Abdul Hakim bin Ishak pada tahun 2010 nie sudah cukup 5 tahun...
Dan seperti kakaknya yang lain ibu masukkan ke sekolah bila berusia 5 tahun.
Dibawah ini gambar Hakim mengenakan uniform sekolah Tadika Agama Johor-TAJ...
Segak sungguh anak bujang ibu ini bila sudah mengenakan uniform sekolah...
(kalau tak ibunya yang puji siapa lagikan...hehehe)
Dibawah kelihatan sebahagian dari rakan sekelas Hakim...
Gambar ini diambil pada hari pertama persekolahan Hakim....
Hakim masuk ke sekolah agak lambat dari rakan2nya...bulan febuari baru dia masuk ke sekolah...
Dan kemungkinan Hakim akan ibu tamatkan alam persekolahan di TAJ pada bulan julai ini...
Hakim seorang anak yang agak pendiam dan dia seorang yang tidak mudah mesra dengan sesiapa yang baru dia kenali...
Semasa awal persekolahan dia sering memberitahu rakan2nya sering mengusik dan kadang2 memukul...
Aduan Hakim ibu biarkan sahaja sebab sangkaan ibu permulaan sekolah dan alam perkenalan memanglah begitu...
Lama kelamaan Hakim tak seronok ke sekolah...ada saja alasan dia hendak ponteng sekolah...
Hari2 Hakim balik sekolah ada saja aduan yang kawannya pukul...pernah dia pulang dengan lebam di tangan dan lebam dikedua belah lutut akibat ditolak oleh rakannya...
Pernah ibu bertanya pada Hakim "kenapa Hakim tak lawan?"
Jawapan yang Hakim berikan "kan ibu cakap tak bole gaduh..."
"Bukan ibu suruh bergaduh tapi mempertahankan diri...dan jangan sesekali Hakim mulakan dulu...tau"...walau apapun Hakim tidak pernah membalas balik pukulan dari temannya...
Pernah baru2 ni Along Amirah pergi ambil Hakim dari sekolah...semasa Hakim hendak ke tandas kawannya yang berada dibelakang Hakim telah mengetuk kepala Hakim dengan kuatnya sehingga Hakim mengaduh kesakitan...
Along Amirah yang berada ditempat kejadian terus aje memarahi budak itu...guru Hakim yang ternampak hanya berkata "Amir...kenapa pukul Hakim macam tu.."
Along Amirah memberitahu ibu"hendak aje along pukul budak tu, ibu...selamba je muka dia masa along marah dia....ishkk geram jerkk...tapi cikgu ramai sangat kat situ...cikgu pun ngapelah lembek sangat..patutnya cikgu hukum ke bdk tu..." ishkkk3x garang sungguhlah along ni...
Jadi sebelum perkara yang tak diingini berlaku lebih baik ibu amik tindakan segera dengan memindahkan Hakim ke sekolah yang lain...
Kerana semasa ibu ke klinik membawa baby Annur, Hakim juga diberi rawatan oleh nurse yang bertugas....ditanya perbezaan warna dan diberi ubat cacing...
Ibu juga menceritakan tentang Hakim yang sering dibuli disekolah... Nurse memberitahu ibu tentang seorang murid yang pernah dibuli sewaktu sekolahnya...tetapi dia tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ayah dan emaknya....apabila disiasat baru kedua orang tuanya tahu yang dia sering dibuli semasa disekolah...
Sekarang budak itu telah mencipata dunia dia sendiri dan dia terpaksa disekolahkan ke sekolah pendidikan khas....
Ibu harap apa yang ibu lakukan adalah tindakan yang betul dengan memindahkan Hakim ke sekolah lain...kerana disekolah yang bakal ibu masukkan ini ada abang twin yang sudah berumur 6 tahun dan boleh dia tengok2kan Hakim...
Moga ada Hikmahnya dengan perpindahan ke sekolah baru nanti....InsyaAllah..Amin.