Majlis potong jambul Annur diadakan dikampung, atas permintaan atoknya...
Para jemputan memulakan bacaan Yassin...
Selesai bacaan Yassin...Marhaban diikuti potong jambul Annur...
Annur takut sangat orang sentuh kepalanya...
Dah penat Nenek Busu pujuk...
Ibu pulak sebok dok ambil gambar...ha ha ha
Nangis lagi....he he he
Sempat lagi Annur pandang pada Nenek yang pegang gunting tu...
Memang sah anak ibu nie takut orang apa-apakan kepala dia...he he he
Ok...selesai sudah jambul dipotong, jom tadah tangan Annur dan abang bila dengar bacaan doa...
Ha ha ha...sempat lagi Annur pandang kamera...
Jom posing...layannnzzz
Pic kat bawah nie, dua orang akak kesayangan ibu...
Yang tudung coklat akak yang pertama, ummi kepada 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan...
Yang tudung hitam akak yang kedua, ummi kepada 3 orang anak perempuan...
Seperti biasalah yang tudung kuning tu....he he he (sape tak kenal angkat tangan...)
Ibu kepada 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki...
Emak dengan salah seorang tetamu juga sahabat sedang berbual2 setelah selesai majlis...
Okey kita makan dulu...
Juadah yang emak rancangkan tak lain tak bukan makanan kegemaran ibu dan orang lain jugakkk...hu hu hu
Laksa Trengganu...
Selesai sudah majlis....Alhamdulillah.
Pic dibawah ini ibu letakkan juga, bertujuan mengingatkan diri sendiri dan juga rakan2...
Seorang ibu yang sudah tidak sihat fizikalnya datang juga memenuhi undangan dari emak walau keadaannya yang sudah berkerusi roda...
Kakinya sudah dipotong kerana diabetes...
Ibu betul-betul hormat dengan ibu ni kerana ibu ini tahu memenuhi jemputan adalah wajib...
tapi kita sekarang bila mendapat undangan sering aje abaikan dan ambil ringan dengan undangan tersebut walaupun keadaan kesihatan yang mengizinkan....
Sama-samalah kita ingat mengingati...
Setelah majlis selesai anak lelakinya datang mengambil ibunya...
No comments:
Post a Comment