuh....dah tak boleh masuk...."
"Besok kita puasa kan??? Hakim tau puasa macam mane???"
"Tau...tak boleh makan dan minum sampai petang..."
"Ok...Hakim makan dan minum banyak sikit..." (hahahah...ibu sudah buat lawak...mana nak diletak lagi...dahlah perut budak tu kecik....harap-harap Hakim dapat menghabiskan puasa hingga ke petang pada hari pertama ini....)

Mungkin kedengaran seperti ibu memaksa Hakim berpuasa....tapi tidak.. Hakim yang nak.
Sebok orang berbual tentang puasa dia pun sebok hendak berpuasa jugak. Mungkin kerana tahun lepas Hakim sudah mula berpuasa penuh selama 3 hari jadi dia sudah tahu apa itu puasa. Kalo setangah hari tu mungkin lebih dari 10 hari gaknya. Menurut Hakim tahun lepas umurnya 3 tahun itulah dia berpuasa 3 hari...
Bang Mein pun keluarkan jugak ayat- "habis bang Mein 15 tahun...kena puasa 15 harilah...."
Along Amirah pun keluar jugak ayat-"along 14 tahun...14 harilah..."
Angah Athirah - "angah 11 tahun...11 hari..."
Akak Adilah-"akak 9 tahun...9 harilah...heheh sikitnya.."
Ibu-"banyaklah...semua nak ikut tahun pehal pulak...habis ibu kena puasa 38 harilah dan ayah kena 42 harilah...."
Anak-anak ni pelbagai kerenah.....


Ibu tidak pernah memaksa anak-anak berpuasa tapi mendidik mereka supaya belajar berpuasa sejak berumur 4 tahun bagi anak-anak perempuan...dan Hakim pun ibu tak sangka dia boleh puasa semasa berumur 3 tahun....Mungkin ibu dan hubby mengajar anak-anak kalau mereka yang tidak berpuasa tidak boleh makan bersama-sama dengan orang-orang yang sedang berbuka puasa....
Iyalah mana tidaknya waktu berbuka penuh dengan lauk pauk dan kuih muih...tetiba je tidak berpuasa kena makan kemudian. Mungkin sebab itu semangat berpuasa datang....lain orang lain pendapat....kedengaran agak kejam tetapi ibu akan suruh mereka berbuka bila keadaan memudaratkan....tapi jika keadaan masih terkawal apa salahnya kita galakkan anak2 kita meneruskan puasa mereka hingga ke petang dan ganjaran untuk anak2 yang berpuasa penuh ini pasti akan diberi...

Semoga kita sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmatNya sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini. InsyaAllah.

Tuesday, July 21, 2009

LaYaNNN...

Minggu lepas pc ibu problem dan anak-anak semua boring aje tak dapat nak main game nak suft internet, tak dapat nak berym dan bermacam-macam yang berkaitan dengan penggunaan pc... Apa lagi along Amirah mencadangkan bermain scrabble....sudah agak lama kami sekeluarga tidak menyentuh permainan ini. Ibu pun tumpang sekaki main ngan anak-anak....keh3
Hubby tukang catit markah...
Along Amirah, angah Athirah, akak Adilah dan ibu sebagai pemain...
dan Hakim sudah membuat muka tegeng...

"Ibu...kenapa Hakim tak boleh main???..."

"Sebab...adik tak pandai nak bina patah perkataan lagi..."

"Tapi Hakim kan dah kenal huruf..."

"Tak cukup ngan kenal huruf saje...sayang.."

"Ermmm...nak main jugak..."
"Adik tolong ibu aje ya...boleh.."

"Ok..."


Adik Hakim tukang ambilkan huruf-huruf untuk ibu...
Empat pemain sudah memulakan permainan...
Permainan yang kami main sudah hampir ke penamat dan keseronokkannya terasa bila kita layan permainan ni ngan anaak-anak...masing-masing hendak menang diakhirnya kami mengira huruf-huruf yang tidak boleh dibina lagi...Kemenangan jatuh kepada akak Adilah yang dibantu oleh ayahnya....hehehe (mana aci...aci kat india...hahahaha)
Nampaknya 'wonder pet' tidak dapat membantu meraih kemenangan bagi pihak ibu....T_T hehehehe....layannnn

Monday, July 20, 2009

AWaRD...

Award dari Lizabujang
"Tepukan Amal Islam" <<<--suka tajuk ni...
1. copy and paste kat blog. Haa...ini dia :

2. Edarkan kepada 10 orang sahabat anda....
-ibu memang ramai rakan blogger ni...akan ku berikan pada rakan2 terpilih...
1) Adanzz <<-- kalau sudi amik tau (hahaha...ibu bagi ke kaum kerabat...)
2)Along Amirah <<-- amik2 jangan tak amik tau (hahaha..lagi teruk bagi kat anak sendiri...) Award pertama yang kamu dapat...tentunya dari ibu...huhuhu
3)Amien <<-- tak kira kena amik2 jugak (memang dasyatkan ibu ni..bagi kat anak2 dia sesaja...heheheh) Award pertama yang kamu dapat...tentunya dari ibu...huhuhu
4)Kakngah <<-- amik tau..(nanti ibu nak tgok mesti dah bertempel disitu...keh3.. seperti paksaan gitu...^_^) your first award..from ibuuu...
5)Hafiz <<-- amik tau jangan tidak2 sekurang2nya dapat menambahkan n3...keh3
First award lagi tuuu...
6)Kaklong <<-- amik jugak tau...for your first award from ibuuu...
7)Tyea <<-- seorang blogger yang ibu dah anggap cam anak gitu...sudi2kanlah...
8)AriefRachman <<-- seorang blogger yang memanggil ibu dengan panggilan "ummi"...juga sudah dianggap seperti anak2...yang masih remaja...
9)Remajakomputer <<-- seorang blogger yang masih anak2 remaja juga boleh dianggap seperti anak2 (mungkin hanya ibu kut...abaikan saja disitu..)
10)Akurosan <<-- seorang blogger yang mmg sudah banyak award dan ibu nak tambah lagi koleksi awardnya....
(*) Suka sangat dengan award kat atas ni...dan rasanya sesuai diberikan untuk anak2...


Award kat bawah ni...lizabujang bagi, sudah agak lama terperam baru nak tempel...ibu suka ngan award ni, nampak macam cantik gitu..eh..eh..apa pulak macam aja..memang cantik pun...heheheheh
Buat liza...time kasih daun keladi kalo ada bagi lagi...keh3..
Ibu amik award yang ini..tapi kalo ikutkan hati nak amik semua (hahah...tamak sungguhlah ibu disitu...abaikan saja..)


Award dari mummyseri
-->> kata2 dari mummyseri mengiringi award ini "terimalah awardku ini seadanya."Terima kasih sangat2 buat teman-teman blogger ibu...cayang cokmo2 buat semua...
muahhh...muahhh...muahhh.....

Thursday, July 9, 2009

H1N1...DaH SaMPai KLuaNG???

Pada isnin lepas....anak-anak ibu balik dari sekolah tidak sempat apa-apa terus aje bercerita perihal virus h1n1...Sekolah Amirah (along) 3 orang murid disyaki dijangkiti h1n1...mereka yang disyaki semuanya baru pulang dari rombongan ke Singapura.

Haa????...Adush..macam terkejut dan tidak sangka-sangka pulak. Ibu sudah tidak tentu arah jadinya... Eh..iye ke??? Selalu dengar kat berita mangsa yang dijangkiti berada di Kl, di JB, rasa macam jauh dari tempat kita...kalau dah sekolah anak-anak ibu rasa dekat ya amat....

Macamana ni....rasa macam betul-betul kecewa sebab selama ini buat endah tak endah aje... Terus aje suft internet cari tentang virus h1n1...kena ambil tahu ni...kena tahu ni cara penularannya dan cara pencegahannya... Bila sudah dapat maklumat, ibu termenung sekejap...virus ni mudah sangat dijangkiti...Ya Allah.
Adoi ngapelah boleh buat tidak tahu aje selama ni ya...dalam hati hanya mampu berdoa supaya semuanya bebas dan terhindar dari wabak yang boleh membawa maut ini.


Petangnya semasa baba dan mama twin datang mengambil anak-anaknya berbual juga tentang ivirus yang kian menular dan baba twin menyatakan seorg murid sekolahnya juga disyaki dijangkiti virus h1n1 kerana emaknya baru pulang dari luar negara.
Kekadang tertanya-tanya jugak dihati...mereka-mereka ini sudah tahu wabak ini sekarang sedang melanda kenapa sebok-sebok hendak ke luar negara memang sengaja hendak mencari nahaslah tu....hahahah ibu sudah emo disitu....

Sebelah malamnya ibu sudah susah hati sesangat dalam pukul 10 malam semasa Amien pergi mengambil Amira dari tusen ibu baru teringat hendak membeli topeng mulut tapi farmasi sudah tutup...hwaaaa(T_T)...Tidak tahu apa yang harus dibuat akhirnya ibu pun talipon hubby menceritakan virus h1n1 sudah sampai ke Kluang, tapi belum disahkan lagi....


Esok masih ada masa tidak perlu tergesa-gesa, apa yang patut dibuat perlu buat dulu...berdoa dan terus berdoa itulah yang sebaik-baiknya dapat kita lakukan seperti kata Nik Fauziah--->sihat sakit ni Allah yang beri.. bukan sebb jangkitan.
Ibu ini memang suka sangat gelabah tidak tentu pasal....heheheh. Tetapi bila kita sudah berkongsi cerita dan luahkan apa yang terpendam rasa lega dan rasa takut pun agak berkurang....terima kasih Za dan terima kasih Nik sebab sudi dengar cerita ibu....(^_^)

Hari rabu anak-anak ibu ke sekolah dengan memakai topeng mulut setiap orang...ada jugak yang tidak mahu kononnya malulah takut disekolah nanti dia sorang aje yang pakai... Ibu cakap tak kira pakai jugak kita kena mencegah sebelum dijangkiti ,jangan pulak nak ikut orang.... Anak-anak ni memang bermacam-macam perangai...tidak tahulah ibu kalau disekolah nanti topeng mulut tu hanya tersimpan didalam beg sahaja...

Amein cakap kat ibu sebelum ke sekolah...."ibu nanti kita senyum awek tak nampak".... "banyaklah kau..."
Amirah punya komen pulak...."ibu tadi kat kelas along,..along sorang aje pakai. Kawan along cakap.. Polis Mira kau kena h1n1 ke??? Along balas balik..aku mencegah..koranglah nanti dijangkiti...Dah tu ibu...besok kawan-kawan along sume pakat nak pakai topeng mulut"...hehehe
Athirah punya komen..."Ibu tadi semua orang panggil angah nurse, dahlah pakai uniform PBSM, pakai pulak topeng mulut...."hahahaha
Adilah punya komen..."ibu ...tadi kat sekolah akak cuma 4 orang aje pakai topeng mulut dan cikgu akak cakap siapa yang tak ada tu bolehlah pakai barut adik dia....dan ada kawan akak tu tanya, barut tu apa cikgu???....hehehe..Ibu jangan marah ya...akak punya topeng mulut kena sambal.." hahahaah....tak matang lagi anakku ini...
Ini Hakim....pakai jugak tu walau hanya duduk rumah...hehehehe

Sunday, July 5, 2009

JoM MaKaN...


Durian....durian....durian....hehehe ^__^
Suka sangat makan durian...minggu lepas dah makan durian, minggu ni mintak lagi beli dengan atok twin...rm20 termasuk dengan manggis.
Ayah twin hantar 13 biji durian dan setengah plastik beras manggis.
Apalagi ibu ngan anak-anak..malam durian, bangun pagi sarap durian, tengahari durian lagi.... hahaha selagi tak habis selagi itulah dok makan durian aje....
Hakim dengan muka pelik..."ibu suka sangat ke durian...sedap ke durian..."
ibu dengan lagak selamba cuba masukkan durian ke dalam mulutnya..."tak nak...busuk..."
Rugi sungguhlah...anak lelaki ibu sorang ni tak makan durian, orang makan durian dia duduk kat dalam rumah sorang2....katanya "busuk...."

Minggu lepas ibu masak bubur kacang durian tapi lupa plak nak amik picnya....huhuhu
Dalam 13 biji durian tu adalah yang tak boleh dimakan...rasanya tawar, apalagi buatlah 'serawa durian' pulak minggu ni...
Bagi keluarga ibu kalau ada durian tak buat serawa ni rasanya tak lengkap musim durian tahun ni....hehehe (memandainya...abaikan saje kata2 ku...)
Serawa durian ni kami makan dengan pulut yang dimasak...yum..yum...yum...
Di blog 'ain' serawa dia warna putih, ibu punya plak warna coklat kerana ibu letak gula melaka..itu ajelah bezanya....
layannzz....
Ni gambar buah manggis....hahaha
Tetiba aje kenalkan buah manggis, sebenarnya mak kata kalau makan durian kena ada manggis sebab.....makan durian ni badan jadi panas, kalau makan manggis boleh cover balik....hehehe
Jadi mak kata....tak perlulah minum lagi air kat dalam kulit durian tu...huhuhuhu
Saje je snap pic ni...Hakim cakap "Ibu...Hakim suka buah ni"
Ibu pun cakap ngan dia.."lain kali kalau nak makan buah manggis ni dik...kena kira bilangan yang kat bawah ni tau..."
Hakim pun dok mengiralah..."1, 2, 3 ,4 ,5 , 6...ada enam ibu..."
"ok..jom kita buka dan tengok berapa isi dalam dia".
"1, 2, 3, 4, 5, 6...enam jugak bu..samakan".
"ingat ya sayang kalau nak makan manggis lain kali kira dulu kat bawah dia ni..."(ajaran sesat ke tu???...hehehe)
Meleret hakim senyum kat ibu...sebenarnya masa kecil2 itulah kerja ibu kalau nak makan manggis memang ibu akan kira dulu sama tak benda kat situ ngan isi dalam dia...sampailah sekarang ni kalau nak makan manggis ibu tetap kira jugak...
Dan sampai sekarang ibu tak pernah lagi jumpa tak sama bilangannya dengan isi dalam tu...
Atau ada ke sesiapa yang pernah terjumpa bilangannya berbeza????

Saturday, June 27, 2009

SiBuk MeMaNJaNG....HeHeHe


Alhamdulillah ibu masih berkesempatan mencoretkan serba sedikit ayat diblog ini. Sudah dua minggu ibu menjadi 'baby sitter' kepada twin. Alhamdulillah nampaknya Allah permudahkan segalanya kepada ibu.

Pada minggu pertama dan hari pertama baby Insyirah sudah membuat perangai dengan menangis tanpa henti, sedangkan dialah yang pernah duduk dengan ibu selama seminggu sebelum cuti sekolah. Rupa-rupanya dia hendakkan buai jugak..apa lagi datanglah 'ayahnya' menghantar satu lagi buai ke rumah ibu.
'M
amanya' juga pulang diwaktu rehat memantau anaknya yang tak berhenti2 menangis.
Akhirnya hari pertama berlalu dengan kepenatan yang amat termasuk ngan anak2 ibu yang lain penat tenaga dan minda melayan kerenah 'twin'.


Hari kedua
bermula dan tepat pada jam 3 petang baby Insyirah lagi sekali dengan kerenahnya, menangis dan terus menangis hingga teresak2....
Susu sudah diberi tapi masih lagi menangis, akhirnya 'mamanya' balik jugak diwaktu rehat, setelah disusukan tidurlah dengan lenanya.
Akhirnya hari kedua juga berlalu dengan kepenatan yang amat tetapi ibu sudah dapat mengesan apa yang tidak kena disitu.


Hari ketiga
...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya 'twin' tidur dengan lena tidak membuat perangai lagi...(terima kasih NB kerana mencadangkan ibu membuat 'solat istikarah'..) Allah permudahkan segalanya.. rupa2nya baby In
syirah tidak cukup susu yang diberi kerana 'mamanya' hanya memberikan botol susu '2 oz'...
Baby yang sudah memasuki umur hampir 4 bulan sudah memerlukan susu yang lebih (sungguh tidak berpengalaman ibu bab susu botol ni...kerana semua anak2 ibu tidak menyusu botol...huhuhu).

Ibu mungkin tidak mendapat mimpi tetapi nampaknya Allah permudahkan segala urusan.

Tempahan customer ibu, 2 pasang baju melayu, sepasang baju kurung siap linen dan 3 helai baju melayu yang hendak diambil pada 20 jun pun dapat ibu siapkan walaupun agak padat jugaklah jadual harian ibu....

Tempahan seorang lagi customer ibu, 3 pasang baju perempuan berlinen juga siap mengikut jadual pada tarikh 25 jun customer datang ambil...Alhamdulillah,....

Kalau ikutkan penat memang tak sanggup rasanya tapi kerana customer ini merupakan customer tetap yang akan ikut kemana ibu pindah dia akan cari dan sanggup datang dari jauh semata2 dah tak nak tempah kat orang lain lagi....ngeee

Dan buat 'lizabujang'....time kaseh atas nasihat awak. Ibu akan ingat tu...huhuhu (T_T)
Dan sudah pastinya ibu tau dia sayangkan ibu (hahahaha...agak terperasan ibu disitu...)

Sekarang ibu dalam proses meminta 'mama' twin menyediakan 'buai karen'...hahahahah^__^ (demand sungguhlah ibu di situ...)
Penat tu nak ayun buai 24 jam tanpa henti...kehkehkeh

Sunday, June 14, 2009

SeKiTaR PeRKaHWiNaN DaN SaMBuT MeNaNTu "PaK Su"...

Dirumah tumpangan Tok Bali, bersiap ke majlis akad nikah adik ipar ibu.... layan pic dibawah......zasssss
Emak mertua ibu bersama anak sedara dan anaknya yang sulong...
Ini budak sudah buat muka teging....hentak2 kaki lagi....huhuhu
Ini pic adik ipar ibu merangkap kawan baik masa kecil...hehehe 'glamourkan' adik ipar ibu nie sesekali....huhuhuhu(kalau dia tahu pasti ibu dimarahi)... tapi yang pasti dia tak pernah jengah pun blog ibu nie....
Pengantin lelaki yang sudah bersiap ke majlis akad nikah dimasjid kampung Pasir Putih bersama anak2 buah....
Kenapalah suka sangat buat muka pelik bila pic disnapkan....layanzzzz Ibu sudah ditegur lagi mak mertua kerna ibu n anak2 pompuan terlebih gaya plak....huhuhu "ala sportinglah mak" sempat lagi ibu menjawap(tak syg mulut tu)....kihkihkihkihhhh
Adush...selekeh pun ditegur...cantik pun tegur...kalau 'teguran membina' tak pe... tapi....hwaaaa(T_T)
Apalagi arahan yang diberi oleh pengantin nie....tak habih2 lagi...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....kelihatan ibubapa mertua ibu disitu.
Selepas majlis akad nikah selesai kami semua pulang dan mencari makanan ke kedai yang berhampiran kerana sudah kelaparan bila waktu sudah menunjukkan pukul 11am...sarapan pun tak amik lagi, bayangkan..... Seperti agak pelik disitu kerana pihak perempuan tidak menyediakan apa2 juadah pun untuk sebelah pengantin lelaki....hehehe Mungkin lain negeri lain adatnya jadi usah peliklah dengan keadaan yang berlaku...huhuhuhu


Dibawah adalah gambar semasa berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada pukul 230pm dan disitu barulah kami dijamukan dengan nasi pengantin...

Selamat pengantin baru buat Mohd. Shahran bin Yusof dengan Tengku Anisah binti Tengku Ahamad.
Diatas pengantin bersama anak2 dara...hehehe
Diatas pengantin bersama emak2 dara....huhuhu
Pengantin bersama abang ke2 Ishak bin Yusof n family....
Pengantin bersama abang yang sulong n family.... Yusli bin Yusof, Salina binti Omar n Haziq Yusli.
Pengantin bersama Nurul Huda binti Yusof suami n anak2...
Hantaran dari pihak perempuan...
Hantaran dari pihak lelaki...


~Sekitar sambut menantu dirumah mertua....
layan jap pic dibawah....
Sapelah perempuan yang tak hingat bila sudah berbual(abaikan saje)....kihkihkihkih

Paparazi2 yang tak bertauliah....huhuhu
Aidil yang menunjukkan penumbuk tu memang kaki gaduh...kuikuikui
Hakim pun dah tak larat nak mengadu, kejap pukul kat kepala, kejap pukul kat belakang dan ibu beritahu hakim ckp ngan Aidil jgnlah pukul...
ayat dari hakim"Ibu...Hakim dah penat cakap ngan Aidil tu tapi dia pukul jugak..."
"ok...Hakim ckp ajelah dgn dia, jgn pukul kuat2 sgt..."
Adush...zaman kanak2 semua melaluinya....