Tuesday, March 10, 2009

AgAk TeRLaMbaT n3 iNi...

ASSALAMUALAIKUM



(**) Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy

**Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,

**Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,

**Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.




*(=) "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah,
*(=) beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

-> "Ya Karim! Ya Karim!"

*(=) Rasulullah s.a.w. menirunya membaca
=>> "Ya Karim! Ya Karim!"

(-) Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:
-> "Ya Karim! Ya Karim!"

*(=) Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
=>> "Ya Karim! Ya Karim!"

(-) Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
(-) Orang itu lalu berkata:
-> "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
-> kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
-> Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu,
-> pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."



*(=) Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
=>> "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

(-) "Belum," jawab orang itu.

*(=) "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

(-) "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
-> sekalipun saya belum pernah melihatnya,
-> dan membenarkan perutusannya,
-> sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.


*(=) Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
=>> "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
=>> penolongmu nanti di akhirat!"


(-) Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
-> "Tuan ini Nabi Muhammad?!"

*(=) "Ya" jawab Nabi s.a.w.

(-) Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.

*(=) Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
=>> "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
=>> Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,
=>> Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan,
=>> tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
=>> dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."




**Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
<=> "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:

->> "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
->> Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti,
->> akan menimbang semua amalannya,
->> baik yang kecil mahupun yang besar!"

<=> Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.


(-) Maka orang Arab itu pula berkata:
-> "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan,
-> jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba,
-> maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.


*(=) "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.

(-) 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
-> maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
-> 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
-> maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
-> Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
-> hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


*(=) Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w.
=>> pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
=>> air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.


** Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
<=> "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:

->> Berhentilah engkau dari menangis!
->> Sesungguhnya kerana tangismu,
->> penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
->> Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
->> juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
->> Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan
->> la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"


(-) Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut.
-> la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

No comments: