SEMUA ORANG BELAJAR, SEMUA ORANG MEMBESAR, TETAPI TAK SEMUA ORANG MERNJADI DEWASA. SELAGI HIDUP BERSAMA MASA, MAKA SELAGI ITU JUGA YANG HIDUP ITU DEWASA BERSAMA USIA.
Saturday, June 27, 2009
SiBuk MeMaNJaNG....HeHeHe
Alhamdulillah ibu masih berkesempatan mencoretkan serba sedikit ayat diblog ini. Sudah dua minggu ibu menjadi 'baby sitter' kepada twin. Alhamdulillah nampaknya Allah permudahkan segalanya kepada ibu.
Pada minggu pertama dan hari pertama baby Insyirah sudah membuat perangai dengan menangis tanpa henti, sedangkan dialah yang pernah duduk dengan ibu selama seminggu sebelum cuti sekolah. Rupa-rupanya dia hendakkan buai jugak..apa lagi datanglah 'ayahnya' menghantar satu lagi buai ke rumah ibu.
'Mamanya' juga pulang diwaktu rehat memantau anaknya yang tak berhenti2 menangis.
Akhirnya hari pertama berlalu dengan kepenatan yang amat termasuk ngan anak2 ibu yang lain penat tenaga dan minda melayan kerenah 'twin'.
Hari kedua bermula dan tepat pada jam 3 petang baby Insyirah lagi sekali dengan kerenahnya, menangis dan terus menangis hingga teresak2....
Susu sudah diberi tapi masih lagi menangis, akhirnya 'mamanya' balik jugak diwaktu rehat, setelah disusukan tidurlah dengan lenanya.
Akhirnya hari kedua juga berlalu dengan kepenatan yang amat tetapi ibu sudah dapat mengesan apa yang tidak kena disitu.
Hari ketiga...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya 'twin' tidur dengan lena tidak membuat perangai lagi...(terima kasih NB kerana mencadangkan ibu membuat 'solat istikarah'..) Allah permudahkan segalanya.. rupa2nya baby Insyirah tidak cukup susu yang diberi kerana 'mamanya' hanya memberikan botol susu '2 oz'...
Baby yang sudah memasuki umur hampir 4 bulan sudah memerlukan susu yang lebih (sungguh tidak berpengalaman ibu bab susu botol ni...kerana semua anak2 ibu tidak menyusu botol...huhuhu).
Ibu mungkin tidak mendapat mimpi tetapi nampaknya Allah permudahkan segala urusan.
Tempahan customer ibu, 2 pasang baju melayu, sepasang baju kurung siap linen dan 3 helai baju melayu yang hendak diambil pada 20 jun pun dapat ibu siapkan walaupun agak padat jugaklah jadual harian ibu....
Tempahan seorang lagi customer ibu, 3 pasang baju perempuan berlinen juga siap mengikut jadual pada tarikh 25 jun customer datang ambil...Alhamdulillah,....
Kalau ikutkan penat memang tak sanggup rasanya tapi kerana customer ini merupakan customer tetap yang akan ikut kemana ibu pindah dia akan cari dan sanggup datang dari jauh semata2 dah tak nak tempah kat orang lain lagi....ngeee
Dan buat 'lizabujang'....time kaseh atas nasihat awak. Ibu akan ingat tu...huhuhu (T_T)
Dan sudah pastinya ibu tau dia sayangkan ibu (hahahaha...agak terperasan ibu disitu...)
Sekarang ibu dalam proses meminta 'mama' twin menyediakan 'buai karen'...hahahahah^__^ (demand sungguhlah ibu di situ...)
Penat tu nak ayun buai 24 jam tanpa henti...kehkehkeh
Sunday, June 14, 2009
SeKiTaR PeRKaHWiNaN DaN SaMBuT MeNaNTu "PaK Su"...
Dirumah tumpangan Tok Bali, bersiap ke majlis akad nikah adik ipar ibu.... layan pic dibawah......zasssss
Dibawah adalah gambar semasa berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada pukul 230pm dan disitu barulah kami dijamukan dengan nasi pengantin...
~Sekitar sambut menantu dirumah mertua.... layan jap pic dibawah....
Ini pic adik ipar ibu merangkap kawan baik masa kecil...hehehe 'glamourkan' adik ipar ibu nie sesekali....huhuhuhu(kalau dia tahu pasti ibu dimarahi)... tapi yang pasti dia tak pernah jengah pun blog ibu nie....
Pengantin lelaki yang sudah bersiap ke majlis akad nikah dimasjid kampung Pasir Putih bersama anak2 buah....
Kenapalah suka sangat buat muka pelik bila pic disnapkan....layanzzzz Ibu sudah ditegur lagi mak mertua kerna ibu n anak2 pompuan terlebih gaya plak....huhuhu "ala sportinglah mak" sempat lagi ibu menjawap(tak syg mulut tu)....kihkihkihkihhhh
Adush...selekeh pun ditegur...cantik pun tegur...kalau 'teguran membina' tak pe... tapi....hwaaaa(T_T)
Selepas majlis akad nikah selesai kami semua pulang dan mencari makanan ke kedai yang berhampiran kerana sudah kelaparan bila waktu sudah menunjukkan pukul 11am...sarapan pun tak amik lagi, bayangkan..... Seperti agak pelik disitu kerana pihak perempuan tidak menyediakan apa2 juadah pun untuk sebelah pengantin lelaki....hehehe Mungkin lain negeri lain adatnya jadi usah peliklah dengan keadaan yang berlaku...huhuhuhuAdush...selekeh pun ditegur...cantik pun tegur...kalau 'teguran membina' tak pe... tapi....hwaaaa(T_T)
Dibawah adalah gambar semasa berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada pukul 230pm dan disitu barulah kami dijamukan dengan nasi pengantin...
~Sekitar sambut menantu dirumah mertua.... layan jap pic dibawah....
Hakim pun dah tak larat nak mengadu, kejap pukul kat kepala, kejap pukul kat belakang dan ibu beritahu hakim ckp ngan Aidil jgnlah pukul...
ayat dari hakim"Ibu...Hakim dah penat cakap ngan Aidil tu tapi dia pukul jugak..."
"ok...Hakim ckp ajelah dgn dia, jgn pukul kuat2 sgt..."
Adush...zaman kanak2 semua melaluinya....
Subscribe to:
Posts (Atom)