Saturday, May 30, 2009

DaH CuTi SeKoLaH...

Minggu lepas, 'anak2' ibu datang...angah Rasfanjani yang sedang bercuti selama 2 bulan dan sedang menghabiskan ujian memandu. Nampaknya nasib tidak menyebelahi Rasfan kali ini, dia gagal sebelum memulakan ujian jalanraya....huhuhu kesian dia (T_T)

Rasfan yang sedang memangku Hakim....hahaha dengkinya ibu disitu(^_^)

Kegagalan dia adalah disebabkan yang paling mudah...hehehe. Dan telah ibu ingatkan sebelum dia pergi menhadapi ujian..."ingat 5 perkara"..."beres..bu, doakan ya..."...."ok". Tapi Allah lebih maha mengetahui dia lupa MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR....

Semasa dia tersedar, terus dia tarik...semua kesalahan disabitkan disitu....pertama- tidak memakai tali pinggang keledar. Kedua- memandu menggunakan satu tangan. Ketiga- membahayakan pemandu yang berada dibelakang...Semuanya berkait disitu. Dan anda GAGAL.

InsyaAllah pada 10hb, jun nanti ujian semula. Bayaran yang dikenakan rm130 untuk menduduki ujian semula. Semoga iktibar diambil dari kejadian yang lalu.Malam tadi Rasfan sudah pulang ke Mersing dengan atok (emak ibu) dengan menaiki bas ekspres pada pukul 845pm dan selamat sampai pada 1005pm.

Kak ngah Syafiga dengan angah Athirah...amboi2 bersuap2 lagi...huhuhu

Kak ngah Syafiqa yang juga sedang bercuti selama 2 bulan juga dengan misi membantu ibu.... Misinya sambil menyelam minum air...huhuhu. Ibu kena menjahit baju raya dia n family. Okeylah tu...hehehe

Adanz juga datang dengan misi tersendiri...huhuhu. Macam2 perancangan bagi diri adanz.... semalam petang pada pukul 4pm ibu telah menghantar adanz menaiki keretapi ke Kajang...sekarang dia berada diKajang rumah kak long Shakira dengan misi yang tersendiri.

Naveed n 'tante' Adanz....huhuhu(itu gelaran yg adanz nak naveed panggil...hahaha)

Hari ni sudah bermula cuti sekolah...nampaknya sakanlah anak2 bercuti.

Ibu kena habiskan jahitan dalam masa cuti sekolah ini...InsyaAllah moga siap semuanya (^_^)

Thursday, May 28, 2009

SeLaMaT HaRi LaHiR aNaKKu...

Selamat hari lahir buat anak ibu Athirah Nabihah atau dengan panggilan di kalangan keluarga 'angah'....hari ini angah genap 12 tahun dan nampaknya seperti ayah dia juga kalau sambut hari lahir kena demam.....cian anak ibu,..cepat2 sembuh ya, nanti boleh ajak pergi makan2 sebab orang demam kena duduk rumah x boleh jalan selagi x baik....hehehe

Doa dari ibu...

~Sentiasa taat dengan suruhan Allah dan meninggalkan yang dilarangNya. 
~Sentiasa mendengar kata ibu dan ayah.
~Menjadi contoh yang baik pada adik-adik.
~Buat yang terbaik untuk UPSR nanti.
~Dan semua yang terbaik untuk anak ibu....


Friday, May 22, 2009

KeSiBuKKaN YaNG BeRGaNDa...

Salam sayang buat semua blogger yang ibu kasihi. Windu..windu...windu...sesangat2 kat blogger2 dan juga blog ibu ni, itulah yang dapat ibu katakan dan luahkan. Serasa dah bersarang blog ibu kerana kebatasan waktu diri ibu dikala ini.

Hampir 2 minggu ibu tidak meng 'update' blog...hwaaaa (T__T)...semua sudah pasti paham dengan kepadatan jadual harian ibu sekarang ini. Sejak 4 hari lepas ibu sudah ambil seorang baby iaitu Insyirah bawa balik ke rumah untuk dijaga kerana ibu rasakan masih ada ruang untuk ibu melakukan kerja yang masih tertangguh dirumah.

Sabtu lepas ibu paksakan diri menyiapkan tempahan customer dari Puchong. Customer ibu sudah 'call' dan marah2 kerana sudah agak lewat dari perjanjian. Dengan ayat yang terguris sedikit hati ibu berbunyi begini "ITULAH KAK JUNE NAK SANGAT JADI PENGASUH, KAN DAH LAMBAT SIAP BAJU SAYA." Ya Allah....nape itu yang dia katakan,..dia tidak berada ditempat ibu, dia boleh berkata apa sahaja. Semoga dia tahu apa yang dia katakan.

Jadi dengan sedaya upaya dalam masa 2 hari sabtu dan ahad ibu siapkan baju sebanyak 2pasang baju melayu lelaki, sepasang baju kurung perempuan dan 2 helai kemeja. Keadaan rumah, bahan memasak semuanya anak2 dan hubby yang sediakan...ibu cuma masak apa yang sudah disediakan. Terima Kasih dan syukur kerana pengertian dari hubby dan anak2.Cuma Hakimlah yang ada juga terkeluar komen dari mulutnya "IBU...ASYIK JAHIT AJE??? IBU TAK BOSAN KE???..." Mungkin dia lihat ibu, lepas masak terus mengadap mesin lagi...x berhenti2.

Sepasang baju melayu ibu ambil masa lebih kurang 4 jam menyelesaikannya... baju kurung pulak lebih kurang 2 jam masa yang ibu ambil dan kemeja yang berlinen ibu ambil masa agak lama jugak selama 3 jam setengah tapi yang simple tu ibu hanya amik masa hampir 2 jam jugaklah.... adush mungkin sekarang ni ibu sudah agak 'slow' x macam zaman 20-an, sehari ibu boleh jahit 10 pasang baju kurung.....huhuhu

Alhamdulillah akhirnya pada pagi isnin 17 mei, ibu sudah meng'pos' tempahan customer ibu.
pos ke alamat yang tertera...
inilah cara kominikasi ibu ngan customer...
akhirnya jadilah baju seperti yang dibawah...hehehe
ini baju pengantin....tapi yang ungu tu kainnya macam 'reject'...
nak gosok susah..bila terlebih panas, cair plak kainnya...huhuhu
siap sudah baju pengantin 2 pasang baju melayu....
contoh kemeja yang diberi....
ini kain yang hendak dibuat kemeja....
jarang sangat kain untuk buat kemeja ni...jadi disiapkan dengan linen, tangan tidak berlinen.
agak cerewet utk membuatnya...
kemeja ini biasa saja dan kainnya pun mudah untuk dijahit....

Setelah hubby ibu meng'pos'kannya...ibu pun 'call customer' tu dan memberitahu sudah dipos tempahannya. Dia menyatakan akan meng'bank-in'kan duit ibu pada hari itu juga melalui 'maybank2u'.....Pada malamnya sebelum hantar hubby ibu sms dan tanya " dah bank-in??"
"belum sebab server prob. Besok pagi saya cashkan kat bank"..."ok"

Tetapi sehingga ke hari ini ibu masih belum mendapatkan bayarannya.....hwaaaaaaa
Semalam lagi sekali ibu sms dengannya.."hari ini x boleh bank-in lagi ke???" Boleh pulak dengan marah2 dia menjawab sms dari ibu berbunyi begini " keadaan saya kelam kabut sekarang ni, dengan suami masuk wad dan kedai saya jaga seorang...bukan saya x nak bayar. Kak June ni kalau duit nak cepat tapi kalau hantar lambat, saya kena marah ngan customer saya kak june mana tau".....ibu membalas "ok, maaf atas segala2nya"

Ya Allah....hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ibu dikala itu...selama ini memang ibu x pernah lambat dari menjahit tempahan darinya. Kekadang tu dia hantar masa yang diberi hanya seminggu untuk ibu siapkan dan ibu dapat menyiapkannya dengan tepat dan pernah kerana takut lambat dihantar melalui pos, hubby pergi hantar 'by hand' dan tanpa mengcas apa2 bayaran pun....waima duit tambang pun ibu x mintak walaupun dia ada menyatakan nanti dia bayar duit tambang tapi senyap begitu sahaja......

Selama ini memang ibu poskan duhulu tempahan bajunya, duit kemudian dan memang x pernah cepat pun bayaran dibuat paling cepat pun seminggu dan pelbagai alasan yang diberi...cek tak clearlah, saya berada diluar kawasanlah, x sempat nak pergi banklah dan bermacam2 alasan lagi dan ibu terima dengan redha.

Dan tidak tahulah kenapa pada kali ini ibu mintak dia bankkan duit terlebih dahulu sebelum tempahan baju sampai ke tangannya...sebab ibu rasakan seolah2 ibu macam peminta sedekah bila asyik bertanyakan,..'dah bank-in???' Kadang macam terasa malu seolah2 ibu ni terlalu meminta2 ke???? atau mungkin ada hikmah yang tersirat disitu yang tidak dapat ibu ungkapkan lagi....

Wajarkah ibu memintak setiap kali dia lambat bankkan duit?????
Atau ibu patut tunggu dan tunggu sahaja dengan sabar?????...
Mungkin ibu sudah patut bersara dari mengambil temapahan????...
Jahit untuk diri sendiri dan keluarga sahaja????....
Mungkin ibu kena bersara dari 'dunia jahitan' ini buat sementara waktu bagi menumpukan penjagaan terhadap baby twin ke?????
Bolehkan ibu bersara sedangkan jahitan ini sudah sebati dengan diri ibu, selama 19 tahun ibu bersama dengan jahitan............

yang dibawah ni tempahan dari jiran ibu aje...masih dalam proses menyiapkannya.....huhuhuhu manyak lagi nak jahit ni......(T_T)

Tuesday, May 12, 2009

TWiN...

Bermula isnin 11 mei ibu sudah bergelar "baby sitter".....
Menjaga twin Anees Zulaika dan Anees Insyirah.
Rutin ibu sudah berubah sepenuhnya.
Pagi ibu siapkan kerja rumah n masak untuk anak2 balik sekolah.
Pukul 12pm ibu ke rumah sepupu ibu untuk tolong makcik jaga twin.
Pukul 1.30pm amik anak dari sekolah n hantar balik rumah..pantau anak2 makan n solat.
Pukul 2.10pm pergi ke rumah sepupu lagi tunggu twin sebab neneknya nak solat n makan plak.
Pukul 3.20pm balik rumah n hantar anak2 ke sekolah agama n pergi ke rumah sepupu.
Pukul 6.30pm amik anak2 dari sekolah agama.
Pukul 6.45pm balik ke rumah...
Huhuhu...padat sungguhlah jadual harian ibu..
Pukul 9pm ibu sudah masuk tidur pada hari pertama bertukarnya jadual...penat sangat(T_T)
Sementara nenek(mak ngah ibu) twin ada, ibu terpaksa berulang alik ke rumahnya n mungkin sehingga hujung bulan mei....hwaaaaaa(T_T)
* Doakan ibu diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan amanah yang diberi...insyaAllah.

Jom layan pic kembar ni...apa perbezaan nyata antara mereka berdua...
Yang berbaju kuning Anees Insyirah(adik) berbaju pink Anees Zulaika(akak)
Mereka berdua agak kuat menangis....kurang tidur.
1jam akan bangun menyusu dan belum siap yang satu menyusu
yang satu lagi sudah menangis nak susu....
Ya Allah permudahkanlah segala urusannya.
Terpaksa ajar tidur dalam buai barulah agak lama tidurnya...
Ayunannya x boleh berhenti....hwaaaa(T_T)
Semoga semasa dalam penjagaan ibu nanti segalanya mudah dan dipermudahkan Allah...
INSYAALLAH.

Monday, May 11, 2009

PeLBaGai CeRiTa...

Pada jumaat pagi seperti biasa tugas ibu adalah mengambil hubby yang baru sampai distesen Kluang. Setelah tukar driver ibu pun duduklah sebelah pemandu, ibu pun terbau minyak angin. Apalagi tanyalah hubby;
Ibu: bang sakit perut ke? Bau minyak angin ni...
hubby: a`ah..x tau lah kenapa, lepas muntah aje terus rasa ok plak...
Ibu: oOo..x pelah balik nanti rehat aje..

Setelah sampai ke rumah, rehat sebentar datang sebuah van, rupanya orang yang ibu berjanji untuk membunuh anai2 yang sudah mnyerang rumah ibu sudah datang untuk menjalankan tugas mereka membasmi anai2.
Rumah ibu sudah diserang anai2, anak ibu hakim panggil 'inai2'
Gambar diatas adalah alatan yang dibawa bagi membasmi anai2 yang telah menyerang...
Harga racun bagi membasmi anai2 sebotol rm500..fuh mahal tu.
Gambar diatas menunjukkan tanda yang dibuat bagi mengisi racun anai2...
Bagi sesiapa yang pernah tgok x pelik sgtlah...
Kerja mengorek lubang sedalam 1 kaki setengah supaya racun yang diisi nanti menjadi bentuk kristal dan menghalang anai2 meneruskan aktivitinya...
Itulah lubang yang dikorek..jarak 1 lubang ke 1 lubang - 1 kaki..
Lebih 100 lubang yang dikorek kat rumah ibu termasuk luar dan dalam...
Seramai 5 orang yang membuat kerja ni...
Tebuk lubang -2 orang
Sedut pasir2 -1 orang
Tukang bancuh racun - 1 orang
Tukang tanda2 -1 orang
Setelah racun dimasukkan, lubang tu ditutup/ ditampal menggunakan simen.
Lebih kurang 5jam proses ni berjalan...hingga ke atas bumbung pun disemburnya sebab bumbung banyak kayu...mmg kegemaran anai2lah...
Fuh...penat tu, hingga anak2 balik dari sekolah pun ibu x sempat nak masak lagi...
camne nak masak kalau dah orang buat kerja n takut jugak ngan racun2 ni...hehehe
-Mereka akan pantau dari masa ke semasa samada anai2 masih aktif ke tidak...
*kos keseluruhan rm1400 (berbaloi sebab dia akan pantau n jaminan selama 3 tahun...kalau ada lagi anai2 dalam masa tu dia akan membuat pembasmian secara percuma sahaja)
-----------------------------------------------------------------------------
Sebelah petangnya hubby dah mengadu sakit semula,
ajak pergi klinik dia cakap masih boleh tahan, x payahlah pergi klinik...
ibu ikutkan sahaja.
Tapi pada malamnya hubby dah x tahan asyik mengaduh kesakitan...
Nak tidur pun x boleh...memusing ibu tengok hubby menahan kesakitan,
Teringat ibu pada arwah abang ibu yang sulong (ayah adanz, fadhil n amien)...
Dalam pukul 12 setangah malam ibu paksa hubby pergi ke hospital kluang...
sebab nampak teruk sangat asyik berulang ke bilik air...

Ibu bawak Amien n Hakim untuk temankan ibu anak2 perempuan ibu tinggal kat rumah n ibu kunci dari luar...
Ibu kejutkan along Amirah supaya tengokkan adik2 sementara ibu bawak ayah mereka ke hospital...
Setelah sampai hospital hubby buat lawak pulak, dia cakap "dah hilanglah sakitnya.."
Ishk3...dalam hati ibu berkata "takut ke??? muka nampak cam sakit lagi..."

Setelah sampai giliran hubby masuk..tetiba ibu dipanggil lagi nurse,..
Rupanya nurse memberikan sample air kencing utk dianalisis ke 'makmal patologi'
Gambar kat atas tu makmal patologi Hospital Kluang...
Ibu kena tunggu keputusan anilisis air kencing terlebih dahulu,..nasiblah waktu tu ada seorg pesakit juga sedang menunggu...kalau tidak ibu sorang2 kat situ..
amin n adik hakim menunggu diruang depan kecemasan...
Akhirnay doktor sahkan hubby ibu kena batu karang....
Kesakitan yang amat tu kerana pasir2 karang yang hendak keluar melalui saluran kencing...
Pic kat atas tu adalah ubat yang hubby ibu dapat selepas mendapat pemeriksaan dari doktor,
Hubby dibenarkan pulang setelah ujian dibuat dan berehat seketika dibilik rawatan...
Patutlah masa hubby sakit tu ibu asyik teringat ke arwah abang kerana kesakitan yang dialami seakan2 arwah abang, arwah abang ibu meninggal disabitkan penyakit batu karang didalam buah pinggang...
kedua2 buah pinggangnya sudah penuh dengan batu karang dan kami sedar bila berada ditahap kritikal...masa tu umur amien baru masuk setahun n anak ibu along berumur 4 bulan waktu itu...
-Semoga hubby ibu cepat sembuh dari penyakitnya...insyaAllah.
Lebih kurang pukul 2 pagi kami keluar dari perkarangan hospital dan kami singgah ke restoren berdekatan rumah ibu untuk minum2...
Pic kat atas tu adalah sup telor yang Hakim order dan yang bawahnya sup ayam Amin order...
layan jelah anak2 ni...huhuhu
-----------------------------------------------------------------------------------------
9 mei...
Ibu balik kampung ngan anak2...sampai rumah emak lebih kurang pukul 12 malam....
10 mei...
Ibu ngan adik masak mee sup n akak dari Mersing balik bawak mee goreng....
Kami raikan HARI IBU untuk emak iaitu WOOK BINTI SULONG.
Kami SAYANGKAN EMAK.
Kami DOAKAN EMAK SENTIASA BEROLEH KESIHATAN YANG BAIK dan SENTIASA DI LIMPAHI RAHMAT ALLAH.
TERIMA KASIH atas susu yang telah kami minum.
TERIMA KASIH atas segala pengorbananmu.
Kat bawah ini adalah pic emak ibu ngan cucu2nya
(emak ibu mmg x suka bergambar, ini pun dipaksa lagi cucu2nya...hehehe)
Pic yang kat bawah ni ayah ibu..
Pic yang dibawah ni pulak adalah keluarga mertua ibu datang menyinggah...
Mak n bapa mertua ibu dan adik ipar ibu n hubby n anak2nya...
Mereka datang untuk mencari kepah di pantai...
Sebelum pulang ibu sempatlah jamukan mereka dengan hidangan mee sup n mee goreng n keropok goreng....layannnnnn