Friday, February 27, 2009

RaHsIa JuMaAT...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB...

RENUNGAN BERSAMA:-

Hari Jumaa
t ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat




Amalan Sunat Hari Jumaat:



Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.



Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"



Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.



Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan:



Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"



Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.



Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).



Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.



Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

p/s: petikan cetak dari sini

Sunday, February 22, 2009

TaG LaGi...

TAG DARI MIMI:

1) Take a picture NOW!!
2) DONT CHANGE UR CLOTHES , DONT FIX UR HAIR , JUST POSING
3) NO EDITING PLEASE.
4) POST THESE INSTRUCTION WITH UR PHOTO.
5) TAG 10 PEOPLE.
6) ENJOY



~*~Hehehe...sempat lagi posing
~*~Semata2 tuk jwb tag ni
~*~Nak pergi hantar hubby kerja ni
~*~Sruh ank snap kejap
~*~Mmg buruknya gamba ku ini...
~*~Tudung merah..bju purple..
~*~Mmg x sesuai langsung...
~*~X turun mane2 pon just hantar trus balik umah...
~*~Whatever...

10 yg Di Tag!

~*~ X nak tag owg...sowi eh mimi!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------


TAG DARI BB SYASYA:


1/ Your name or username
~Eibu Junes

2/ Left handed or Right handed
~Right handed

3/ Favourite letter to write
~Formal letter
~Informal letter

4/ Least favourite letter to write?
~Formal letter to teacher (hahaha...)

5/ Do you think you are HOT?
~Yes to my hubby

6/ Upload your favourite pic7/ Why do you like diz pic?
~Coz we are loving couple ~_~

8/ The last song you listen to?
~Lovebug-Jonas Brother
~Love story-Taylor Swift

9/ What are you doing right now besides this?
~Blogging

10/ 6 people I'm going to tag
~Sesiapa yang nk amik tag ni amiklah..x mo ah nk pakse2!!!

Yeaa...akhirnya terjawab sudah..hehehe!!!
~*~Okey Syasya ibu harap puas hati dgn jawapan ibu nih...ariuoossss!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

TAG DARI EIBA:

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

1. Next year i'm (2009)



2. I really want to go


*(Ibu dah lama teringin nak pergi Langkawi,..sampai sekarang blum tercapai lagi...hehehe
Doakan iya, moga ibu dapat pergi..)

3. My favourite place



4. My Favourite things.

5. My favourite drinks


6. My Favourite food



7. My favourite color.





8. I live in



9. I was born in...


10. My Bad Habbit...

(Shopping...mmg ske sgt tp ngabihkan duit je...sbb beli benda yg x penting pon!)

(Suft internet..sampai x ingat nak buat pe2 pun..hehehe)

13. My Hobbies...


14. I wish...




(A very happy family...)

And..people to been tagged is....
~*x nak tag sesape pun..sbb tau org malas nk jwb tag ni..
Sowi jgn marah Eiba..x sampai hati nk tag org len..
sesapalah yg sudi..amiklah!!!
~*~Alhamdulillah dengan penat lelahnya ibu upload gambar..berkat kesabaran yang tebal..
akhirnya sudah jugak tag yang diberi oleh Eiba...Ariuooossss!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TAG DARI CIKYANA:

RULES
The rules of the game get posted at the beginning.
Each player answers the questions about themselves.
At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names,
then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.
Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
END

THE QUESTION IS...
**Number one!!
What were you doing 5 years ago?In 2004??
~*~Banyak sangat peristiwa tahun 2004 ni
~*~Januari ulang alik ke HSA JB, sbb ade prob. asyik bleeding..
~*~Mac kena buat D&C sbb keguguran..
~*~Cuti sek pertgahan mac berpindah dari Pasir Gudang ke Kluang
~*~Ogos-Doktor sahkan ngandung, tahan wad sbb bleeding lagi
-Tapi mmg sakit hati sbb nurse & doktor kat Kluang sombong2 sgt...
sampai demam2 & suspek darah tinggi-stress kena marah
~*~Di Kluang sume kena berdikari sbb my hubby kena tukar ke KL
-Ibu terpaksa pindah Kluang sbb susah dapat rumah kat KL...sedih sgt!!!
~*~Alhamdulillah akhirnya sume ok...

**Number Two!!
What were the 5 things on your list today?
~*~Tired- sbb hari anak2 x sek
~*~Blogging-jawab tag
~*~Wacthing -melodi ske
~*~My cousin house-pergi umah dia amik serawa durian..yum2 sedapnya!!!
~*~Rest-tido Zzzzzz...

**Number Three!!
What are 5 snacks that you enjoy?
~*~Coklat smarties-hahaha amik yang ank ibu punye...
~*~Crispy-makan ngan ank2, layan jerk...
~*~Gula cloud9-btul ke ejanya..pe2 ah
~*~Cadbury-erm mmg best...
~*~Aiskrim-corneto(snak ke??...pe2 lah)

**Number Four!!
What are 5 jobs you've had?
~*~1st job--tolong pakcik bwk brg perniagaan masuk & kluar Singapore
~*~2nd job--mengajar di Pusat Latihan Kemahiran
~*~3rd job--fulltime housewife
~*~4th job--fulltime housewife
~*~5th job--fulltimehousewife
* boleh gitu???heheh..whatever!!!

**Number five!!
5 persons that i love to tag?
~*~Sesiapa yang sudi
~*~sesiapa yang nak
~*~sesiapa yang suke jwb tag
~*~sesiapa yang berminat
~*~sesiapa yang rajin menjwb tag
*Ade ke???...hehehe

~**~Pada Cik Yana..okey nmpaknya sudah terjawab tag yang Yana bagi kat ibu..
semoga puas hati ngan jawapan yang ibu kasi..
dan sowi sgt kalo ade yang x puas hati..kte hanya insan kerdil yang x punya apa2...

Friday, February 20, 2009

ReNuNgAn BeRsAmA...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

Ibu baca artikel ni bersama emak ibu dalam sebuah buku yang ibu dah x ingat tajuknya, dan ibu cari dalan internet tajuk ni..jadi ibu ingin kongsi bersama2 para pembaca blog, jom kita ambil iktibar darinya...


Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya:

"Wahai Rsullullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah s. a. w:

"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -

(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


~BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.


Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:


" Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan.


Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih:


"Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


~BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.


"Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.


"Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


~BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.


Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar.


"Mereka ini adalah orang yangmenyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.


"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan
darah.

"Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala ke bawah dan kaki ke atas.


" Meraka adalah orang yang berbuat zina,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri
mereka penuh dengan api gemuruh.

" Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.


"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


~BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti
tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


~BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:


"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka,
mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

p/s: Hendaknya kita sume tergolong dalam barisan ke 12-INSYAALAH.

Thursday, February 19, 2009

FiRsT TiMe Di TaG...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB!

Pada 18 februari ibu di tag...nak jadi ceritanya,
first time kena tag ni..

lepas tu pulak 2 sekali gus..fushh2,
mmg sesungguhnya mereka yg ditag ni
disayangi dan dingati selalu (prasan je kot???...hehehe)..

Dan ibu cuba menjawabnya sebaik mungkin....
dan buat blogger yang telah meng'tag' ibu

sowi lambat jwb..(cari ilham gaknya)

**Tag pertama dari myprecious:
jeng..jeng..jeng..(berdebar2 cam nak jwb soalan peksa plak!!)

Peraturannya:
1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST RIGHT THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. Tag 10 friend who might enjoy doing the memo as well as the person you got the memo from.


* IF SOMEONE SAY "IS THIS OKEY" YOU SAY?
~Complicated-Avril Lavigne



*WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

~Perfect Situation-Weezer



*WHAT IS YOUR MOTTO?

~Be Yourself-Audioslave



*WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

~SyurgaMu-Ungu



*WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

~Ketulusan Hati-Anuar Zain



*WHAT IS 2 + 2 ?

~Tarapapa-The Fabulous Cat feat Sedozen & Pot Amir



*WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
~Sejiwa-Spring



*WHAT DO YOU THINK OF A PERSON YOU LIKE?
~Milikku-Zahid



*WHAT IS YOUR LIFE STORY?
~Love Story-Tylor Swift



*WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
~Evergreen-Westlife



*WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
~Doa-Ungu



*WHAT WILL YOU DANCE AT YOUR WEDDING?
~I Wanna Hold Your Hand-The Beatles



*WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
~Epilog Cinta Dari Bromley-Suhaimi Mior Hasan



*WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
~Holiday-Greenday



*WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
~No One-Alicia Keys



*WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIEND?
~Terlalu Istimewa-Adibah Noor



*WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
~Dont Matter-Akon



*WHAT MAKES YOU CRY?
~When You Say Nothing At All-Ronan Keating



*WHAT MAKES YOUR LAUGH?
~Dont Speak-No Doubt



*WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
~Cela-Boneca



*HOW WILL YOU DIE?
~Andaiku Tahu-Ungu



*WILL YOU EVER GET MARRIED?
~Sebelum Cahaya-Letto



*WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
~Matahariku-Agnes Monica



*DOES ANYONE LIKE YOU?
~Love Me-Glenn Fredly



*WHAT SCARES YOU THE MOST?
~Bernafas Dalam Lumpur-Wings



*IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
~Situasi-Bunkface



*WHAT WOULD YOU SAY WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
~La La La Kerjalah-Meet Uncle Hussain



*WHAT WILL YOU POST THIS AS?
~Tunjukkan Aku-Boneca
(Tunjukkanlah apa2 yang tersalah tu iye...Anak2 ibu suka sgt lagu ni!!!)

~*~Akhirnya dengan susah payah dan kerja keras (sgt2 keraslah..hehehe) dan bantuan ank2 maka terjawab sudahlah tag yang diberi...


Okeh..nak kongsi ngan sape tag ni yek???
ermm....
~pada sesiapa yang rasa dia sayang dan ingatkan ibu..sila amik ye!!!
(Ada ke org tu???whatever...)




**Tag kedua dari lala @ Shahiela:
jawab jgn x jawab ibu junes...hehehe:)


~Apa nama penuh anda?
*Junaidah Binti Abdul Rahman.


~Nama apa yang anda harap itu nama anda?
*Ada ke??? X de lah...buat apa nk nama len lagi..


~Post 4 pictures latest kowang yang eksklusif yang x de sape tgok lagi

~Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?
*Mempunyai keluarga yang bahagia.


~Apa prinsip hidup anda?
*Usaha sehingga berjaya dan mendapat keredhaan dariNya.


~Apa perangai anda paling buruk?
*Duduk dpn pc berjam2...hahaha


~Tulis diatas sekeping kertas & postkan juga
"ucapan anda kepada saya"
Tag pada 10 orang rakan anda..
Sesiapa yang sudi amik ye...ibu x nk paksa2.

~~Adush...dengan penat dan tungkus lumusnya siap jugak tag ni..:)~~

Tuesday, February 17, 2009

PeRaSaAn YaNg BeRCaMpUr BaUr...

ASSALAMUALAIKUM

Entahlah kenapa perasaan yang bercampur baur pada hari ini...
Bersalah ke seorang bila memarahi anaknya???Kenapa mesti rasa bersalah menular terus dalam diri nih..sedangkan tindakan yang ibu lakukan terasa wajar...Salahkah seorng ibu meletakkan satu peraturan,..peraturan yang mesti diikuti walaupun mereka bukan anak kandung ibu...Bagi ibu bila mereka dah berada bersama2 ngan ibu apa jua peraturan yang ditetapkan mesti dipatuhi..Muktamad.


Sebenarnya peristiwa ni berlaku malam tadi..Malam tadi x tau mcm mane ibu bleh plak terlelap kat ruang tamu..tunggu adik Hakim tgok katun dia..akak dia yang len vat homework...sedar2 dah pukul 10 mlm. Anak sedara ibu Amin dah x de umah, rupenya dia amik peluang kluar masa ibu tertido. Ape lagi mengamuk gak lah ibu...mare ngan adik2 yg ada kat umah, ngape x kejut ibu masalahnya. Adoi ni mesti komplot ni..Mana tak marah siang tadi dah kluar..cukup2lah tu.


Peraturan yg ibu tetapkan kalau kluar malam 1030pm mesti dah ade kat umah...Jam kat dinding dah menunjukkan 1025pm. Ibu pon call dia, 'kat mana ni? Dah pukul bape ni? X nak balik lagi ke?' Jawabnya 'kejap bu..potong rambut'. Bila fikirkan...aik??? Dah x de siang ke nk potong rambut??? Jam dah pun menunjukkan pukul 1035pm...rasanya ibu mesti call lagi..kena bagi last warning ni..'Ngape x balik lagi ni??? Dah pukul brape ni? Ibu x kira kalo x blk dalam masa 5 minit ibu kunci pintu...nasiblah ye'.-Mandatori


Lame gak ibu tunggu, rasa cam panas dah hati ni. Ya-Allah bykkanlah sabar dlm diri ni. Jarum jam dah menunjukkan 1055..Ish3 memang x bole jadi ni, ibu call hubby, sruh dia yg call plak.
X smpi 5 minit dah balik pon. Ibu pon sruh angah yang bukakkan pintu...(maleh nk bagi muka)
Ibu dengar dia masuk tapi vat derk je...x nk tye pe2, sbb ibu tau dia pon mesti bengang gak dpt call dari ayah. Terdengar mangga dipasang & pintu di kunci..ibu vat senyap je dlm bilik (biar masing2 cool dlu-nti kalo ikutkan marah setan yang bertepuk kegembiraan)


Tiba2...plop,black out. Gelapnya..kenapa ye??? Allah balas cash ke??? (timbul persoalan di benak ibu)..Kenapa ibu ckp camtu??? Sbb dia ank yatim. Tak terniat langsung di hati ibu utk mendera tapi apa yang ibu cuba lakukan adalah utk membentuk dia jadi seorg yg sentiasa mematuhi apa yg patut dipatuhi x kira dimana dia berada. Kalo kite yg menjaga dia tak boleh nak tegur pada siapa lagi yang dia nk dengar ckp??? Bersalah ke ibu???..

Sbb itu lah perasan ibu bercampur baur...Bersalah ke ibu? Berdosa ke ibu? Ibu dikira menzalami anak yatim ke? Wajar ke tindakan ibu? Apa yang patut ibu buat? Nak biarkan saje ke? Memang sekarang Allah bayar cash...Tapi bila ibu fikirkan apa yang ibu lakukan sumenya utuk diri dia jugak dan atas kasih sayang ibu kat dia...kalo x sayang bak kata org Penang ' biaq pi ah'. Pe2 pon harapan ibu semoga dia sentiasa hargai apa yng cuba ibu lakukan utk dia. Tapi remaja skang memang kalo yang dilarang, itulah jugak yg dia nk vat. Masa ni mmg dia x sedar lagi, bila kite larang dia igt kite benci...sebenarnya bila kita biar tulah kita benci..lantak nk jd ape.


Anak2 adalah amanah Allah buat kita, semoga apa yang ibu lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah-Amin.

Sunday, February 15, 2009

AwArD DaRi CiK CeRrY BeRrY...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

Ibu dapat award kedua dari cik cerry berry...
time kaseh ibu ucapkan pada cik cerryberry..
ibu mintak maaf sgt sbb lambat sgt pegi amik award ni,..bukan x sudi..tp cam bz skit..hehe
harap cik cerryberry x kecik hati n x serik nak kasi ibu award len kali..hehe


Syarat2 diberi oleh cik cerry berry yg mesti dipatuhi:

1. Anda mestilah tepek dan wat satu posting ttg award nih..
~huhu..sakng dah tepek lah nih..hehe
~posting?..ni,..lah

2. Sertakan bersama 5 sbb mengapa anda sudi mnjd followerku..
~blog ni kiut miut...cam owgnya jugak
~blog ni berkaler2...ske2
~blog ni byk katun ank ibu ske..hehe
~seronok bca n3 kat blog nih
~lagi ape ek???ermm..ibu nak kenal ramai owg..kut!

3.Sila inform kpdku sekiranya anda da siap m'posting ttg award nih.
~lepas publish post ni..trus inform..hahaha


p/s: maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan cik cerry berry..:)

Friday, February 13, 2009

DaLaM KeNaNgAn...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..


Al-Fathihah pertama dibaca...
Suasana sedih menyelubungi sanak saudara dan sahabat handai mengiringi
jenazah to'ki...
"Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang dilakukan esok hari,
sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui dimanakah ia akan mati."
(Surah Luqman, 31:34)
Kematian sebagai nasihat...
Ya Allah, cukupkanlah akalku untuk aku memahami nasihatMu yang satu ini.
Sungguh hidup ini terlalu singkat untuk menjawab semua pertanyaan....
Betapa waktu kita tidak banyak...
"Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan
segala kelazatan iaitu maut(mati)."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Maut...kematian...mati...
Beruntunglah orang yang selalu mengingati mati,
bukan diri ini tidak kepentingannya...
tapi diri ini sendiri tidak menghayati sebagaimana mereka menghayati mati.
Alangkah indahnya hidup mereka yang mengingati mati...
Moga dikurniakan perasaan sebegitu!!!

Hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya
kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermenafaat dan
doa anak soleh yang mendoakannya."-Hadis Riwayat Muslim.

Hadis ini menggalakkan ahli keluarga si mati untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah sepanjang masa dan bukan hanya pada malam Jumaat atau malam tertentu sahaja.