Wednesday, March 11, 2009

KeSiBuKaN Yg TeRLaMpAu...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.

Dua, tiga hari lepas ibu agak sibuk sangat...hari jumaat anak sedara ibu
Ahmad Rasfanjani datang sini..jadi ibu jahitkan uniform pelatih dia,
baju dua helai dan seluar hanya dapat siapkan satu helai sahaja...
kesian dia redha ajerk...hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng..jeng..jeng...
inlah orangnya.
Nama penuh anak sedara ibu nih Ahmad Rasfanjani Khumeini bin Jawahir...
dua tahun belajar di UDM dan setelah mendapat tawaran dari SPR sebagai penolong pegawai kesihatan alam sekitar terus je beralih arah ke bidang ni pulak...
Seorang pen'debat' yang berbakat...masih tercari2 seorg insan istimewa utk diletak dihati...
Masih muda lagi dan x perlu tergesa2 nk cari yg teristimewa...
hehehe..kalo dia baca n3 ibu nih, gaknya mesti dia cakap "fuh ibu...promote lagi..."

Bukan nak promote pon sekadar nak kenalkan my nephew, manalah tau kot terserempak kat memane..kan!!!

Dan nak dijadikan ceritanya pada sabtu lepas sume tiket nak balik ke Kl pada hari Ahad dan isnin habis dijual..tiket bas dan keretapi sold out, gelabah sesgtlah dia dan ibu jugak...
mana x nya pada selasa dia kena berada dikelas tepat jam 8am...

Call sana call sini...last2 hubby ibu pun call kawan dia kalo2 ada tiket tambahan keretapi,
Alhamdulillah akhirnya dapat juga tiket pukul 1255am...
dan pada pukul 625am ibu kol dia dah pon selamat sampai ke Kl sentral dan berkejar ke Hospital Sungai Buloh pulak tempat latihan dia...pukul 835am dia kol dah selamat berada dalam kelas tuk mengikuti pembelajaran seperti biasa....Alhamdulillah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada pagi ahad lepas ibu dikejutkan plak dengan berita sepupu
(Zarina binti Abdullah) telah pon sakit utk melahirkan di hospital Kluang...
sedangkan duenya lagi 2 bulan...usia kandungannya baru mencecah 34 minggu.
Dalam pukul 8am ibu dapat msj darinya yg berbunyi
"kak june org dah sakit ni...cam nk bersalin rasa"...
ibu pulak yg gelabah..trus kol dia tye dah pergi hospital ke belum??

Dan Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan bayi kembar yang pramatang...
Jadi ibulah org yg paling terdekat dengannya kat sini, tolonglah apa2 yang patut.
Bayi yang pertama seberat 1.75kg dan bayi kedua seberat 1.85kg...
Alhamdulillah kedua2nya perempuan dan dalam keadaan stabil tapi masih dalam pemerhatian doktor 24jam, lahir secara normal....

Semalam dia(zarina) dah boleh pulang ke rumah dengan bayi yg pertamanya,
yang kedua masih ditahan diwad kerna memerlukan pemerhatian doktor yang lebih rapi, mempunyai masalah pernafasan... Harap bayi yg kedua cepat sihat.
Dalam keluarga kami , inilah bayi pertama yang di lahirkan kembar...
sbb keluarga kami belum ada yang kembar...semuanya kuasa Allah.

Nanti kalo dah besar skit bolehlah upload pic kat sini...hehehe
x sabar nk tengok baby2 twin ni membesar...nak amik pic banyak2...
ibu pulak yang terlebih teruja...hehehe

Selepas nih ibu mungkin agak kuranglah 'meng'update blog...
nak pergi kerumah sepupu ibu jerklah kejenya...huhuhu

Tuesday, March 10, 2009

AgAk TeRLaMbaT n3 iNi...

ASSALAMUALAIKUM



(**) Tangisan Rasulluah Menggoncangkan Arasy

**Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,

**Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,

**Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.




*(=) "Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah,
*(=) beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

-> "Ya Karim! Ya Karim!"

*(=) Rasulullah s.a.w. menirunya membaca
=>> "Ya Karim! Ya Karim!"

(-) Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:
-> "Ya Karim! Ya Karim!"

*(=) Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
=>> "Ya Karim! Ya Karim!"

(-) Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
(-) Orang itu lalu berkata:
-> "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
-> kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
-> Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu,
-> pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."



*(=) Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
=>> "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

(-) "Belum," jawab orang itu.

*(=) "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

(-) "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
-> sekalipun saya belum pernah melihatnya,
-> dan membenarkan perutusannya,
-> sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.


*(=) Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
=>> "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan
=>> penolongmu nanti di akhirat!"


(-) Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
-> "Tuan ini Nabi Muhammad?!"

*(=) "Ya" jawab Nabi s.a.w.

(-) Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.

*(=) Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
=>> "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
=>> Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,
=>> Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan,
=>> tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
=>> dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."




**Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
<=> "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:

->> "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
->> Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti,
->> akan menimbang semua amalannya,
->> baik yang kecil mahupun yang besar!"

<=> Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.


(-) Maka orang Arab itu pula berkata:
-> "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan,
-> jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba,
-> maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.


*(=) "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.

(-) 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
-> maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
-> 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
-> maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
-> Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka
-> hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'


*(=) Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w.
=>> pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
=>> air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.


** Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
<=> "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:

->> Berhentilah engkau dari menangis!
->> Sesungguhnya kerana tangismu,
->> penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
->> Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
->> juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya.
->> Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan
->> la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"


(-) Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut.
-> la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Friday, March 6, 2009

ReNuNgAn BeRsAmA...



BILA AL-QURAN MULA BERSUARA



Waktu engkau masih kanak-kanak.............


Kau laksana kawan sejatiKu

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumKu mesra



Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaKu...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaKu engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....



Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...



Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2Ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatKu.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatKu pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanKu bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupai Aku





Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama



Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariKu.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaKu

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaKu menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t



Sekarang engkau begitu senang membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu



Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.



Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...



Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....

Thursday, March 5, 2009

KiSaH SeMaLaM...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.

Pada pagi semalam ibu bukak blog dan ibu membaca satu komen
dari teman blogger ****...Dia telah memberi ibu komen yang amat berguna di n3 yang bertajuk
Interaksi '5A'...sebetulnya boleh dikatakan sebagai
"amalan doa yang patut diamalkan pada setiap orang yang masih bergelar pelajar".
Dan amat sesuailah untuk ibu yang mempunyai ank2 yang masih menuntut...
Jadi ibu pon dengan semangat dan kreatifnya(ada riak di situ...astaghfirullah)
telah mendapat idea supaya apa yang diberitahu **** sentiasa juga menjadi amalan anak2 ibu.

Apalagi..ibu pon amik kertas A4 dan
ibu tulislah amalan doa yang **** ajarkan (kredit buat ****..~_~)

Jadi terhasillah seperti dibawah ini...

Dengan tulisan yang sebesar mungkin (sbb ank2 ibu sumenya pakai spek...ngee)
Ibu akhirnya menampal kertas yang sudah bertulisan itu ke dinding dibilik anak2 ibu..
Bukan apa..anak2 nih kita kena ingatkan sentiasa
bila kita terlupa seketika..ank2 kita lagilah terlupa...
Jadi bila dia berada dibilik (mmg sering berada dibilik) terpandang saja dinding
terus saja masuk ke dalam hati..Insya-Allah.
Nampaknya dinding anak2 ibu sudah penuh dengan kertas yang bertampal...
Jadi bila tulisan tu sudah mengalahkan tulisan2 lain yang juga berada disitu
maka sentiasalah ia berada dipandangan anak2...hehehe

*p/s:- Time kaseh banyak2 buat **** kerana sudi berkongsi ngan ibu...(~_~)

Doa ini jugak berada disitu...
Biarlah dinding dibilik anak ibu penuh dengan tampalan kertas
jika ia dapat memberi manafaat yang berguna utk anak2 ibu...(~_~)
"
"
"
"
"
Lagi kisah semalam...
Selepas anak ibu pulang dari sekolah tengahari semalam
dan selepas makan tengahari kami keluar ke bandar Kluang..
Konon2nya nak belikan kek untuk adik Hakim,
tapi banyak pulak songeh anak2 ibu nih...
Ada yang cakap x payahlah beli kek ibu sbb kek bukannya sedap sangat...
(apa ce..tuh..mungkin bila dah besar nih masing2 dah kurang gemar pada kek..kot???)

Besday boy 'Hakim' pulak setuju jerk kata2 akak dia...
adush..tadi dari umah nak bli kek...skang dah len plak..
Anak2ku mmg x tetap pendirian..layan jelah.
Akhirnya kami masuk kedai 'big appel'...
Dan disini kita layan gambar jap...hehehe(~_~)
Gambar ngan donut2 yang kami beli...
Sebanyak 12biji...sorang 2biji
cam2 patern ank2 ibu punya pilihan...
Layan jugak cheese tart ni (iye ke namenya gituh???)
4biji rm10..mahal gakkan, sbb kecik sangat..
tapi ank2 dah nak...layan gaklah :)
"
"
"
"
"
Sekarang kita layan gambar owg yang dok makan donut...huhuhu
Ini adik Hakim ngan donutnya yang besar sangat...
x larat nak habiskan..tadi nak 2, camne nih...ish..ish..
Akak Adilah..yum2... memang x jauh ngan pink dak nih..
Tapi rasanya okey gak...hehehe
Tye ibu "habis ke 2 biji kak???" Ermmm aje yang akak dapat jawab...
Itulah kat kedai tadi sumenya nak...dah makan 1...x boleh masuk dah yg ke2
Angah Athirah...kamo nih, huhuhu....
Tadi pilih yang crispy..balik umah komen x best plak...
Itulah jgn tgok pada rupa...hehehe
Tapi bukan bleh rasa pon....
Along Amirah...suka sangat peanut...jerawat karang muka tuh...hehehe
Ibu tau kamo boleh aje tolong habiskan yang lelain tuh...huhuhu
Mangsa penderaan adik2..sruh bang Mein tolong gak...
Abang Amien...dia nih mmg sengeh manjang..
owang nak amik gambar die bantai gelak, apa ah...hehehe
Tolong along habiskan donut yang adik2 x habis tu ye...huhuhu
Sape nih??? Compius sungguh....(~_~)
Joint jugak tuh....layannnnnnn!!!

Tuesday, March 3, 2009

AnAkKu HaKiM...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.

Hari ini bila ibu bukak blog tgok kat sebelah kanan
'Selamat Ulang Tahun Sayang'...lagi 1 hari
anak ibu yang bernama Hakim akan menyambut ulang tahun ke 4.
Semalam ada ibu bertye ngan dia
"adik nak apa kalu cukup 4 tahun nanti?"
Tau apa jawab dia??..hehehe mestilah x tau kan sbb ibu blum bagi tau lagi,..

Inilah yang anak ibu nak..camne erk??Amik ko tye lagik...huhuhu
2, 3 kali pikir gak nak bagi jawapan yang agak wajar buat anak ibu nih.
Sebab dia ni selagi dia x dapat jawap yang memuaskan hati dia selagi tu dia akan bertye dan bertye...Ibu pun bagitaulah begini,
"sayang kat Kluang ni x derk orang boleh buat kek cam gini..kek cam gini kat bandar besar aje sbb nak buat dia susah sgt."
Alhamdulillah dia terima dengan baik nmpknya.
Lepas 1 perkara...

"Yang macam ni kan senang je bu...same ngan bantal peluk cars Hakim."
Apa lagi yang patut ibu jawab ni...
"Macam ni pun dia orang x pandai nak buat sayang."
"Ngape erk bu..susah ke?"
Senyum dan anggukkan ajalah, sbbnya kat area umah ibu mmg x derk kedai yg boleh buat kek cam gituh.

Nilah permintaan anak ibu seterusnya.
Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Kluang Parade,
adalah pameran pelbagai eksesori yang unik2 kat kedai tu...kita orang masuklah tgok.
Amoi juru jual tu siap offer kalo nak bergambar boleh...
apalagi adik Hakim trus jerk naik posing kat atas moto tu.
Camne tu..sape nak jawab kalo dah anak ibu mintak moto nih...
aduyai..anakku nak kayuh basikal pon x pandai lagi sayang...
"Tunggu besar skit ye..kalo pandai belajar dengar cakap ibu ngan ayah dapat yang lagi besar dari ni.."ayat memujuk ibu. Alhamdulillah dia paham bila terangkan dengan lebih2 detail.

Ini bulldozer yang ada remote control...
Sesaja jerk amik gambar sbb suke tgok dan harganya pon bole tahan gak 'cantik'.
Kurang 10sen rm 100. cuci mata ajelah.
"Kita tengok2 aje ye sayang..kat sini mahal2 tau."
"Ngape ibu x de duit ke??..Pergilah bank..."
Adush anakku.....
sebagai ibubapa memang kita sedaya upaya untuk memenuhi impian mereka
tapi biarlah ikut kemampuan yang terjangkau oleh kita.
Bak kata orang lama..'ukur baju dibadan sendiri'.

p/s: Adanz nilah moto yang adik Hakim cakap tu.....hehehe(~_~)

Sunday, March 1, 2009

InTeRaKSi '5 A'...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB.

Hari ini ibu pergi hantar anak daftarkan diri untuk mengikuti
Seminar Teknik Menjawab UPSR 2009 "Formula 5A".
Modul Pengajaran dan pembelajaran interaksi
merangkumi BM Penulisan, BM Pemahaman, English, Science dan Mathematics 1 & 2.
Program tu bermula dari 8am-530pm.

Selepas pendaftaran para pelajar diberi sebuah buku interaksi yg mengandungi pelbagai soalan dalam semua subjek UPSR.
Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak rm60 setiap seorang.
Ibu suke pada Formula 5A yang terdapat dalam buku interaksi ini:-

(1)A- Attendance (kehadiran ke sekolah 100%)

(2)A- Attention (tumpuan 100%)

(3)A- Ask question (bertanya)

(4)A- Active (cergas & mengambil bahagian dlm program sekolah)

(5)A- Assigment (tugasan/kerja sekolah)


Ini anak ibu ngan rakan sekelas dia yang turut serta dalam program tersebut.
Program tersebut bukan dibawah kelolaan pihak sekolah tetapi
anjuran Syarikat Interactive Learning Solution.
Hanya sebilangan kecil sahaja yang datang dari sekolah anak ibu
(sek. keb. Batu 3).

Sebahagian pelajar yang sudah mendaftarkan diri mengambil tempat masing2.

Semua pelajar yang terlibat dalam program ini lebih kurang seramai 450 murid.
murid yang terlibat dari sekolah2 seluruh daerah Kluang.
Program itu diadakan di sek. men. keb. Sultan Abdul Jalil.

Setelah tamat, semua murid di beri sijil penyertaan dari pihak penganjur.
Semoga apa yang mereka dapat dari program tersebut akan memberi semangat untuk memperolehi keputusan yang cemerlang hendaknya, Insya-Allah.

p/s:- Kita bertuah kerana mempunyai peluang walaupun ia datang sekali.
:-Berfikirlah, dan carilah cita2 untuk dicapai, sama ada besar atau kecil.
:-Maka, lakukan yang termampu tetapi penuh kesungguhan mulai hari ini.
:-Biarpun kejayaan datang perlahan dan tidak seberapa, tapi lebih baik dari tiada kemajuan langsung.

1 MaC...

Tak ada apa yang nak dikatakan pada 1 mac ni...
cuma teringatkan kengkawan yang sambut birthday pada 29 februari...
so taun ni diaorg muda 1 tahun...hehehe (iye ke???...hahaha)
Masa ibu sekolah dulu ada sorang kawan tu nama dia Sulmi bin ??? dah x ingatlah...
pada ting. 4 kami sume dapat hadiah bila birthday (bagi kawan rapatlah...)
Tahun tu dia x dapat sambut birthday sbb februari 28 aje...
-dia dengan bangganya menyatakan umur dia muda setahun...banyaklah...kami sume pakat gelak kat 'dia'.
-Kita orang cakap muda apanya...kita orang ah yang untung sbb jimat x payah bagi hadiah tiap2 tahun...
p/s: Ada tak sesapa yang menyambut hari lahir 29 februari...
-Teringin sangat nak tau apa perasaan org yang mempunyai tarikh lahir 29 februari ni....
-Kalo ada sesapa blogger yang menyambut hari lahir pada 29 februari....
*Sila tinggal komen kat sini......

Friday, February 27, 2009

RaHsIa JuMaAT...

ASSALAMUALAIKUM WM.WB...

RENUNGAN BERSAMA:-

Hari Jumaa
t ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat




Amalan Sunat Hari Jumaat:



Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.



Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"



Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.



Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan:



Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"



Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.



Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).



Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.



Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

p/s: petikan cetak dari sini

Sunday, February 22, 2009

TaG LaGi...

TAG DARI MIMI:

1) Take a picture NOW!!
2) DONT CHANGE UR CLOTHES , DONT FIX UR HAIR , JUST POSING
3) NO EDITING PLEASE.
4) POST THESE INSTRUCTION WITH UR PHOTO.
5) TAG 10 PEOPLE.
6) ENJOY



~*~Hehehe...sempat lagi posing
~*~Semata2 tuk jwb tag ni
~*~Nak pergi hantar hubby kerja ni
~*~Sruh ank snap kejap
~*~Mmg buruknya gamba ku ini...
~*~Tudung merah..bju purple..
~*~Mmg x sesuai langsung...
~*~X turun mane2 pon just hantar trus balik umah...
~*~Whatever...

10 yg Di Tag!

~*~ X nak tag owg...sowi eh mimi!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------


TAG DARI BB SYASYA:


1/ Your name or username
~Eibu Junes

2/ Left handed or Right handed
~Right handed

3/ Favourite letter to write
~Formal letter
~Informal letter

4/ Least favourite letter to write?
~Formal letter to teacher (hahaha...)

5/ Do you think you are HOT?
~Yes to my hubby

6/ Upload your favourite pic7/ Why do you like diz pic?
~Coz we are loving couple ~_~

8/ The last song you listen to?
~Lovebug-Jonas Brother
~Love story-Taylor Swift

9/ What are you doing right now besides this?
~Blogging

10/ 6 people I'm going to tag
~Sesiapa yang nk amik tag ni amiklah..x mo ah nk pakse2!!!

Yeaa...akhirnya terjawab sudah..hehehe!!!
~*~Okey Syasya ibu harap puas hati dgn jawapan ibu nih...ariuoossss!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

TAG DARI EIBA:

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

1. Next year i'm (2009)



2. I really want to go


*(Ibu dah lama teringin nak pergi Langkawi,..sampai sekarang blum tercapai lagi...hehehe
Doakan iya, moga ibu dapat pergi..)

3. My favourite place



4. My Favourite things.

5. My favourite drinks


6. My Favourite food



7. My favourite color.





8. I live in



9. I was born in...


10. My Bad Habbit...

(Shopping...mmg ske sgt tp ngabihkan duit je...sbb beli benda yg x penting pon!)

(Suft internet..sampai x ingat nak buat pe2 pun..hehehe)

13. My Hobbies...


14. I wish...




(A very happy family...)

And..people to been tagged is....
~*x nak tag sesape pun..sbb tau org malas nk jwb tag ni..
Sowi jgn marah Eiba..x sampai hati nk tag org len..
sesapalah yg sudi..amiklah!!!
~*~Alhamdulillah dengan penat lelahnya ibu upload gambar..berkat kesabaran yang tebal..
akhirnya sudah jugak tag yang diberi oleh Eiba...Ariuooossss!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TAG DARI CIKYANA:

RULES
The rules of the game get posted at the beginning.
Each player answers the questions about themselves.
At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names,
then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.
Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
END

THE QUESTION IS...
**Number one!!
What were you doing 5 years ago?In 2004??
~*~Banyak sangat peristiwa tahun 2004 ni
~*~Januari ulang alik ke HSA JB, sbb ade prob. asyik bleeding..
~*~Mac kena buat D&C sbb keguguran..
~*~Cuti sek pertgahan mac berpindah dari Pasir Gudang ke Kluang
~*~Ogos-Doktor sahkan ngandung, tahan wad sbb bleeding lagi
-Tapi mmg sakit hati sbb nurse & doktor kat Kluang sombong2 sgt...
sampai demam2 & suspek darah tinggi-stress kena marah
~*~Di Kluang sume kena berdikari sbb my hubby kena tukar ke KL
-Ibu terpaksa pindah Kluang sbb susah dapat rumah kat KL...sedih sgt!!!
~*~Alhamdulillah akhirnya sume ok...

**Number Two!!
What were the 5 things on your list today?
~*~Tired- sbb hari anak2 x sek
~*~Blogging-jawab tag
~*~Wacthing -melodi ske
~*~My cousin house-pergi umah dia amik serawa durian..yum2 sedapnya!!!
~*~Rest-tido Zzzzzz...

**Number Three!!
What are 5 snacks that you enjoy?
~*~Coklat smarties-hahaha amik yang ank ibu punye...
~*~Crispy-makan ngan ank2, layan jerk...
~*~Gula cloud9-btul ke ejanya..pe2 ah
~*~Cadbury-erm mmg best...
~*~Aiskrim-corneto(snak ke??...pe2 lah)

**Number Four!!
What are 5 jobs you've had?
~*~1st job--tolong pakcik bwk brg perniagaan masuk & kluar Singapore
~*~2nd job--mengajar di Pusat Latihan Kemahiran
~*~3rd job--fulltime housewife
~*~4th job--fulltime housewife
~*~5th job--fulltimehousewife
* boleh gitu???heheh..whatever!!!

**Number five!!
5 persons that i love to tag?
~*~Sesiapa yang sudi
~*~sesiapa yang nak
~*~sesiapa yang suke jwb tag
~*~sesiapa yang berminat
~*~sesiapa yang rajin menjwb tag
*Ade ke???...hehehe

~**~Pada Cik Yana..okey nmpaknya sudah terjawab tag yang Yana bagi kat ibu..
semoga puas hati ngan jawapan yang ibu kasi..
dan sowi sgt kalo ade yang x puas hati..kte hanya insan kerdil yang x punya apa2...