Wednesday, January 4, 2012

HaRi PeRTaMa PeRSeKoLaHaN...

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi anak2 ibu dan yang seangkatan dengannya.

Alhamdulillah...bagi anak lelaki ibu yang sorang tu, mudah di kejutkan sebab dia dah biasa bersekolah pagi tahun lepas di sekolah yang sama...cuma bila tengok akaknya masih di bilik keluarlah ayat dari mulutnya "akak bolehlah sekolah sebelah petang..." motifnya....huhuhu paham2 ajelah.. :))

Hari ini ibu serahkan sepenuhnya tugas pada suami kerana dia cuti...huhuhu (lebarkan sayap sementara tu...)...selepas ini tugas itu akan di pikul sepenuhnya oleh ibu...

Jom kita layan pic anak bujang ibu
Sekolah kebangsaan...
Sessi pagi bermula 7 pagi hingga 1 tengahari...
-
-
-
-
-
seriusnya muka...sapalah yang duduk mengendap muka hakim tu ye...
berbaris ikut kelas masing2...
Murid2 di suruh duduk sambil mendengar arahan para guru di hadapan perhimpunan...
Apa yang di buat En.Hakim???
-
-
-
-
-
Sekolah Agama...
Sessi petang bermula pada pukul 2petang hinnga 3.30petang...

Sebelum ke sekolah kita bergambar dulu...huhuhu
Dah macam YB anak bujang ibu nie...he he he :))

Sessi taklimat dari guru sekolah agama...
Para ibubapa boleh hantar anak sampai kantin aje selebihnya serahkan pada guru2...

Alhamdillah...semuanya berjalan lancar...dan semoga di berkati Allah...AMIN.

Monday, January 2, 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu...

Alhamdulillah...syukur kepada Allah Taala, kita masih diberikan kesihatan yang baik menjelang tahun 2012.

Salam sayang buat semua blogger yang masih mengingati ibu disini dan akan terus mencorat coretkan pelbagai kisah keluarga diblog peribadi ini...hehehe :))

Pada tahun 2012 ini ibu kemungkinan agak sibuk sedikit dari tahun2 lepas kerana banyak tugas yang akan tergalas di bahu ini...doakan semoga ibu diberikan kesihatan yang baik dan boleh aktif berblog dan bersapa2an dengan rakan2 blog yang lain....windu sangat pada kalian semua...

Walaupun ibu tidak memaparkan n3 yang terbaru dan menyapa rakan2 blog, ibu tetap menjengah blog rakan2 semua...tapi tidak meninggalkan kesan aje....hehehe :)) (kerana kalian semua teman tersayang dihati ibu...)