Saturday, August 22, 2009

AnAk2 dAn RaMaDHan...

Selamat berpuasa dan salam ramadhan dihulurkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti menjengah ke blog ibu dan maaf dipinta kerana sudah agak lama menyepikan diri....

Alhamdulillah...pagi ni anak-anak senang dikejut untuk bangun bersahur. Hakim yang bangun mendahului akak-akak dan abang Mein, besar jugaklah suara ibu pagi tadi bila sudah kali kedua ibu masuk bilik anak pompuan "macamane ni...adik Hakim yang kecik dah boleh bangun dulu.." (garang sungguhlah ibu...keh3)

Petang semalam Hakim sudah memberi mandat nak makan ayam panggang...jadi ibu ikutkan ajalah sebab dia nak puasa....dari petang ibu dah melepak kat blog mat gebu mencari resepi ayam panggang yang paling senang dan ringkas (menu ayam mmg sudah lama kami sekeluarga tinggalkan sejak akak kena ekzimer...tapi sejak akak sudah baik ni, sudah ada menu ayam ^_^)
Cari punya cari jumpalah resepinya "ayam panggang teriyaki"....ringkas dan bahan2nya memang yang dah ada kat rumah...hehehe
Malamnya Hakim sudah bertanya..."ibu... mana ayamnya??? Hakim kan dah cakap nak makan ayam..."
"bukan nak makan sahur ke???..ayam ibu baru perap.."
"alaaaa..."
Apa lagi tugas panggang memanggang ni ibu serahlah pada hubby...
Dalam pukul 11 malam ayah mereka siap memanggang,kerana sudah agak lewat memanggangnya maka anak-anak pun menikmatilah...
Ibu pun bertanya "sedap tak dik???"
"sedap bu..." sedap jugak rasanya dan mudah untuk menyediakan menu ni. Bagi yang ingin mencuba sila ke blog mat gebu bermacam resepi berada disitu...hehehe

Jadi pagi tadi waktu bersahur kami sekeluarga masih dengan menu ayam panggang , sotong dan udang goreng berkunyit, ikan masak kicap dan sayur campur. Alhamdulillah nampaknya agak berselera jugak anak-anak bersahur pagi ni...Hakim sudah tak larat nak habiskan ayamnya...mungkin malam tadi dah makan banyak gaknya....
"Hakim kena makan...nanti besok kita puasa kan...makan sikit lagi ibu suap...cepatlah sayang nanti lepas ni nak minum milo ngan cicah biskut pulak..."
"Ibu...mulut Hakim dah penuh....dah tak boleh masuk...."
"Besok kita puasa kan??? Hakim tau puasa macam mane???"
"Tau...tak boleh makan dan minum sampai petang..."
"Ok...Hakim makan dan minum banyak sikit..." (hahahah...ibu sudah buat lawak...mana nak diletak lagi...dahlah perut budak tu kecik....harap-harap Hakim dapat menghabiskan puasa hingga ke petang pada hari pertama ini....)

Mungkin kedengaran seperti ibu memaksa Hakim berpuasa....tapi tidak.. Hakim yang nak.
Sebok orang berbual tentang puasa dia pun sebok hendak berpuasa jugak. Mungkin kerana tahun lepas Hakim sudah mula berpuasa penuh selama 3 hari jadi dia sudah tahu apa itu puasa. Kalo setangah hari tu mungkin lebih dari 10 hari gaknya. Menurut Hakim tahun lepas umurnya 3 tahun itulah dia berpuasa 3 hari...
Bang Mein pun keluarkan jugak ayat- "habis bang Mein 15 tahun...kena puasa 15 harilah...."
Along Amirah pun keluar jugak ayat-"along 14 tahun...14 harilah..."
Angah Athirah - "angah 11 tahun...11 hari..."
Akak Adilah-"akak 9 tahun...9 harilah...heheh sikitnya.."
Ibu-"banyaklah...semua nak ikut tahun pehal pulak...habis ibu kena puasa 38 harilah dan ayah kena 42 harilah...."
Anak-anak ni pelbagai kerenah.....


Ibu tidak pernah memaksa anak-anak berpuasa tapi mendidik mereka supaya belajar berpuasa sejak berumur 4 tahun bagi anak-anak perempuan...dan Hakim pun ibu tak sangka dia boleh puasa semasa berumur 3 tahun....Mungkin ibu dan hubby mengajar anak-anak kalau mereka yang tidak berpuasa tidak boleh makan bersama-sama dengan orang-orang yang sedang berbuka puasa....
Iyalah mana tidaknya waktu berbuka penuh dengan lauk pauk dan kuih muih...tetiba je tidak berpuasa kena makan kemudian. Mungkin sebab itu semangat berpuasa datang....lain orang lain pendapat....kedengaran agak kejam tetapi ibu akan suruh mereka berbuka bila keadaan memudaratkan....tapi jika keadaan masih terkawal apa salahnya kita galakkan anak2 kita meneruskan puasa mereka hingga ke petang dan ganjaran untuk anak2 yang berpuasa penuh ini pasti akan diberi...

Semoga kita sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmatNya sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini. InsyaAllah.

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

wah kemain ibu masak ayam panggang teriyaki tuuu...patotlah hakim bangkit awal =D

Arief Rahman Heriansyah said...

Arief juga mengucapkan:Selamt menunaikan ibadah puasa kepada Ummi sekeluarga ^_^

idasm said...

salam ibu junes.. ida pun dh seminggu x berinternet kak, sejak bergelar student ni, jadual padat betul. minggu ni pulak laptop buat hal..
selamat berpuasa ye kak. banyaknya lauk akak masak yea.. baguslah tentu anak2 semangat nak berpuasa.. take care yea kak...