Saturday, January 31, 2009

DoA BuAt PeRmAtA HaTiKu...

Assalamualaikum...wm. wb!!!
Semalam hubby I pergi ke sekolah ank I yang bakal mengambil
peperiksaan UPSR tahun ni...
Semua ibubapa dijemput menghadiri 'majlis konfrens ibubapa'...
Yang berlangsung di Dewan Al-Khawarizmi SK Batu 3.
Lebih kurang 180 orang ibubapa yang hadir...
tahniah bagi yang hadir...
mereka benar2lah ibubapa yang ingin melihat anak2 mereka berjaya.


TIPS:

1. Selalu amalkan baca "Ya Latif" sebanyak 7x dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Banyak bersabar dan yang utama, jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Cuba berbicara dengan baik dan guna kaedah memujuk.

3. Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak2.

4. Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak 3x, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk si anak).

5. Baca surah Al-Fatihah, surah Toha ayat 1 hingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3x. Doanya "Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besinya (sebut namanya)".
~Kemudian hembuskan pada makanan dan pada minuman.
~kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya Latif sebanyak 129x diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud: "Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." Sebaik2 dibaca selepas Subuh, baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 daripada surah Al-Imran yang bermaksud "Wahai Orang Yang Beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.aa'
~Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman"berulang2.Semua ini Insya Allah adalah doa pelembut hati.
~ Begitu juga surah Toha ayat 1 hingga 8, surah ar-Rahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca Al-Quran.


8. Bagi ibu yang bercita2 mendapat zuriat yang baik, amalkan ayat 38 daripada surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud, "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada TuhanNya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakankanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan."

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun2 anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik2nya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur, ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa daripada ayat 74 surah Al-Furqan.


AYAT AMALAN:

1. Saat anak-anak bergaduh

Baca surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 takwa, dan jangan sekali2 kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2. Anak-anak pandai belajar

Baca surah Al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, "Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing2 (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran

Baca Surah Al-Anbiyaa, ayat 69 yang bermaksud, "Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim."

~Juga Surah Al-Hasyr, ayat 22 hingga 24.

4. Anak-anak malas sekolah

Surah Toha ayat 1 hingga 5.

5. Bagi anak-anak yang suka keluar malam

Surah ar-Ruum, ayat 31. Baca sebanyak 33x.

** Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Thursday, January 29, 2009

Tuesday, January 27, 2009

LaGi KISaH FaMiLy...

Hakim 'n' Adam~ kalo jumpe x habis cite...

Vat aksi lah plak...bukan gaduh tu!!!

Penat beraksi posing lah pulak...hehehe

My cousin~Nurul yang cute...ermm dah tau ade ***-**
Adam pun menyelit...huhuhu

My Untie~mak andak...smile..:)

My cousin~Suhaila pakai tudung biru...anak2 pnggl 'mak ngah Ya'
bakal doktor pertama dalam keluarga kami, insya Allah lagi 2 tahun...
anak mak andak
My niece~Nana pakai tudung krim...SPM tahun ni...vat btul2...
~Diba pakai tudung kelabu...baru habis PMR tahun lepas...
Alhamdulillah 9A...
Sume nak posing ngan bakal doktor kite ni...

BeRkAmPuNg Di HoSpItAL...

Kami ramai2 makan kat dalam kawasan hospital...
sebahagian sahaja ni...

Masing2 memilih lauk2 yang ada...

Tunggu giliran nak masuk tengok tokki kat dlm wad...
sempat lagi posing...huhuhu

To'ki~Sulong bin Embong...


Salam...
Hari ahad lepas I balik kg..
tengok to'ki (Sulong bin Embong) sakit kat hospital Mersing...
I balik ke Mersing...x blk ke kg Endau sbb mak I jaga ayahnya
yang masih ditahan di wad hospital Mersing...
Hubby I ajak balik jugak pada hari tu..tapi akhirnya kena tahan lagi mak
supaya jangan balik tidur aja di Mersing..
Apa yang dapat hubby I vat lagi kalau mak mentua sendiri dah cakap..
nampaknya x ada bantahan lagilah...
Fuh...seronok bukan main lagilah ank2 I (I pun sama..hehehe)

Bila sampai je kat Mersing...kami sekeluarga terus ke rumah akak I
(Esah binti Abdul Rahman)..I pun tolonglah apa yang patut...
Sbb waktu melawat blum lagi jd kami semua siapkan
makan tengahari untuk semua orang...
kat umah kakak I sorang lagi (Aidah binti Abdul Rahman) pun
sedang masak jugak,...makcik2 yang lain ada jugak lah yang menolong...
kami semua tolong menolong..kami semua keluarga besar...

Jadi apa kata orang ringan sama dijinjing berat sama dipikul...
Begitulah kami sekeluarga...
Mak I ngan adik2nya semua bergilir2 menjaga ayah mereka...

Cerita yang agak menyakitkan ada jugak lah I dengar dari makcik2 I
yang menjaga tokki..
Ada seorang kakitangan hospital mersing beritahu selama hospital mersing beroperasi
x pernah ada keluarga yang begitu ramai datang melawat...
Inilah pertama kali terjadi...pada satu malam tu 3 org jaga dtg konon nya
dia mendakwa ada org mengadu terlampau ramai org menyebabkan
keraguan bagi pengunjung lain....kitaorg tanya gaklah
ada barang hilang ke??? tak ada pulak...
ermmm...memang kami akui...keluarga kami memang keluarga besar tapi kami
semua mahu sama2 ngan makcik2 kami yang bersusah payah menunggu tokki...


Itulah kami 'Sulong's family'....
Anak pertama emak I~Wook @ Zauyah bte Sulong
Anak ke2 mak teh~Jamaliah bte Sulong
Anak ke3 mak njang~Samsiah bte Sulong
Anak ke4 mak ngah~ Jamsiah bte Sulong
Anak ke5 mak cik~Rumsiah bte Sulong
Anak ke6 pak uda~ Ismail bin Sulong
Anak ke7 mak andak~Sabariah bte Sulong
Anak ke8 pak alang~Ibrahim bin Sulong
Anal ke9 untie mas~Kamariah bte Sulong
Anak ke10 mak dek~Zaiton bte Sulong
Anak ke11 mak busu~Raudzah bte Sulong

To'ki I mempunyai cucu seramai 40 orang...
dan cicit seramai 38 orang...
dan cuit 1 orang...


Wednesday, January 21, 2009

PeRaNcAnGaN yAnG TaK mEnJaDi...

Sebenarnya perancangan hari ini I nak pergi ke
'Pasar Rabu' di Air Hitam...
tapi nampaknya semua kena batalkan..
Sebabnya...
Panjang ceritanya...tapi I nak tulis jugaklah..hehehe
Semalamnya I ngan mak (Wook bte Sulong ) yang tersayang
dah buat perancangan yang agak mantaplah...gitu2
nak pergi shopping2 kat pekan rabu (kerna hari rabu aje beroperasi)..
sbb harganya yg agak murah dari biasa..

Mak I pun bagi cadangan jom ajak 'Mak Nah' (mum-in-law I)..
member baik mak I merangkap bisan...hehehe...
Jadi kita org dah janjilah besok (hari ni) nak pergi pagi2..
selepas I balik dari hantar ank2 pergi sekolah..sbb
pasar rabu tu dibuka pada jam 7.30am dan akan ditutup 12pm..
sekejap sangat..perjalanan ke sana dari rumah I
memakan masa lebih kurang 45 minit..
ank I balik dari sek. pulak pukul 1pm..
jd I pun cakap ngan mak..

'Kita bertolak pagi mak ye..nti bole lelama skit'..
Mak setuju jer...jadi I pun ckp ngan anak I yang kecik..
'Adik kena tidur awal tau..sbb besok pagi kita nak jalan.'
Kemain seronoklah sekecil tu...
'Nanti atok kejutkan Hakim ye..'
Siap pesan ngan atok dia sruk kejutkan...

Tapi dalam pukul 10pm I dapat call dari abah kat kg.
menyatakan yang tokki (Sulong bin Embong) ayah pada mak I..sakit..
Orang2 kat rumah tokki dah bacakan surah yasin..
Mak I pun agak serba salah..mau tak sedih bila dengar ayah sakit....
I nak hantar memang tak pernah drive jauh2..
lagi pulak hari dah lewat malam..
Hubby I memang out station..memang gelabahlah..

Last2 abah I call cakap ngan mak..abg ipar I berdua..
abg Jawahir ngan abg Man akan datang ambil mak balik kg...
Perjalanan dari Mersing ke Kluang memakan masa lebih kurang 1jam..tu dah kira lajulah..
Abg2 ipar I smpi 5 minit lagi pukul 1am...
Abah pun ada call...beritahu mak tak payah balik ke Endau sbb
tokki dah dibawa ke hospital Mersing..
Abg2 ipar I hanya sempat I hidangkan air dan pisang rebus aje...
Iyalah nak cepatkan ...terus aje bertolak balik...kalau berlamanti lagi lewat malam sampai...

Mak sampai Mersing lebih kurang jam 3.15am..terus aje ke hospital...
Alhamdulillah...keadaan tokki beransur pulih...
Doktor beritahu..jantung ada masalah skit, paru2 berair, darah
naik hingga 200 lebih...jadi doktor masukkan air..
Tokki I tu umurnya dah 91 tahun...

Jadi sbb itulah I ngan mak tak dapat nak pergi ke tempatyang kami rancang...
Itulah apa yang kita rancang belum tentu jadi kenyataan...
Allah yang amat mengetahui dan yang menghendaki segalanyaberlaku...
Bak kata pepatah...
Kita hanya berupaya merancang tapi Allah yang menentukan.


p/s : * INGATLAH , SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN, DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN...

Tuesday, January 20, 2009

WaKtU2 YaNg KeKaDaNg TeRaSa BoSaN....

Baju customer yang baru siap...

Ni pun customer punya...

Fuh....
Adakalnya kita rasa amat bosan x tau kenapa
dan mengapa....
banyak perkara yang patut dibuat...
tapi malas mengatasi segalanya..
dengan jahitan yang berlambak2...
yang memang kena dijahit kerana org nak pakai
pada cuti raya china ni....

Kadang2 cam nak pencen je dari kerja menjahit ni...
Tapi...nanti x de masyuk plak...camne ni beli novel..
Kena jahit...x bole pencen lagi..
Chiayok..ciayok..ciayok...
Key...ariuoooossssssss...
Nak menjahit pulak ni..


Sunday, January 18, 2009

MaK dAtAnG uMaH....

Bekas sirih...

Sirih di kapur...

Pinang di kacipkan halus2...

Susun supaya x bersepah bila dilipat...

Lipatkan...

Dimasukkkan ke dalam gobek...gobekkan...

Hah...jadilah camni...hancurkan x yah dikunyah lagi
cuma kunyah skit2 je sbb dah hampir lumat...

Assalamualaiukum.....
Kat atas tu...
Cara makan sireh menggunakan 'gobek'...Pernah dengar ke perkataan tu
'gobek'...sebenarnya bagi emak2 atau nenek2 yang suka makan sireh ni..
selain dari kunyah dan makan seperti biasa..
boleh jugak menggunakan gobek ni..
Iye lah kekadang nenek yang dah kurang giginya bolehlah menggunakan
benda ni...
kat atas tu mak I lah yang guna...
sebenarnya mak I x suka guna gobek ni sbb banyak nak kena guna sireh..
tau2 ajalah sireh ni susah gak nak cari sekarang ni..
kalau sireh india banyak..
Jika kita menggunakan gobek ni sireh yang digunakan paling
kurang pun 2 helai...sekali makan..
kalau dah berkali2 makan...ada plak yang memgecek yang nak tumpang makan...
I ni sesaja je nak menyebok...
mak i dok makan sireh I sebok nak menggobeknya...
Seronok gak...cucu dia apalagi...
sama2 sebok nak tengok...tapi x brani nak makan..pedas...hehehe

Saturday, January 17, 2009

HaRi MeReNtAs DeSa SeK. MeN....

Amien~baru blk dari merentas desa..
'Penat ibuuu...'ktenye!!!

Sempat lagi posing tu...huhuhu

Amirah~masa pergi seronok bukan main...


Bila balik dapat ni...hah ape lagi terhincut2 jlnnya!!!

kaki dah terseliuh...membengkaklah!!!


Hari ni anak2 I, Al-Amien dan Amirah Izzati
ada acara merentas desa di sekolah masing2...
Nampaknya tahun ni..
semua sekolah buat acara merentas desa serentak dgn sekolah2 yg lain..
Semasa pergi ank2 I bukan main seronok lagi..
x payah hantar sbb nak warm-up..katanya..
Apa2lah ank2..janji bahagia...kan
Dalam pukul 12pm diorg call sruh amik..
dah sampi pintu..huh..terkejutlah jugak
terhincut2 jalannya..sape lagi kalau bukan
Amirah Izzati...ermm
camane bleh jadi cam tu ntah..
ktanya terpelecot..
'loglag' bak kata org kedah.
Alhamdulillah ada to'kinya kat umah I..
jadi dptlah urutkan...
besok petangnya dah boleh melompat main badminton..
Eeee...geram btul ank2 ni...
karang kalo bengkak semula camane..to'ki dah blk ke kg..
Itulah ank2 ni..mare karang ckp ibu ni sume x boleh..
Nti kalau sakit...sape susah..ibu jugak!!!

p/s : * KITA SENTIASA MEMPERTAHANKAN APA YANG KITA TAHU SEDANGKAN KITA SEPATUTNYA TAHU BAHAWA TAK SEMUA YANG KITA TAHU ADALAH BENAR.

Friday, January 16, 2009

DaHuLu LAiN...sEkArAnG LaIn....

Assalamualaikum....
I sering terflkir..apa yang ada dlm otak anak2 kita sekarang ini ye...
Rasa terkilan dan agk kesal kenapa anak2 sekarang terlampau bebas..
Siapa yang patut di persalahkan???...
Kita sebgi ibubapa...atau kawan2...atau keadaan...atau suasana...
atau...atau...bermacam atau akan terkeluar dari mulut kita...
Tapi apa jua sebab musababnya...jgn kita salahkan ank kita seratus peratus...
Kita kena tilik diri kita...pasti terdapat juga kesilapan yang terselit didlm
diri kita sebgi ibubapa...
Anak2 sememangnya lebih senang berbicara dengan teman2 dari diri kita
ibubapanya sendiri...kenapa???...
Agaknya sikap kita yang kekadang sukar nak letakkan diri ank2 kita sebgi kawannya...
sbb...ego seorg ibulah (I lah ni)..
memang I akui..I ni kalau boleh nak sruh ank2 I dengar ckp I aja..
mandatori x boleh bantah..
tapi I mmg sedar silap tu..tapi agaknya
memang seorg ibu ni sikap dia suka memerintah (I juga tu)
Sesekali I ni agak sporting gak (tengok keadaan..hehehe)

Bila anak2 I ajak keluar..I lebih suka keluar dgn I
daripada dia keluar ngan kawan2..
X taulah..patut ke???
Tapi memang mcm tu lah I ni..
Ank2 I nak pergi karoeke pun
I yang bwk..heheh agak kelakar jugaklah..
masa kita gadis dulu (org kg) mana ada jumpa tempat2 camni..
Nak pergi tgok wayang (I x teman lah)..
I sruh abg sepupu dia yang jadi bodyguard..
Kalu x kasi..budak2 sekarang bukan macam kita dulu2..
Budak sekarang kalau x bagi memberontak..
lebih baik kita bagi tp kena ada yang pantau..
kena ada yang teman..

Pernah I baca 1 artikal..muka depan metro.
I x brapa pasti tarikhnya..tajuknya lebih kurang begini bunyinya..
'Gadis sekarang bangga tidak punya dara'...
Apa kes tu???...bila baca tjk tu...
marah...geram...menyampah...bercampur2
ada seorg 2 yang ditemu bual..tanpa segan silu
menyatakan kebanggaannya..
Semoga Allah jauhkan semuanya dari berlaku keatas
anak2 ku..kaum keluarga ku..kawan2 ku...
kesemua amat Muhammad SAW agar tidak jauh tersesat
dari landasan agama....
INSYAALLAH!!!....

p/s : * BUAH AKAL IALAH ILMU PENGETAHUAN, BUAH JIWA ADALAH IMANDAN BUAH FIZIKAL IALAH KEMAJUAN.
* AKAL ITU MENTERI YANG MENASIHATI, HATI ITU IALAH RAJA YANG MENENTUKAN, HARTA ITU IALAH SATU TAMU YANG AKAN BERANGKAT, KESENANGAN ITU SATU MASA YANG DI TINGGALKAN.

* ( SAIDINA ALI)" INGATLAH, SABAR ITU IMAN, DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN..."

AdAb2 dAn HaK2 JiRaN...

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.

9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.

17. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas sega la kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.

18. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.

19. Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.

20. Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.

21. Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.

22. Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.

23. Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.

24. Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.

25. Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.

26. Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.

27. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.

28. Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.

29. Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.

30. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran

“ Jiran Sepakat membawa Berkat”

p/s: Apa2 pon ni I cetak kat blog sowg hamba Allah tu...huhuhu.. :)

Tuesday, January 13, 2009

BeRsAmA JiRaN2.....

Dengan jiran I-Kak Ann...
sempat lagi posing sementara tunggu org dtg marhaban..hehehe..:)

Dengan jiran-Dina..:)

Dengan anak2 dan jiran-Nilam..:)

Dengan jiran merangkap customer tetap I..Kak Lia,
pergi beraya sempat lagi berposing-jiran masa I di Tmn Sri Lambak (T6)
Ngape bergambar kat situ yerk..umah dia kat dlm lagi cntik...rugi btul..hehhe..:)

Dengan jiran belakang umah masa duduk di T6...
Zie...penuh dgn cite sedih..hanya Allah yg tahu..
betapa pun kau tersenyum..hatimu penuh dgn kelukaan..

Hawe..jiran sebelah umah tapi dah pindah ke Batu Bahat pd 25 dis 2008..
sedih sgt sbb dia baik..x pe BP area Johor lg..
kalo ada lapang nti I singgah umah U ye!..:)

Ngan M`Normah dan cucu2nya ank2 Uda ..ni jiran masa duduk di Tmn Air Biru,PG.
Dia pun sorg jiran yg sgt2 baik..Skrg dia dah pindah ke Tmn Rinting..
Sering gak lah singgah umah dia bila turun ke JB...:)

p/s : Kat atas sume baju yg same..beraya pd hari yg same lah amik gamba tu..huhuhu..:)

ErMmMm...

Terlalu banyak yang perlu di fikirkan..
Ermmm...kekadang kita ni terlalu alpa dengan ape yang terjadi di sekeliling kita...
Semuanya silap diri kita yang sememangnya kurang fokus..atau kurang tumpuan!!
Jangan nak salahkan sesiapa dalam hal ni...
Apa pun diri sendiri jua yang semamngnya kuang ambil perhatian...
Sebenarnya apa yang cuba I sampaikan terjadi pada diri I ni...
Ape x nyer..I terlupa pada jemputan jiran kat umah I ni..
Hanya selang beberapa buah je..
Beliau jemput datang umah dia ada vat kenduri skit..
Kenduri keluarga lah dengar katanya...
Jemputan tu pada sabtu 10jan.-3pm..
I bole plak bersantai2 kat umah..
Mane x nye..
Hari ni lah I nak merehatkan badan yang dah seminggu asyik peri mari dok mengantar anak2 ke sekolah...
Dek kerana terlalu asyik dengan kerja pun sememng nye x habis walaupun ank2 x sek.
Tetap gak lah nak masak...nak membasuh..
tapi ade gak lah owg menolong..
Along Amirah tolong gak ringan kan ape yang patut..
Tapi Angah Athirah ngan Akak Adilah..
Ermm...blk dari `koko`-kokrikolum..
terus je tido...
Ape2 pun x boleh nak tolong..
Tapi x pelah along dah tolong...
Berbalik pada cerita tadi..
I pergi sidai baju kat blakang umah..
I pelik ngapa plak ramai umah k` Minah ni...
ada gak lah sedara dia yang lalu kat blakang umah I...
Tegur I..`sidai baju kak`..
`Iye`..jawab I..
Tapi masa tu I langsung x teringat yg kat umah dia ada kenduri..
Emm...ermm..
apelah kan..tapi tulah tu semua bukan kehendak I pun..
Dalam pukul 4pm..
along Amirah sidai baju2 sekolah plak kat ampai depan...
Bila dia masuk dia ckp ngan I `Bu...cik Zai (jiran sebelah umah I je)..
cik As , cik Siah (jiran2 depan umah I) dia owg sume ramai2 baru blk dari mane tu Bu??`
Ermm..I pun baru terfikir...aaa..
'Long hari ni hari apa?'...'Sabtu lah Bu...kenapa?'...
`Lah...cik Minah ada jemput ibu lah..`
Adoyaiii....(ayat anak I ni...Amirah)...
Cam mane boleh terlupe plak...
Ermm...
I agak terkilan gak lah...(bukan x dpt mkn)..
Tapi amanah orang..yang betul2 mengharapkan kedtgan kita ke kenduri rumahnya...
Sebab dtg jemput tu..k`Minah dtg sendirik menjemput..
Dan berharap kalo ade kelapangan sudikan lah..
I takut plak di cap `sombong`..
sebab jiran lah saudara terdekat kita..

Sehubung dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya: "Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?.
Rasulullah SAW menjawab: Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman
(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman
( selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya."
( Riwayat Muslim)

Saturday, January 10, 2009

ANaK-aNAk AmaNaH ALLAH kEpAda KiTa....

~Abdul Hakim bin Ishak~anak ke4

~Amirah Izzati binti Ishak~anak sulong

~Athirah Nabihah binti Ishak~anak ke2

~Adilah Fasihah binti Ishak~anak ke3

~Mohammad Al-Amien bin Mohamed~anak saudara (tinggal ngan I)

Semoga I dapat menjaga dan mendidik amanah yang Allah berikan dengan sebaik mungkin.... Apa yang terbaik pasti buat anak2... Semoga apa yang di cita2kan oleh ank2 dapat tercapai dengan keizinan dariNya...INSYAALLAH...Amin!!!...

p/S : * TIADA HADIAH YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA NASIHAT YANG BAIK.
* NYANYIAN IBU UTK MENIDURKAN ANKNYA KETIKA KECIL ADALAH SUARA YANG PALING MERDU DI DUNIA.
* TANPA PERMULAAN, ANDA TIDAK AKAN KEMANA-MANA.
* BERDOA DAN MEMINTA BUKANNYA PERKARA YANG SAMA.
* KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN.

Friday, January 9, 2009

TeRkILaN...

Sana sini org membicarakan ziones israel..
dan kesengsaraan rakyat Islam di bumi Palestin..:(
Ape yg I nak cerita ni tentang apa yang sering juga di bicarakan oleh org lain..
Tapi I nak cite gak..
Tentang barangan yg mesti dan memg kena boikot.
Ape lagi usaha kita bagi menyatakan bantahan
terhadap owg2 israel yg memg berhati b******g....
Boikot barangan ni key....




p/s : KETIKA DITIMPA BENCANA, KITA AKAN MENGENALI YANG MANE SATU LAWAN & YANG MANA SATU KAWAN!!!
PEMIMPIN YANG BAIK AKAN MEMIKUL KESALAHAN & TIDAK MENGEJAR NAMA!!!



Monday, January 5, 2009

AlaM pErSekoLaHaN 2009 dAh MuLa...

ASSALAMUALAIKUM...WM. WB...
Permulaan yang baik bagi permulaan yang baru bermula...
Hehehe...apa gak nyer yang I repekkan ni..
Whatever..lah
Apa yang pasti hari ni...
bermulalah tugas I yang agak bz lah dari hari yang lepas...
Hantar anak2 pergi sek... dan ambik ank2 balik dari sek..
Agak bersemangat jugak lah..
May be first day kot..
Tapi x..I akan teruskan jugak semangat juang yang ade dlm diri vat ank2...
Bila ibu penuh ngan semangat,..anak2 mesti gak..kan
Pagi ni 5 jan.
Pakul 6 am I dah kejutkan ank2..
Fuh..sekali kejut da bangun..ermm
hebatkan ank2 I,..:)
Semangat nak pergi sek..
first angah masuk bilik air..
angah kuar..akak plak yang masuk..
along da x sabar tunggu..masuk bilik air ibu..
sume siap solat dan terus je sarapan..
6.45 am anak2 da I anta ke sek.
Dan bermula la plak rutin I kat umah...
Dengan penuh semangat agak waja..
I siap kemas umah,..sapu smpah..siap masak..
pukul 10 am, I da siap sume..
Fuh cepat bangat..n hebat bangat..heheh
Jadi I sempat lah merebek jap kat blog ni..huhuhu
Adik Hakim pon da bangun..jadi rasanya..
lepas ni ni vat apa pun..mudah jer, sbb semua kerja da beres..
Teringat plak kat Nana,..Diba,..Lokman,..Biah,..Hanan,..Abteh,..Shimi,..
semua anak buah I yang jugak memulakan persekolahan hari ni,..
Oh ye,..hampir terlupa plak kat abg mein,..ermm
cian plak x dapat pergi sek. hari ni sbb demam.
Ermm..tulah redah lagi ujan ngan Mail kan..
first day dah kena ponteng sek.. apa boleh vat da demam..kan
Okay...lah nti kite cite lagi..lepas ni pasti byk..
mungkin cite dari ank2 yg bru mula kan sek hari ni??...

p/s : SEBUAH PERJALANAN TERINDAH BAGI SEORANG MUSLIM TATKALA IA BISA MENAPAKI DENGAN INDAH PULA, KEINDAHAN ITU AKAN TERWUJUD TATAKALA MENGETAHUI SECARA AKAL DAN RUHI DALAM TAHAPAN PERJALANAN ITU DALAM SEBUAH RITUAL SOLAT.

Thursday, January 1, 2009

HaPpY NeW yEaRr.....

Assalamualaikum...
dan Selamat tahun baru....
Pejam celik-pejam celik..dah tahun baru....
Apa yang berlalu jadikan teladan dlm kehidupan yang bakal diteruskan...
Perjuangkan apa yang ingin dicapai...supaya ia berada dalam genggaman.
30 dis. keputusan PMR keluar...
Tahniah I ucapkan vat my niece...Nurul Najwa Adiba..
yang bercaya memperolehi 9A..
Fuh..ibu bangga..
Dan vat along Amirah..
amik iktibar..
Bagi mencapai kejayaan hendaklah di sertakan dengan usaha yang gigih
pasti mendapat memperolehi keputusan yang cemerlang...
Okey...nak bwk ank2 pergi bli ape2 yg blum di bli lg ni..
Sekolah da mula minggu depan....
ariuoooosssss.....

p/s : MIMPI TIDAK AKAN JADI KENYATAAN JIKA KITA ASYIK TIDUR.
: ORANG YANG BIJAK MEMPELAJARI BANYAK PERKARA DARIPADA MUSUHNYA SENDIRI.
: TERDAPAT BANYAK KEMUNGKINAN UNTUK GAGAL KERANA KEJAYAAN HANYA BOLEH DICAPAI DENGAN SATU PERKARA IAITI USAHA.