Wednesday, January 4, 2012

HaRi PeRTaMa PeRSeKoLaHaN...

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi anak2 ibu dan yang seangkatan dengannya.

Alhamdulillah...bagi anak lelaki ibu yang sorang tu, mudah di kejutkan sebab dia dah biasa bersekolah pagi tahun lepas di sekolah yang sama...cuma bila tengok akaknya masih di bilik keluarlah ayat dari mulutnya "akak bolehlah sekolah sebelah petang..." motifnya....huhuhu paham2 ajelah.. :))

Hari ini ibu serahkan sepenuhnya tugas pada suami kerana dia cuti...huhuhu (lebarkan sayap sementara tu...)...selepas ini tugas itu akan di pikul sepenuhnya oleh ibu...

Jom kita layan pic anak bujang ibu
Sekolah kebangsaan...
Sessi pagi bermula 7 pagi hingga 1 tengahari...
-
-
-
-
-
seriusnya muka...sapalah yang duduk mengendap muka hakim tu ye...
berbaris ikut kelas masing2...
Murid2 di suruh duduk sambil mendengar arahan para guru di hadapan perhimpunan...
Apa yang di buat En.Hakim???
-
-
-
-
-
Sekolah Agama...
Sessi petang bermula pada pukul 2petang hinnga 3.30petang...

Sebelum ke sekolah kita bergambar dulu...huhuhu
Dah macam YB anak bujang ibu nie...he he he :))

Sessi taklimat dari guru sekolah agama...
Para ibubapa boleh hantar anak sampai kantin aje selebihnya serahkan pada guru2...

Alhamdillah...semuanya berjalan lancar...dan semoga di berkati Allah...AMIN.

Monday, January 2, 2012

SeLaMaT TaHuN BaRu...

Alhamdulillah...syukur kepada Allah Taala, kita masih diberikan kesihatan yang baik menjelang tahun 2012.

Salam sayang buat semua blogger yang masih mengingati ibu disini dan akan terus mencorat coretkan pelbagai kisah keluarga diblog peribadi ini...hehehe :))

Pada tahun 2012 ini ibu kemungkinan agak sibuk sedikit dari tahun2 lepas kerana banyak tugas yang akan tergalas di bahu ini...doakan semoga ibu diberikan kesihatan yang baik dan boleh aktif berblog dan bersapa2an dengan rakan2 blog yang lain....windu sangat pada kalian semua...

Walaupun ibu tidak memaparkan n3 yang terbaru dan menyapa rakan2 blog, ibu tetap menjengah blog rakan2 semua...tapi tidak meninggalkan kesan aje....hehehe :)) (kerana kalian semua teman tersayang dihati ibu...)

Monday, December 20, 2010

SDKA


Selamat menghadapi peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Johor (SDKA) kepada anakku Athirah Nabihah binti Ishak dan semua pelajar darjah khas agama negeri Johor...
20 hb. disember 2010 -->800am - 930am -->Pendidikan Jenayat
-->1030am- 1200pm -->Pendidkan Munakahat
-->200pm - 330pm --> Pendidkan Tafsir Al-Quran
inilah budak yang nak peksa tu...:)
21 hb. disember 2010 -->800am - 930am --> Pendidikan Muamalat
-->1030am -1200pm -->Pendidikan Fara`id
-->200pm -330pm -->Arab

22 hb. disember 2010 -->800am -930 am -->Pendidikan Ibadat
-->1030am-1200pm -->Pendidikan Sirah
-->200pm -330pm -->Hadis

23 hb. disember 2010 -->800am -930am -->Pendidkan Tauhid
-->1030am -1200pm -->Pendidkan Akhlak dan Tasa`uf

Semoga Allah permudahkan segala2nya...InsyaAllah...Amin.

Saturday, November 20, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLAdHa...

Buat semua rakan blogger...selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari ibu sekeluarga,
semoga rakan2 semua berbahagia disamping keluarga tersayang...
Buat anak buah kesayangan ku 'kak long' berhati2 dijalanraya...
semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.....
Jangan lupa singgah Kluang...

Tuesday, October 19, 2010

KeNaPa SeRiNg Di HiNgGaPi PeNyAkIt 'M'....

Memang itulah alasan kalau sudah agak lama tidak meng'up date' blognya....
Konon2nya dihinggapi penyakit 'M'....hahaha (sape lagi ibu lah tu....)
Tetapi jangan risaulah....tidak ada sesiapa pun yang merindui blog ibu nie...
kecuali anak2ku yang jauh diperantauan....ahakksss (itu pun kalo mereka bukalah...)

Tak kisahlah jangan putus asa...menulis dan terus menulis pasti ada juga yang sudi menatapnya untuk sekadar menatap.... (apa yang ibu dok merepek nie???...hahaha)

Minggu ini anak-anak ibu akan menghadapi peperiksaan akhir tahun...
Along Amirah...isnin--->BM, selasa--->BI....tetapi ibu tengok relax semacam aje along nie..
boleh lagi mengadap pc main game....Allah..Allah...Allah(pinjam ayat NB...sbb suke3x)

Angah Athirah....periksa hari khamis ibu...
Agaknya malam periksa baru dia buka buku kot....Allah..Allah..Allah

Akak Adilah...anak ibu yang nie mmg ulat buku...tapi dengan buku cerita aje dia tak berenggang dengan buku latihan kadang2 sahaja....Allah...Allah...Allah...

Abang Hakim...siap pesan dengan ibu minggu lepas...
"Ibu minggu depan hakim periksa tau....ibu jangan cakap pulak...hakim tak payah sekolahlah hari ini....."...Allah...Allah...Allah...
Memanglah ibu akan cakap dengan dia begitu jika tidak ada sesiapa yang akan jaga adik bila ibu hendak menghantar dia ke sekolah...ha ha ha

Agaknya macam mana pulak zaman Annur Batrisya bersekolah...
mintak-mintak jangan banyak kerenah....Along Amirah, Angah Athirah dan Akak Adilah....
Abang Hakim dan Adik Annur...

Tuesday, July 13, 2010

EsOkNyA...

Gambar kat bawah nie Annur yang telah dibotakkan kepalanya....
Mula-mula Tokki Rahman kat kampung....
Pakai mesin dulu....
Tengok reaksi Annur yang menangis ketika rambutnya dibotakkan...
Agaknya dia takut pada bunyi kuat mesin tu....hehehe
Sudah buat lagu...huhuhu
Tersenyum pulak bila abang agah...
Sambung semula nangis...ha ha ha
Lagi kuat nangisnya...

Rambut pun masuk dalam mulut...

Okey...berhenti sudah...

Separuh licin aje...Tokki dah tak sanggup tengok cucu dia nangis...kesiann...hehehe
Sampai Kluang petang tu...ayahnya sambung cukur...

Tapi tak menjadi gak...Annur tetap nangis...
Itu tangan tokki Yusof pulak...

Dengan Tokki Yusof senyap terus...

Memang kakak2 dan abangnya dulu Tokki Yusof yang cukurkan...tapi memandangkan Atok Enah tak sihat...ibu tak mahu susahkan kedua mertua...
Semasa kecil kakak2 dan abang Annur...

Tokki Yusof cukur Atok Enah pegangkan...

Tetapi sekarang Atok Enah sedang berehat setelah menjalani pembedahan membuang hempedu yang mengandungi batu karang...
Abang memang tak jauh dari adiknya...
Hampir selesai sudah...

Amboi siap senyup lagi Annur...

Mana boleh jadi ye dik...Annur pun nak juga Tokki Yusof cukur ye...he he he
Alhamdulillah...akhirnya licin sudah...

Annur sudah tersenyum bila kepalanya siap dicukur oleh To'ki Yusof...

Terasa ringan kut kepalanya....hehehe
Sudah bergelar "budak botak"... he he he

"Comey tak saya botak???"....ha ha ha

SeKiTaR mAjLiS YaSiN dAn PoToNg jAmBuL AnNur...

Majlis potong jambul Annur diadakan dikampung, atas permintaan atoknya...

Para jemputan memulakan bacaan Yassin...
Selesai bacaan Yassin...Marhaban diikuti potong jambul Annur...
Annur takut sangat orang sentuh kepalanya...

Dah penat Nenek Busu pujuk...

Ibu pulak sebok dok ambil gambar...ha ha ha
Nangis lagi....he he he
Sempat lagi Annur pandang pada Nenek yang pegang gunting tu...
Memang sah anak ibu nie takut orang apa-apakan kepala dia...he he he
Ok...selesai sudah jambul dipotong, jom tadah tangan Annur dan abang bila dengar bacaan doa...

Ha ha ha...sempat lagi Annur pandang kamera...
Jom posing...layannnzzz
Pic kat bawah nie, dua orang akak kesayangan ibu...

Yang tudung coklat akak yang pertama, ummi kepada 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan...

Yang tudung hitam akak yang kedua, ummi kepada 3 orang anak perempuan...

Seperti biasalah yang tudung kuning tu....he he he (sape tak kenal angkat tangan...)

Ibu kepada 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki...
Emak dengan salah seorang tetamu juga sahabat sedang berbual2 setelah selesai majlis...
Okey kita makan dulu...

Juadah yang emak rancangkan tak lain tak bukan makanan kegemaran ibu dan orang lain jugakkk...hu hu hu

Laksa Trengganu...
Selesai sudah majlis....Alhamdulillah.

Pic dibawah ini ibu letakkan juga, bertujuan mengingatkan diri sendiri dan juga rakan2...

Seorang ibu yang sudah tidak sihat fizikalnya datang juga memenuhi undangan dari emak walau keadaannya yang sudah berkerusi roda...

Kakinya sudah dipotong kerana diabetes...

Ibu betul-betul hormat dengan ibu ni kerana ibu ini tahu memenuhi jemputan adalah wajib...
tapi kita sekarang bila mendapat undangan sering aje abaikan dan ambil ringan dengan undangan tersebut walaupun keadaan kesihatan yang mengizinkan....

Sama-samalah kita ingat mengingati...
Setelah majlis selesai anak lelakinya datang mengambil ibunya...

Thursday, July 1, 2010

AbDuL HaKiM dAn SeKoLaH...

Abdul Hakim bin Ishak pada tahun 2010 nie sudah cukup 5 tahun...

Dan seperti kakaknya yang lain ibu masukkan ke sekolah bila berusia 5 tahun.

Dibawah ini gambar Hakim mengenakan uniform sekolah Tadika Agama Johor-TAJ...
Segak sungguh anak bujang ibu ini bila sudah mengenakan uniform sekolah...
(kalau tak ibunya yang puji siapa lagikan...hehehe)
Dibawah kelihatan sebahagian dari rakan sekelas Hakim...
Gambar ini diambil pada hari pertama persekolahan Hakim....

Hakim masuk ke sekolah agak lambat dari rakan2nya...bulan febuari baru dia masuk ke sekolah...
Dan kemungkinan Hakim akan ibu tamatkan alam persekolahan di TAJ pada bulan julai ini...
Hakim seorang anak yang agak pendiam dan dia seorang yang tidak mudah mesra dengan sesiapa yang baru dia kenali...

Semasa awal persekolahan dia sering memberitahu rakan2nya sering mengusik dan kadang2 memukul...

Aduan Hakim ibu biarkan sahaja sebab sangkaan ibu permulaan sekolah dan alam perkenalan memanglah begitu...

Lama kelamaan Hakim tak seronok ke sekolah...ada saja alasan dia hendak ponteng sekolah...

Hari2 Hakim balik sekolah ada saja aduan yang kawannya pukul...pernah dia pulang dengan lebam di tangan dan lebam dikedua belah lutut akibat ditolak oleh rakannya...

Pernah ibu bertanya pada Hakim "kenapa Hakim tak lawan?"

Jawapan yang Hakim berikan "kan ibu cakap tak bole gaduh..."

"Bukan ibu suruh bergaduh tapi mempertahankan diri...dan jangan sesekali Hakim mulakan dulu...tau"...walau apapun Hakim tidak pernah membalas balik pukulan dari temannya...

Pernah baru2 ni Along Amirah pergi ambil Hakim dari sekolah...semasa Hakim hendak ke tandas kawannya yang berada dibelakang Hakim telah mengetuk kepala Hakim dengan kuatnya sehingga Hakim mengaduh kesakitan...

Along Amirah yang berada ditempat kejadian terus aje memarahi budak itu...guru Hakim yang ternampak hanya berkata "Amir...kenapa pukul Hakim macam tu.."

Along Amirah memberitahu ibu"hendak aje along pukul budak tu, ibu...selamba je muka dia masa along marah dia....ishkk geram jerkk...tapi cikgu ramai sangat kat situ...cikgu pun ngapelah lembek sangat..patutnya cikgu hukum ke bdk tu..." ishkkk3x garang sungguhlah along ni...

Jadi sebelum perkara yang tak diingini berlaku lebih baik ibu amik tindakan segera dengan memindahkan Hakim ke sekolah yang lain...

Kerana semasa ibu ke klinik membawa baby Annur, Hakim juga diberi rawatan oleh nurse yang bertugas....ditanya perbezaan warna dan diberi ubat cacing...

Ibu juga menceritakan tentang Hakim yang sering dibuli disekolah... Nurse memberitahu ibu tentang seorang murid yang pernah dibuli sewaktu sekolahnya...tetapi dia tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ayah dan emaknya....apabila disiasat baru kedua orang tuanya tahu yang dia sering dibuli semasa disekolah...

Sekarang budak itu telah mencipata dunia dia sendiri dan dia terpaksa disekolahkan ke sekolah pendidikan khas....

Ibu harap apa yang ibu lakukan adalah tindakan yang betul dengan memindahkan Hakim ke sekolah lain...kerana disekolah yang bakal ibu masukkan ini ada abang twin yang sudah berumur 6 tahun dan boleh dia tengok2kan Hakim...

Moga ada Hikmahnya dengan perpindahan ke sekolah baru nanti....InsyaAllah..Amin.