SEMUA ORANG BELAJAR, SEMUA ORANG MEMBESAR, TETAPI TAK SEMUA ORANG MERNJADI DEWASA. SELAGI HIDUP BERSAMA MASA, MAKA SELAGI ITU JUGA YANG HIDUP ITU DEWASA BERSAMA USIA.
Saturday, June 27, 2009
SiBuk MeMaNJaNG....HeHeHe
Alhamdulillah ibu masih berkesempatan mencoretkan serba sedikit ayat diblog ini. Sudah dua minggu ibu menjadi 'baby sitter' kepada twin. Alhamdulillah nampaknya Allah permudahkan segalanya kepada ibu.
Pada minggu pertama dan hari pertama baby Insyirah sudah membuat perangai dengan menangis tanpa henti, sedangkan dialah yang pernah duduk dengan ibu selama seminggu sebelum cuti sekolah. Rupa-rupanya dia hendakkan buai jugak..apa lagi datanglah 'ayahnya' menghantar satu lagi buai ke rumah ibu.
'Mamanya' juga pulang diwaktu rehat memantau anaknya yang tak berhenti2 menangis.
Akhirnya hari pertama berlalu dengan kepenatan yang amat termasuk ngan anak2 ibu yang lain penat tenaga dan minda melayan kerenah 'twin'.
Hari kedua bermula dan tepat pada jam 3 petang baby Insyirah lagi sekali dengan kerenahnya, menangis dan terus menangis hingga teresak2....
Susu sudah diberi tapi masih lagi menangis, akhirnya 'mamanya' balik jugak diwaktu rehat, setelah disusukan tidurlah dengan lenanya.
Akhirnya hari kedua juga berlalu dengan kepenatan yang amat tetapi ibu sudah dapat mengesan apa yang tidak kena disitu.
Hari ketiga...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya 'twin' tidur dengan lena tidak membuat perangai lagi...(terima kasih NB kerana mencadangkan ibu membuat 'solat istikarah'..) Allah permudahkan segalanya.. rupa2nya baby Insyirah tidak cukup susu yang diberi kerana 'mamanya' hanya memberikan botol susu '2 oz'...
Baby yang sudah memasuki umur hampir 4 bulan sudah memerlukan susu yang lebih (sungguh tidak berpengalaman ibu bab susu botol ni...kerana semua anak2 ibu tidak menyusu botol...huhuhu).
Ibu mungkin tidak mendapat mimpi tetapi nampaknya Allah permudahkan segala urusan.
Tempahan customer ibu, 2 pasang baju melayu, sepasang baju kurung siap linen dan 3 helai baju melayu yang hendak diambil pada 20 jun pun dapat ibu siapkan walaupun agak padat jugaklah jadual harian ibu....
Tempahan seorang lagi customer ibu, 3 pasang baju perempuan berlinen juga siap mengikut jadual pada tarikh 25 jun customer datang ambil...Alhamdulillah,....
Kalau ikutkan penat memang tak sanggup rasanya tapi kerana customer ini merupakan customer tetap yang akan ikut kemana ibu pindah dia akan cari dan sanggup datang dari jauh semata2 dah tak nak tempah kat orang lain lagi....ngeee
Dan buat 'lizabujang'....time kaseh atas nasihat awak. Ibu akan ingat tu...huhuhu (T_T)
Dan sudah pastinya ibu tau dia sayangkan ibu (hahahaha...agak terperasan ibu disitu...)
Sekarang ibu dalam proses meminta 'mama' twin menyediakan 'buai karen'...hahahahah^__^ (demand sungguhlah ibu di situ...)
Penat tu nak ayun buai 24 jam tanpa henti...kehkehkeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam ibu...
mesti penatkan melayan kerenah twin... hehehehehe... teringat anak saya, tia 4bln pertama menangis xhenti2.. sampai buntu saya jadinya.. tp Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setelah pelbagai usaha dibuat...:)
Salamz June....
awak tahu saya memang sayangkan awak.kita saling mengingati kawan ke arah kebaikan. thanks sangat2.Bercakap tentang baby, za pernah jaga Putri ketika baby lagi...time menangis za pujuk dengan ayat2 alQuran....sekrang ini kalau dia merajuk dgn nenek dan mamanya dia akan cari za pula.... senang je pujuk dia.manja pun semacam.hehehe.
tau takper bu...kikiki...penat tu nak berenjut jer...kj laen byk agi...ibu mintak mama papa twin beli buai karen tu tau...ngeee :D
salam ibu~
aduyai..comelnya...
^__^
Salam ebujunes,
Wah... nampak dah besar si kembar tu...
Jangan ler pakai buai karen... seram akak dengar. Bahaya la... Penat skit tak per la ya... tak larat nak enjut hantar sorang kat akak. hehehe mama dia beri ke?
salam ibu june...
lama x dengar berita akak.
seronok ida tengok twin tu. kalaulah ida dpt twin.. alangkah bahagianya hidup.. ewah.. berangan.. hehe.
Salam Ummi....
Arief jadi teringat adik sepupu Arief yang kembar,tapi sekarang dah gede mereka berdua ^_^
w/salam dhan....:)
memeng penat kalo dia buat perangai, kalau tidak...ok jerk ^_^
w/salam lizabujang....:)
kalu seorang tak jadi masalah za,..bila dua2 sekali nangis, masa tulah menggigil jugak dibuatnya T_T
salam nuar....:)
hehehe...tau tak pe, penat tu nak enjut buai, skang ni ibu dah dapat buai karen tu....satu pon oklah jugak....ngeee ^_-
w/salam zara....:)
thx zara..... ^__^
w/salam kak zara....:)
tak bahaylah kak zara...dia punya wayer cam changer phone jerk, lagipun ibujunes sentiasa ada kat sebelah dok ayun yg satu buai lagi...^_-
w/salam ida....:)
memang seronok kalau org tgok dapat twin ni ida, tapi nak jaganya mmglah agak susah sbb kalau tak ada org bantu lepak jugaklah dan mama twin baru je demam dan sakit2 badan mungkin kerna terlalu penat....
InsyaAllah ida kalau Allah nak bagi pasti ida akan mendapatkannya dan jangan berhenti dari berdoa T_T
w/salam arief....:)
Jadi family arief juga punya kembar ya...
kembar ini jenetik...^__^ tapi jika Allah menghendaki tidak mustahil...
Post a Comment