Friday, May 7, 2010

PerTaPaaN ibu berAkhiR...

Salam kepada semua pengunjung blog ibu...

Maaf kerana sudah agak lama ibu menyepikan diri dari alam blogging....

Maaf kepada semua blogger yang sanggup menunggu sekian lama post terbaru ibu...(hahaha...agak perasan disitu...ada ke yg tunggu????....)

Bukan tidak mahu tapi tidak berkesempatan...memandangkan rutin harian ibu jadi makin bertambah....tak tau apa yang bertambah sedangkan 'twin' ibu sudah tidak mengasuh lagi....

Mungkin 'mood' yang agak tak stabil diawal-awal dulu....tetapi Alhamdulillah...Allah permudahkan segala-galanya......

Selama sembilan bulan lebih pertapaan ibu,akhirnya lahirlah seorang lagi ahli baru dalam keluarga ibu...bayi perempuan...Cukup sembilan bulan..dengan izin Allah Taala dan bersama doa-doa insan tersayang, juga blogger-blogger tersayang NB, Nik Fauziah dan Liza Bujang yang tidak putus-putus memberikan sokongan akhirnya lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama An-Nur Batrisya binti Ishak.

Ibu telah abadikan nama pilihan dari rakan blogger Cik Lizabujang kepada anak ibu yang baru lahir ini...semoga anak ini akan menjadi seorang anak solehah...InsyaAllah.

Sepanjang kehamilan ibu pelbagai masalah yang ibu tempuhi...dengan masalah kesihatan yang agak kurang baik....asma yang sentiasa menyerang..itulah yang menyebabkan ibu terus menyepikan diri dalam dunia blogger.

Alhamdulillah...sungguh pun sepanjang kehamilan pelbagai masalah yang ibu hadapai tetapi disaat melahirkan anak ini Allah permudahkan segala-galanya.

Antara ke4 kelahiran lalu yang ke 5 inilah ibu rasakan mudah semasa proses kelahirannya walaupun umur ibu sudah mencecah angka 40tahun.

Disaat awal kehamilan memang ketakutan yang amat melanda diri ibu....dengan umur yang sudah agak lewat amat merunsingkan diri ibu dikala itu....

Sesungguhnya dengan doa yang tidak putus-putus dan sokongan yang tidak putus-putus dari semua....Allah permudahkan segala-galanya dan ibu amat bersyukur sangat atas kurniaNya....

Alhamdulilah semoga selepas ini ibu akan sentiasa men'update' blog ibu....

Terima kasih kepada yang masih menunggu dan sudi menatap n3 ibu....cayang cokmo2 dari ibu dan keluarga....