Tuesday, March 31, 2009

HoBi N HuBbY...



N3 kali ni nak tulis pasal hobi n hubby...
camne plak boleh nak tulis pasal hobi n hubby plak nih...
x kira ah...orang tak suka ke, orang bosan ke, apa ke, ini blog ibu jadi suka suki hati ibu ah...
Patut ke ibu berkata begitu???
Adush sungguh kurang sopan....
(abaikan saja bagi yang tidak terlibat... kerna ibu tahu dan Allah jua tahu sape yang terlibat disitu...)

Maaf...maaf...maaf sesangat...
kekadang kita terpaksa berkata begitu bagi memuaskan hati sendiri untuk tidak kepuasan hati orang yang sewaktu dengannya...
(adalah somebody yang buat ibu rasa ***** sangat)


Ibu baru aje balik dari menghantar hubby nak pergi kerja, semalam dia cuti. Sebelum hantar hubby ibu kena serang migrin...adush sakit sesangat kepala inih...hubby pon sruh telan penadol 2 biji...
Masa pergi tuh hubbylah drive...sampai kat stesen dengan kuatnya hubby berkata
-"Adoi katun betullah"
="Pesal bang?"
-"Camne abang bole pakai slipar nak pergi kerja nih!!!"
="Hahahah...(ibu dok bantai gelak) abih camne bang? Nak balik ke?"
-"Tak pelah"
Adoyai...kesiannya kat my hubby, sape yang pening nih???
Nak balik camne kalo dah sampai stesen pkul 811pm, tren sampai 820pm.
Mane sempat tuh umah ibu ke stesen pergi balik dalam 20minit.
Hehehe...tersenyum aje ibu dalam perjalanan balik ke umah.

Okey cite pasal hobi plak....
semalam berlaku acara pujuk memujuk antara ibu ngan hubby (jangan pikir lain ya..)
hahaha...ibu telah memujuk hubby bagi memenuhi hobi mengumpul novel dan menambah koleksi novel penulis ternama negara NORHAYATI BERAHIM, Alhamdulillah pujukanku berjaya (bukan apa dah lama dia tak belanja beli novel nih, asyik beli duit sendirik aje...dengki tak mo pakai duit sendirik...huhuhu)

Apalagi lepas hantar anak2 pergi tusyen 830pm kita orang pun gerak ke Popular Book kat Kluang Mall, semata2 nak beli novel 'Setiap Jumaat'. Sampai sana ibu pon carilah...
Adoi..mana ni tak derk.
Terus aje tanya kat pekerja kat situ
- "Dik...novel 'Setiap Jumaat'- penulis Norhayati Berahim ada tak?"

="Yang terbaru ke?"
-"Iye..."
="Ooo..kalau yang baru akan sampai dalam 4 minggu lagi."
-"4 minggu???"
Adoyai...lama tuh!!! Hubby cakap, apalagi jom balik. Tunggu lagi sebulan ye...hwaaaa..sedih tuh!!!
Inilah wajah kulit novel yang ibu tunggu untuk dimiliki....hehehe
Ibu memang takkan lepaskan peluang kalo novel terbaru dari penulis yang ibu sanjungi ini...

Teringin sangat nak beli secara on9 sebab nanti ibu boleh dapat tandatangan penulisnya, tapi...senang cite tak pernah beli secara on9 jadi....x tau nak vat camne???
p/s: Adanz.....huhuhu

Friday, March 27, 2009

SiaPaKaH KiTa???...



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

UNTuk ReNuNGaN KiTa BeRSaMa...

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains


*Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

-> Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

-> Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakakan.

-> Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

-> Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

-> Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

-> Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

-> Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

-> Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

-> Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

-> Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

-> Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

-> Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

-> Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

-> Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.

-> Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

-> Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.

-> Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.

-> Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

-> Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

-> Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

-> Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

-> Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

-> Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

-> Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

-> Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

-> Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.

-> Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

<-> Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Thursday, March 26, 2009

SaMBuNGaN KiSaH KeMBaR...


Anees Insyirah masih masih dirawat dihospital...
dan semalam doktor telah memasukkan darah kerana platelet darahnya kurang.
Kesian sangat badan yang hanya seberat 1.8kg terpaksa diambil darah untuk
dibuat ujian dan memasukkan darah pula kerana kekurangan darah...

Hari ini ibu diberitahu baby Anees Insyirah akan dibawa ke hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Keadaannya agak lemah setelah doktor masukkan darah ke badannya.
InsyaAllah semoga di HSAJB yang mempunyai pelbagai doktor pakar dapat
merawat baby Anees Insyirah supaya cepat sembuh dan dapat bersama2 kakaknya Anees Zulaika.

Kita sama2 doakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat baby Anees Insyirah. InsyaAllah-Amin.

Monday, March 23, 2009

SuDaH BaLiK DaRi KaMPuNG...

Jom layan gambar kat kampung....
Gamba2 ni buat tatapan anak2 saudarayang dah lame rindu kat rumak atok diarang...
Sebab sekarang emak ibu sedang buat beberapa perubahan dibahagian dapur...
Kak ngah pesan sruh ibu upload pic byk2 kat n3 nih...
Juga buat tatapan adanz, kak ong dan raspan...
Rakan2 blogger yang sudi juga dipersilakan...huhuhu

Pandangan dari sisi kiri...
Bila cucu dah balik...tingkap2 sume terbukalah...
dah nak senja nih...barulah kamera ibu bole snap pic2 nih...
Rumah mak ibu dibina tahun 1970 tahun ibu lahir tu dan
rumah ini dibina sendiri oleh arwah toki yang baru aje kembali kerahmatullah tu...

Pandangan dekat dari sisi kiri....Kat depan ni, tingkap panjang...
bahagian depan ni sudah mendapat sentuhan baru..

Pandangan depan...

Pandangan dari sisi kanan...
Kak ngah sinilah bilik atok yang baru buat tu....
Nampak..kan,hehehe


Suasana dalam bilik mak ibu dah jadi tempat memasak...
sebab dapur x siap lagi...besepah sangat cian uculah yang paling penat...

Ni toilet baru kat bilik atok...amacam okey x???
Kak ngah? adanz? kak ong? raspan?
ade nak komen...hehehe

Dahulu cam gini...

Sekarang dah bertukar cam gini...
gerobok batu dah x derk ye...jangan terkejut n pelik bila tgok...

Dulu pintu dapur ada 2...

Sekarang dah jadi 1 aje...hehehe
Ini dari pandangan luar...

Pandangan dari dalam rumah...
hehehe..sowi nana ibu letak pic kamu disini...
Cucu2 dok bergotong royang mengecat umah atok...
yang belakang tu tunggu turn ke jadi pemerhati...hehehe

Sudah ade syiling disitu...
kalo x nampak abaikan saje...hehehe

Bilik air dah berubah wajah...

Gambar dalam bilik air...

Separuh sudah pasang mozic (iye ke ejaannya..kalo salah abaikan saje disitu..)
Pilihan warna kali nih hijau pulak....

Bergotong royong disitu...
Bang Man menyudahkan kerja mengecat sambil diperhatikan mak.

My hubby biasalah tugas wayering nih jatuh pada dia...
4 hari x cukup untuk menyudahkan pendawaian nih...
malam ahad tu ibu sampai umah pkul 12 malam tepat...
Ada lagi yang belum beres disitu.

Sekarang kita layan gambar kat dalam rumah pulak... hajat seseorang nih...hehehe

Pintu yang kelihatan tu , pintu masuk...dari depan
Terdapat jugak perhiasan dinding 'bunga gewang'...

Pandangan dari dalam tingkap panjang yang memenuhi ruang tamu di rumah mak
masih mengekalkan ciri2 rumah lama...

Ruang bersantai anak2 cucu bila balik...
senang cite tempat lepak2 beramai disini...

Kita layan barangan lama yang terdapat dirumah mak ibu..
Terdapat 2 biji pasu lama yag turut jadi perhiasan oleh ucu(adik ibu yg bongsu)
terdapat juga gamba2 lame disitu...

Ruang mengaji mak ibu disitu..
terdapat juga 'gerobok telinga'...hehehe
sume org kat umah mak ibu panggil begitu.....
dah kira antik sbb sebelum ibu lahir gerobok tu dah ada...

Ini kerusi rehat dari kayu chegal yang dibuat sendiri oleh arwah toki...
semmgnya arwah seorang yang memiliki bakat seni...

Terdapat hiasan siput2 yang sudah bertahun2 lamanya...
juga almari hiasan ini...

Ini juga barangan lama yang masih kelihatam utuh...
'gerobok cermin terang'...itu nama yang diberi...hehehe
cawan dan pinggan mangkuk disitu sudah berkurun lamanya
tapi masih boleh dipakai hingga kini...bila ramai2 berkumpul
barulah dia keluar dari tempat beradunya....hehehe

Ini 'gerobok kasut'....
juga sudah wujud sebelum ibu lahir lagi...dah jadi barangan antik.

Ini telap @ keleta...
pernah dengar ke name tu???hehehe
x pe lah..itu kami sekeluarga panggil, tempat letak kuih2 raya...
jadi skang nih berehat aje kelata tu...

Ini juga barangan antik yang sudah tidak terdapat dipasaran lagi...
Botol2 kaca pepsi dan coke bertutup besi yang berusia lebih dari 30tahun..
baru2 ni tukang yang vat rumah mak ibu sudah pecahkan 3 biji tanpa sengaja...
mana nak cari lagi skang nih...pernah jumpa x???

Inilah 'tempayan naga'....
masa ibu kecik2 dulu mandi air kat dalam nih...sejuk sangat tapi best!!!
Teringat mandi air perigi dan diisi ke dalam tempayan ni...

Haa...ini kaki bunga yang dah berkarat...
adik ibu yang kreatif tu mintak ibu catkan dengan warna silver...
fuh,.. jadi baru semula...huhuhu

hahaha....sowi eh..
ni antik x???..kalo balik kg mmg kita org akan tidur dalam kelambu...
anak ibu hakim cakap...ibu rumah atok macam ada air-corn....sejukkkk sangattt!!!
Kelambu ni bukan sahaja untuk menghalang dari gigitan nyamuk
juga untuk ke nyamanan...dari udara sejuk yang mencucuk hingga ke tulang hitam...hehehe

p/s; Kalo sesiapa yang kampungnya berada dekat dengan laut pasti tau suasana kampung bagimana...pulak rumah kayu...memang sejuk sangat x perlu air-corn lagi dah....
--> Maaf kerana n3 kali nih banyak sangat gamba2 cam promote plak...hehehe
--> Buat kak ngah..adanz..kak ong..raspan.. moga terubat rindu kat kg...
--> Mungkin kalo kamu sume balik nti rumah atok dah siap dah...
--> Jadi layan aje gambar disini yeee......

Thursday, March 19, 2009

HaRi Ni BaLiK KaMPuNG...

Inilah rumah 'ibubapa' ibu....
Alhamdulillah hari ni dapat balik kampung...
Ibu ingat nak balik isnin lepas lagi sebab hubby ibu pun amik cuti seminggu..

tapi memandangkan anak2 ibu along dan angah tu ada tusyen
terpaksa ditunda hingga hari ini...
Amin sudah balik isnin lepas lagi dah tumpang teksi tok ngahnya.
Okeylah cite sampai sini aje sbb nak kemas2 nak balik nih..
hubby udah vat muka...heheheSentiasa tertutup pintu dan tingkapnya...
kalo anak2 cucu balik barulah terbuka semuanya...
p/s: Adanz..ibu nak balik kg ni jgn jeles..
nti d
ah balik bru kita chat kat ym
mesti kamu windu ibu nanti....hehehe

Wednesday, March 18, 2009

HuTaNg2 TaG...

(1)=>> Tag dari syasya:-

MENYAHUT CABARAN KESYUKURAN'
sila nyatakan dengan penuh sincere, anda bersyukur untuk apa dan kenapa, sebanyak 50 point.

1) Bersyukur lahir ke dunia sebagai seorang muslimah islam (~_~).
2) Bersyukur Allah mengurniakan rezeki untuk dinikmati.
3) Bersyukur Allah kurniakan cukup sifat (2 tangan, 2 kaki, 2 mata, 2 telinga dan lelainnya).
4) Bersyukur Allah memberikan kesihatan yang baik buat kedua orangtua (emak dan abah).
5) Bersyukur Allah memberi kesihatan yang baik buat kami sekeluarga.
6) Bersyukur Allah mengurniakan keluarga bahagia.
7) Bersyukur Allah mengurniakan suami yang penyayang dan sporting...hehehe
8) Bersyukur Allah mengurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
9) Bersyukur Allah memberi rezeki.
10) Bersyukur dapat memiliki rumah sendiri-dah x payah menyewa.
11) Bersyukur mempunyai jiran2 yang baik2 semuanya.
12) Bersyukur telah melewati alam perkahwinan selama 16 tahun
(moga kekal hingga ke akhir hayat=InsyaAllah-Amin).
13) Bersyukur mempunyai mentua dan ipar duai yang okey.
14) Bersyukur dapat capai matlamat-cinta selepas berkahwin...hehehe
15) Bersyukur mempunyai kampung dan boleh balik kampung...huhuhu
16) Bersyukur mempunyai sijil MLVK-Ketukangan Jahitan Lelaki Asas & Menengah dengan cemerlangnya.
17) Bersyukur ada kemahiran menjahit-x payah upah baju sendiri & family.
18) Bersyukur dapat menambah pendapatan dengan kemahiran yang ada.
19) Bersyukur mempunyai ahli keluarga yang ramai.
20) Bersyukur mempunyai anak2 sedara yang yang ramai dan satu kepala...hehehe
21) Bersyukur mempunyai seorang cucu sedara-Ahmad Naveed Ali Daniel
(panjang sgt nama tuh...penat menyebutnya)
22) Bersyukur mempunyai ramai sepupu sepapat.
23) Bersyukur sepupu melahirkan anak kembar...
24) Bersyukur akhirnya mempunyai lesen memandu-walaupun dah pandai drive dari umur 17tahun (20 Tahun pemegang lesen 'agong'...hehehe)
25) Bersyukur nak pergi mana2 dah x bimbang lagi polis tahan...hehehe
(sebab sebelum ada lesen kalo nampak polis automatik gigil lutut).
26) Bersyukur tak pernah keluar dating dengan pakwe-boleh gitu...(sebab x de pakwe)
27) Bersyukur sebab x ada pakwe dulu2 jadi x payah susah2 nak frust bila emak yang aturkan jodoh.
28) Bersyukur walaupun jodoh dipilih oleh kedua orangtua bahagia hingga ke hari ini dan hendakNya ke akhir hayat-insyaAllah.
29) Bersyukur akhirnya memiliki blog sendiri.
30) Bersyukur dapat kenal ramai blogger2 - okey2 sumenya...hehehe
31) Bersyukur dapat kenal blogger2 dari pelbagai ceruk rantau.
32) Bersyukur walau x ada pengalaman dalam IT tapi masih boleh memiliki blog sendiri...hehehe
33) Bersyukur kerana masih berhubung dengan sahabat semasa belajar sehingga ke hari ini.
34) Bersyukur sempat juga menimba pengalaman jadi seorang guru-walaupun hanya guru jahitan.
35) Bersyukur sebab sampai sekarang kalo jumpa anak murid yang dulu masih panggil
'cikgu june'...hehehe-kenangan.
36) Bersyukur dapat timba pengalaman 'raging' junior-sbb pernah kena diraging oleh senior..... hehehe dasyat gak.
37) Bersyukur dapat pengalaman pahit dan manis semasa menuntut di Pusat Latihan Kemahiran intek 90-91.
38) Bersyukur dapat kenal PD ( pegawai disiplin) yang garang.
39) Bersyukur dapat jadi pengawas semasa diPLK (sebab lagi senang nak raging...hehehe)
40) Bersyukur dapat memenuhi kehendak anak2-yang baik2 je dipenuhi...huhuhu
41) Bersyukur dapat melahirkan anak semuanya secara normal.
42) Bersyukur diberi pengalaman menjadi seorang ibu pada pertama kalinya ketika berumur
24 tahun.
43) Bersyukur anak kedua dilahirkan biasa walaupun diawal kehamilan doktor sahkan
uri bawah @ placenta previa
44) Bersyukur anak ketiga tidak mengalami apa2 masalah diawal dan akhir kehamilan.
45) Bersyukur anak keempat akhirnya dikurniakan lelaki setelah mempunyai tiga perempuan sebelumnya.
46) Bersyukur anak2 sekarang sudah semakin membesar.
47) Bersyukur mempunyai suami dan anak2 yang sentiasa menjadi pendorong atas apa
yang dilakukan.
48) Bersyukur dapat guna internet 24jam sbb pakai package streamiyx kombo.
49) Bersyukur bill talipon kurang dari rm 100 sbb sebelum guna package ni cecah rm200
(Hwaa...(T_T) hubby bising bual lama sangat...ngeee)
50) Bersyukur sesangat2 kerana sudah habih menjawab tag yang tersangat panjang ini..... ~adoyaiiiiiii penat bangat!!!

*Ibu x nak tag sape2 pon...huhuhu (^_^)
~penat sangat nak perah otak nak buat tag nih...
~buat syasya
=>>Time kaseh 100x....jangan lupa tinggalkan komen anda disini
=>>sebab ibu sudah penat menjawab tag yang panjang berjela2 nih.....hehehe ibu guna ayat mengugut tuh!!!

*************************************************************************************

(2)=>> Tag dari daus:-

Tagnya macam ni....
1. Paste pic kat bawah dalam post korang.
~ Okey sudah diletak gambarnya nun diatas.

2. Apakah nama cerita berdasarkan pic diatas?
~The Dragon Heroes...

3. Apakah nama blog korang?
~ .: EiBu JuNe'S FaMiLieS MeMbeR ♡ :.


4. Postkan 1 ucapan(livenote) kepada Daus yang ditulis pada kertas bersama signature korang.
~Sudah cukup besar pic yang ibu upload nih....
~Kalo x nanti x nampak plak tulisannya...x gitu???

5. Postkan pic korang yang paling cute.~Cute ke???
~Di sini sape yang cute...huhuhu
~Mestilah ibunya kalah....

6. postkan pic haiwan kesayangan korang.
~Dulu menjadi peliharaan kami sekeluarga tapi sejak berpindah randah, mati pulak ikan2 emas tu...
~jadi ibu pun dah x bela lagik.

*Maaf ye..ibu x nak tag sesapa pun (^_^)
~ Buat D@U$-
=>>Time kaseh 100x...jangan lupa tinggalkan komen anda disini
=>> sbb dah bersusah payah menjawag tag ini.....hehehe (ayat mengugut lagi tu....)

*************************************************************************************

(3)=>> Tag dari warnawanie:-

For all you married people out there!
Tag your married friends that you want to know about. -->
*When was your engagement?
~ 1992 (ingat tahun je...halallah yerk)

*When is your marriage anniversary?
~ 10 june

*How long have you known your spouse?
~ 1 year (sejak dari bertunanglah)

*How long did you date before you got engaged?
~ X pernah

*Where did you meet your spouse?
~ By family (mak dgn abah yang aturkan)

*What is your spouse’s full name?
~ Ishak bin Yusof

*Do you have any children?
~ Yes

*How many?
~ 4 orang (3-perempuan & 1 lelaki)

*Do you own or rent?
~ Owned

*Do you live in the country, city/town?
~ City

*What is your favorite activity you do together?
~ Play game...hehehehe

*Do you have a favorite vacation spot?
~Pantai

*How many siblings do you have including in-laws?
~ 6 + 7

*What mosque do you attend?
~ Masjid Taman Kasih

*Is this the mosque you got marrried in?
~ Nope, saya dinikahkan di Masjid Kampung Semanyir

*What town is your current address?
~ Kluang

*Do you work or stay home?
~ Stay home

*Where did you go for your honeymoon?
~ Dalam Malaysia aje

*Leave a piece of marriage advice:
~Terima seadanya pasangan kita kerana dia sememangnya Allah sudah takdirkan sebagai jodoh kita dan pelihara sebaik mungkin terhadap hubungan yang terjalin supaya sentiasa mendapat keberkatan dariNya-Amin.

*Dengan ini siap sudah tag yang diberi oleh warnawanie
~ Tak nak tag sesape pon
~ Buat wanie ..huhuhu
=>>Time kaseh 100x....jangan lupa tinggalkan komen anda disini.
=>>kerana ibu sudah penaat menjawab tag ini (wow berbau ugutan disitu)

*************************************************************************************
(4)=>> Tag dari liyana shamimy:-

ATTENTION
i. Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you
ii. At de end, choose 16 people to be tagged
iii. You have to tag the person who tagged you
iv. If i tagged you, its because i want to know more about you

16 random things, facts, habits or goals about me

1) Eibu_junes....
2) Seorang ibu yang mempunyai 4 orang permata hati....(insyaAllah dah cukup rasanya)
3) Ibu yang tegas, kalo buat salah tak de kompromi....(mandatori...huhuhu)
4) Tak suka makan daging kecuali daging ayam itu pun x boleh banyak....(dah rasa len macam)
5) Kalo dah mengadap pc x bagi kat org len....(kecuali adik Hakim asyik nak tom & jerry)
6) Suka cerita Korea dan Taiwan....(paham jugaklah bahasa mandarin)
7) Paham bahasa mandarin....(tapi nak balas balik cam dah bunyi len jadi guna jelah BM)
8) Pernah menuntut disekolah cina semasa sekolah rendah....
(tapi sbb dah x praktis jadi bila bertutur bunyi agak pelik skit...jadi bek x yah ah)
9) Seorang yang mudah mesra bila dah kenal....bleh ke cam gitu???
10) Boleh masuk kepala ngan ank2 remaja....kira sporting gaklah....(tengok situasi)
11) Seorang kaki novel....(mmg suka sgt baca nvl)
12) Agak kedekut bila org nak pinjam novel....(bukan senang nak bli)
13) Suka suasana laut, pantai, gunung ganang, bukit bukau....(cam tenang je)
14) Suka mandi laut n mandi gunung....(bestnya dah lama x mandi laut...ermmm)
15) Tetap pendirian tak mudah goyah....(insyaAllah)
16) Seorang ibu yang penyayang....(^_^)

*okey sudah akhirnya...
~liyana shamimy ibu dah siap jawab tag dari kamu...
=>>Time kaseh100x...
=>>komen2 jangan buat2 lupa plak....hehehe

# Tak nak tag sesiapa pun....maaf ye (^_^)

*************************************************************************************
(5)=>> Tag dari Akuro san:-

5 things found in my bag:
- wallet
- wipe tisu (kalo pergi mana2 anak2 x basuh tangan senang just lap aje)
- minyak wangi
- kamera (cam wartawan plak)
- inhaler (persedian kot kena attack....asma tuh)

5 things found in my wallet:
- kad ATM
- IC (sume ade-ibu punya, along punya & adik Hakim punya my kid...yang 2 org lg blum ada IC)
- lesen mandu (kena sentiasa bwk ney...)
- member kad (sume member kad ada kat situ...huhuhu)
- duit (nama wallet x kan x de duit plak erk...ibu nih)

5 favorite things in my room:
- Al-Quran
- surah2 yassin
- telekung & sejaddah
- novel
- mesin jahitku...JUKI


5 things I've always wanted to do:
- pergi haji/umrah ngan suami dan anak2
- ke kelas fardhu ain
- bercuti dengan keluarga tercinta
- mendoakan anak2 beroleh kejayaan

5 things I’m currently into:
- menonton
- blogging
- on9 YM
- menjawab tag
- melipat baju yang melambak2...

5 persons to tag :
-x suka tag org....
-sbb tau org maleh nak jawab tag nih

-*-Akhirnya dengan bangganya ibu dpat menyiapkan sume utang2 tag
-*-yeaaa...sronoknya (^_^)
-*- Buat Akuro san yang dah mentag ibu
=>>Time kaseh100x...
=>>Jangan lupa bagi komen disini...(paksaan disitu)

** Akhirnya ibu berjaya menglangsaikan utang2 tag yang melambak2 nih.....
Syukur Alhamdulillah....

Monday, March 16, 2009

KiSaH KeMBaR...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.

Kat sini ibu nak cerita lagi pasal kembar tu...
seperti biasalah
hari2 ibu akan bertandang ke rumah sepupu
(Rina
@ panggilan anak2 ibu mak ngah Rina).
Si kakak sihat walaupun ade sedikit jaundice (9 -mengikut ukuran doktor...)
tapi masih dalam kawalan dan si adik yang masih berada di hospital juga kena
jaundice.
Dan alha
mdulillah hari ini peratus nya dah turun tahap normal.
Sebenarnya nak cerita kat sini yang kembar tu telah diberi nama,
kakak Anees Zulaika dan adiknya Anees Insyirah...cantik tak namanya?..
Kat sini sempat gak ibu snap gamba kakak yang berada dirumah
dengan kamera ibu yang dah rosak tu, tapi agak blur skit..hehehe (halal jelah erk...)

Fizikal baby ni mmg kecil sangat .....
Kepalanya hanya sebesar genggaman tangan kita orang dewasa..
Telinga
dia hanya sebesar hujung jari kelingking kita...
kecik sangat
dan cam x sampai hati nak snap pic banyak2...
kesian kat baby Anees Zulaika.

Gambar ni utk tatapan kak ngah, kak ong, adanz dan sesiapa yang sudi nak melihatnya.
Nanti kalo adiknya dah pulang ke rumah ibu akan snap lagi pic lain...hehehe
Kita tunggu dia besar sedikit baru puas nak amik gambar....huhuhu
Menurut doktor kalau tidak ada apa2 masalah lagi kemungkinan lagi dua @ tiga hari lagi
baby Insyirah sudah boleh pulang ke rumah dan bersama2 ngan kakaknya...

Nanti kita sambung lagi cerita pasal kembar ini lagi ye...
tungguuuuuuuuuuu!!!


Saturday, March 14, 2009

CeRiTa SeDiH TeNtAnG KaMeRaKu...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.


Kat bawah ni ibu letak pic kamera....
sbbnya...hwa (T_T) kamera ibu dah rosak....sedihnya.
Nampaknya susahlah nak upload gamba lagi...camne nih...

Ibu pakai kamera nih dah hampir 2 tahun...
x tau la camne boleh rosak plak, bila amik gamba dia cam jadik putih trus...
kekadang cam blur...kekadang tu elok jugak.

Ibu pergi kedai kamera dan tye kerosakannya...
kalo boleh nak repairlah..tye punya tye, ermm...
kos repair dalam rm300...fuhh
Ada baiknya belilah baru, mahal tu sbb blum tau okey cam dulu ke x???



Tapi nak beli tu...bila erk???Huhuhu..lambatlah kot...
hwaa sedihnya (T_T)...kamera nih dah byk gak ah jasanya...ngeee

p/s: adanz.....camne nih!!!